February 4, 2012

Melah Melodrama


Melah Melodrama

Sedari tadi, Pejal asyik kehulu-kehilir memikirkan Melah kesayangan hatinya. Hampir seminggu tanpa khabar dari Melah membuatkan Pejal tidak keruan. Dicapainya Aifon Five di atas meja lalu cuba mendail nombor Melah..

‘Tet.. tet..tet.. nombor yang anda dail busy la, ce cuba lagi ok.. Tuttt... '

Pejal menghempaskan telefon bimbitnya ke atas sofa. Dia mengatur langkah ke beranda sambil menikmati pandangan Kuala Lumpur dari condonya di tingkat 13.

‘Pehal kau Melah? Abang rindu tahu tak?’ mengomelnya sendiri. Pejal sentap.


I, I, I, Love you like a love song bebeh... I, I, I, love you like alove song bebeh....~


Telefon yang dihempasnya tadi berdering riang..

“Helo, Pejal disini, sape disana?” Telefon yang diangkatnya tadi tiba-tiba terlepas di genggaman Pejal. Berkecai Aifon Five yang baru dibelinya malam Jumaat lalu sebab nak show off kat Melah, begitu jugalah berkecainya hati jejaka yang bertahi lalat di dagu itu... Terngiang-ngiang sepatah dua kata Melah di telefon tadi, ‘Helo abang moncit, Melah nak mintak putus, kbai’....


**********


Dua tahun kemudian...

“Weh Pejal, kau add la minah nih. Hot setaff tuh..” beriya Adila Kassim, rakan sekerja Pejal menyuruhnya menge-add artis sensasi terbaru dari Kota Singa, Naiemah Letip. Sementara menunggu waktu bertugas, sempat si Adila Kassim melayan FB di Samsang Galaxy XYZ miliknya. Siapa tak kenal Adilla Kassim kann, kaki like FB!

“Nah, kau amek blackbarai aku, ko buatlah apa yang patot!” Pejal memberi isyarat kepada Adila Kassim untuk menolongnya mene-add artis baru itu.

“Cayalah bro!” Adila Kassim mencapai telefon bimbitnya.

Sementara itu, Pejal memasang headphone buatan Perancis dikepalanya, sambil melayan lagu kesukaanya, 'kekasihku di menara gading'... Asyik.. Tiba-tiba Pejal tersentak. Adila Kassim yang kaki like FB tadi menguit-nguit bahunya. Pejal berpaling kearah Adila Kassim. Dia mengangguk tanda paham.

Adila Kassim menunjukkan isyarat tangannya, 1, 2, 3...

‘Yeah selamat petang Malaysia, salam sejahtera semua. Seperti biasa, bersama saya, Pejal Mohd...’ Pejal lantas mengerling ke arah Adila Kassim..,

‘Dan... saya Addila Kassim, dalam petang di Eja FM, memainkan mujik terbaek....’

Begitulah rutin petang Pejal bersama karier barunya sebagai juruhebah radio di stesen muzik terkenal di tanah air. Walaupun baru bertapak, namun berbekalkan pengalamannya sebagai DJ di majlis-majlis perkahwinan sebelum ni, amatlah membantu. Kini Pejal, somebody!


**********


Beberapa minggu kemudian...

Lebih kurang sejam saja lagi untuk temubual live bersama pelakon baru, Milasara Arisya Insyirah. Mereka akan mengulas filem terbaru arahan Yusrilisayes, ‘Hatiku Dirabak Pilu’, akan datang March ini..  Adila Kassim mula membuat research di internet mengenai tetamu yang bakal ke udara bersama mereka. Lain pula Pejal yang tekun mendengar lagu kegemaran tak sudahnya itu... ‘Kekasihku dimenara gading..’

Sejam kemudian...

“Melah........?” Pejal terpana. Betulkah ini Melah aku yang dulu? Yang dulu penuh berjerawat batu dipipi tapi kini licin bak sang puteri..

“Ni bukan Melah lah.. Haa nilah tetamu kita petang ni. Milasara Arisya Insyirah. Pelakon baru kau tahu???” Adila Kassim menyampuk..

Me..melah...sarah...isya...asyira...?? Pejal musykil. Bukan, bukan, inilah Melah yang aku kenal dari dulu. Melahwatie bin Harun. Takkan aku silap orang??? Pejal sedikit blur... Yup, nilah Melah aku yang dulu. Tak syak lagi. Pejal yakin.


“Silakan duduk Mila, get ready okeh. Lagi lima minit kita akan on air..” kata Adila Kassim.

“Terima kasih..” balas Melah sambil meletakkan bag Gucci di sisinya.

‘Ya bersama saya dan...., dan Pejal Mohd lagi di Eja FM. Seperti diuar-uarkan, pada petang ini, artis baru yang melonjak naik, Milasara Arisya Insyirah ada bersama kami. Kami akan menemubual beliau beberapa minitttt saje lagi... Tapi sebelum itu, berhibur bersama Bangface-Panik.’

“Pejal, kau kenapa! Kita tengah live kot! Yang kot dok tenung Mila dari tadi ni nape? Angau? Eh kalau kau tak nak kerja, tak payah masuk kontilah...”

