Assalammualaikum,
Saya tak pakai baju kurung kain kapas (cotton). Kata budak manja terlebih manja, gedik, dan mengada-ngada itu. Ok budak mengada-ngada itu adalah saya tau! Jangan kutuk huhu. Bukan apa, cerita ni berlaku waktu zaman membesar dulu. Sekarang dah matang dah. Hahahahah!
Dulu masa zaman matriks, mak ada bekalkan beberapa helai baju kurung tambahan untuk gi kelas. Maklumlah baju kurung sedia ada tak cukup. Terpaksalah beli untuk topupkan almari. Tengok-tengok ada 2 helai baju kurung jenis kain kapas. Masa tu terasa macam yeeewwww 'macam baju kampung je'. Kerek gila kan? Biasalah budak bandar batak tak pernah pakai baju kurung jenis kain kapas. Ngeee. Makanya, dua baju kurung tu tak pernah dipakai sampailah nak dekat akhir semester.
Google
Bila dah pakai baju kurung tu terasa macam, amboiiiii sedapnya pakai. Yelah baju kurung kain kapas kan boleh feeling-feeling sejukkan badan. Tapi beberapa kali je pakai. Tup tup dah tamat semester dan tunggu sambung degree pulak. Bila nak register degree tak bawaklah pulak baju kurung kain kapas tu. Tak ingat lah sebab apa. Entah sengaja atau mak yang kemaskan bag. Haaa...kantoi.
Lepastu, bila dah cuti semester teringin dengan baju kurung kain kapas tuh dan niat balik rumah nak bawak bersama baju tu sekembalinya ke kampus. Haha paham? Rupanya dah takde! Kalau ada je baju takde kat rumah tu mesti mak dah bagi kat orang lain. Nasiblaaaa kempunan. Tapi mak macam dah tak buat je baju kurung jenis kain kapas. 'Ada ke dulu aku mengadu kat mak tak suka baju kurung kain kapas?' Em emm
Akhirnya baju kurung kain kapas dah jadi trending di seluruh Malaysia! Dulu tak femes tau zaman tu, tapi sejak akhir-akhir tu dah banyak orang rakus jual baju kurung jenis kain kapas. Macam zaman peplum..
First time duduk asrama waktu zaman matriks. Ber-roomate dengan
sahabat ni. Alfatihah untuk dia. Dan seterusnya asrama di Sintok ulu nunnn ha. Barulah terasa ada kekurangan disekeliling kita. Ada orang yang tak semampu kita, tak sesempurna kita, tapi sentiasa bersyukur walaupun serba kekurangan.
Tapi dulu takdelah jadi orang riak. Cumanya tak paham, ala zaman uni biasalah kan, membezakan kita dengan jenama hebat, nak up pakai beg Prada la, nak bahan kita pakai baju Nike (je pon). Perlu ke? Annoying oke. Aishh semoga orang-orang macam ni berkurangan dan kita semua sentiasa bersyukur.....
Ps :: Salam jumaat kawan-kawan :)