October 31, 2012

Senyuman semalam


Leya menyanyi selamba. Liuk badannya mengikut rentak lagu rancak yang dimainkan. Menyanyi sepuas hati bagi meleraikan resah dihati. Lampu mulai hijau. Gelabah Leya untuk menekan brek tangan dengan tenang. Dia tahu diwaktu dalam keadaan gila-gila begini, ketenangan harus diberi agar risiko menyental bontot kereta orang lain adalah tipis.

'Aduh siapa pulak telefon waktu macam ni?' getus hati Leya.

Telefon yang berdering riang dibiarkan beralun sehingga berhenti sendirinya. Dua tiga kali jugalah telefonnya tidak berhenti berdering. Akhirnya bunyi pesanan ringkas pula yang menyusul. Leya curi menjeling telefon diribanya. Ariff!


*****



"Leya!" Leya berpura-pura tidak mendengar dan langkah kakinya terus dihayun laju.

"Tunggu aku Leya!" sekali lagi.

Jejaka itu terus merapati Leya. "Hey jangan sentuh akulah Reff!" lantang suaranya memecah kesunyian pejabat mereka."Kau nak apa lagi dari aku?"

"Come on lah Leya. Aku nak kau sedar? Azman tu...?" belum sempat Ariff menyambung bait-bait penjelasannya Leya pantas membidas. "Penipu!" Leya berlalu pergi.

Ariff. Jejaka yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Leya. Apabila pertama kalinya dia melaporkan diri bekerja di syarikat itu, pertama kali jugalah dia bertentang mata dengan gadis manis itu. Saat itu tanpa dipaksa hatinya sudah terjatuh. Namun apabila Ariff mengetahui perhubungan Leya dengan rakan sepejabatnya, Azman yang sudah setahun meninggal dunia akibat kemalangan raya, dia memendam saja.


*****


Baru semalam rasanya Azman mengucapkan kata-kata cinta padanya. Dia yakin Azman tidak akan melupakan janjinya untuk mengahwini dia. Kad, hantaran, pelamin semuanya telah ditempah. Masakan Azman mahu meninggalkannya tanpa alasan? Dihujung katil dibiarkan hatinya bermain emosi.

"Abang!" Leya mendapatkan Azman. Memeluk erat umpama kasih sudah diikat simpul. "Lepaskan abang kalau Leya sayangkan abang?" Azman meminta.

Saat itu menitis air mata Leya pabila tidurnya terjaga. Segera dia menyeka air matanya. Barulah dia sedar bahawa Azman sudah lama pergi mengadap Ilahi cuma hatinya yang tak ingin melepaskan pergi. Segera dia mencapai telefon bimbitnya. Menaip bait-bait kekesalan perlakuannya terhadap Amir. 'Maafkan aku Ariff'.


*****


Setibanya Leya di pejabat, kelihatan Ariff terpacul dihadapannya dengan tiba-tiba. Sejambak bunga diberi. Leya tersenyum sipu. 

"Aku akan menyeka setiap air matamu, dan cinta ku sepanjang masa hanyalah untukmu sampai akhir waktuku. Aleya binti Bahrin, sudikah kau menjadi suri hidupku?" 

Bergema satu pejabat dengan sorakan dan tepukan atas lamaran mengejut Ariff terhadap Leya. Pengorbanan Ariff menjaga Leya sepanjang dia terlantar koma telah menyentuh hatinya. Koma akibat kemalangan jalan raya yang turut meragut tunangannya, Azman.



*****



Tinggal beberapa hari saja lagi hari pernikahan mereka berdua. Segalanya berjalan rapi. Saat itu hati Leya berdebar menunggu akad dari Ariff. Jejaka yang baginya akan bersamanya untuk selamanya.


Pintu diketuk. Dikuat perlahan-lahan.

"Assalammualaikum puan isteri..." Ariff menjengah disebalik pintu.


Leya yang terbaring di atas katil tersenyum simpul. Lantas dia bangkit untuk mendapatkan Ariff. Aksi Leya yang menggoda menghampiri Ariff, membangkitkan berahi raja sehari itu. Dengan lembut jemari Leya merangkul lengan Ariff. "Mari sayang.." Lembut nada Leya mengajaknya ke bucu katil.


"Sayang..." belum sempat Ariff meneruskan kata-kata,

"Shhh...Saya akan pastikan abang milik saya untuk selamanya. Janji." Leya memeluk diri Ariff seeratnya.

PENGG...

Satu das tembakan dilepaskan di belakang badan Ariff. Seluruh badan Ariff menggeletar. Air merah mengalir laju dibibirnya. Akhirnya rebah ke betis Leya.

"Kita sehidup semati bersama ya abang..." Senyuman Leya meleret...





PENGG!

Satu lagi das tembakan dilepaskan.















Ps :: Adoyai zila oi! Main psiko-psiko pulop... Leya diatas alien!



October 30, 2012

Kalau Tergigit Halia?

Assalammualaikum,


Siapa suka makan halia dia tak sexy. Fakta. Kih kih (tipu je)

Bagi manusia yang tak makan halia nih, tahap kebencian dia terhadap halia adalah tinggi. Konon bila terjumpa halia kat tepi jalan, dalam bakul sebelah bakul bawang, jatuh dari langit seakan memberi reaksi yang hampir sama. Benci bilang benci. Sekali aku benci kuturunan engkau aku benci Sabariah.


Halia ni memberi rasa yang hampeh pada lidah. Sekali tergigit selamanya kekal di ingatan. Namun tak perlu disangkal lagi kebaikan halia. Faktornya boleh hilangkan angin dalam badan.


Oleh itu, bagi mengelak rasa fobia terhadap penerimaan lidah lalu demi yakin ianya berkhasiat, terpaksalah telan juga. Jika tergigit, cepat-cepat terus telan bersama nasi, atau juadah yang lagi atau bersama air umpama menelan panadol. Haaa gituu...






Ps :: Officially jobless..sobs sobs



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!