Pejal tidak menghiraukan langsung tenkingan dari Adila Kassim. Ditenungnya Melah seperti mahu membahamnya. ‘Kau kejam Melah...’, Pejal merengus. Melah dari tadi tidak senang dengan tenungan Pejal.

“Kau buat perangai lagi siap Pejal. Fokus!” Adila Kassim mengarah.


‘Ye Mila, ceritakan sedikit watak anda dalam filem Hatiku Dirabak Pilu ni..’

‘Saya memegang watak sebagai Lofa, isteri kepada....’

‘Melah! Sampai hati kau tinggalkan abang dulu...!’

Pejal mencelah. Adila Kassim yang tersentak dengan reaksi Pejal memberi isyarat diam kepada Pejal.


‘Kau pergi Kanada secara tiba-tiba untuk menuntut ilmu lakonan disana sedangkan kita sudah berjanji untuk berkahwin Melah...’

Psstt, pstt Pejal!!!

“Kau diam Dila, kau diam Dila~”

Melah tak mampu menahan airmatanya. Sesungguhnya dia juga merasa sebak dengan tindakannya dulu itu. Kerana cintanya terhadap bidang lakonan lebih tebal daripada cintanya pada Pejal, dia tegar meninggalkan kekasih yang dikenalinya itu sejak tadika lagi... Sememangnya lagu kesukaan Pejal, 'kekasihku dimenara gading' memang ditujukan kepada Melah tercinta.

“Maafkan Melah, abang...”

 
**********


Dengan serta merta Pejal meletak jawatan sebagai juruhebah radio. Apedehal, sejurus meletak jawatan, berduyun pengarah offer berlakon drama dan filem kepadanya. Orang ada pakej kan.. Melah pula terus membawa diri ke Kanada dan mencuba nasibnya disana pula. Kini, Pejal bahagia bersama teman tapi mesranya Naiemah Letip, artis sensasi dari Kota Singa. Secara tak langsung, Pejal pon amat popular di Malaysia dan Singapura... Retis gitu...


TAMAT.





Watak utama:
Pejal - Afzalsukasuki
Adila Kassim – Pelangi Hijau
Naiemah Letip – Naiemah Ramli
Melah – undefined


Idea ni datang dari lagu Twinkle Away. Lagu popular zaman matrik Kuala Nerang dulu. Watak Melah dari MindaKronik. Suka dengan nama Melah!








26 comments

February 3, 2012 at 8:50 PM

hekheeeekk..lawoook!
but ade mksod tersirat tu..
kekasih ku dimenara gading.
nape tamat cmtu jee..

February 3, 2012 at 8:54 PM

kannn xtau mcm mana nak buat kesimpulan... lama dok pk~ ngeee

February 3, 2012 at 8:54 PM

lahh dh jd xila riston~

February 3, 2012 at 9:09 PM

lol...haha x hbis2 ngn lgu kekasihku di mnara gading..gud story!
eh2,twinkle away!my fav song ^_^

February 3, 2012 at 9:14 PM

hahaha. likeyyy. alaa. tp ending melah x dgn pejal tuh. manatau ada babak sedihh + romantik gitewww. btw, best! :D

February 3, 2012 at 10:26 PM

bes la cter ni
p ending ye cm xbes je
cinta pertama xkembali bertaut
np melah xkembali nge pejal
emo lak plak..
hihi~~
:D

February 3, 2012 at 10:36 PM

haha..ada sambungan tak?

February 3, 2012 at 10:39 PM

kahkahkahkah . kau diam dila , kau diam dila . hahah sengal kak.

untung la tok , jadi pelakon . kahkahkah :)

February 3, 2012 at 10:47 PM

Naiemah Letip kaki nge-LIKE tu kew?aww i shukew hahaha.

p/s : lenkali tanak melo drama..nak air melo :)

February 3, 2012 at 10:50 PM

kahkahkah...kita berkenalan hanya dlm laman muka buku..kau hantar pesanan suruh aku terima kamu o..o..o...hahaha

lawak r crita ni zila :P pandai karang..hebakkk tok jd plakon :) last adila kassim jd ape ?

*ada sambungan tak? hihi

February 3, 2012 at 11:14 PM

sambungan??? well3~ tgoklah dulu...
><

February 3, 2012 at 11:26 PM

hamboihh..dah beralih arah. dah jangkit kat pejal la ni..buat entri cerpen.

Apapun...terbaikkkk! ada bakat tu. teruskan :B

February 3, 2012 at 11:52 PM

hahaha...Melah tu ko kot...
amboi xila riston la plak skg..
ingt sape la td...
hek3..
uum rupanya..kolej mne beb?

February 3, 2012 at 11:59 PM

nama melah gelaran nenek cik tikah kat kampung la. hehe..

February 4, 2012 at 1:00 AM

waaa....kreatif...Boleh buat novel la lepas nie..

February 4, 2012 at 1:12 AM

hahaha lawak je

tak matang sungguh cte nye

melah kejam

pejal meh kat ai meh

February 4, 2012 at 2:50 AM

hehe. kenape ending pejal bukan dgn melah? sobs sobs.

lepas ni buat la cerita pasal mak jemah pulakkk ;p

February 4, 2012 at 3:31 AM

pnjg gila entry,tak larat nak baca .eheeh

#boleh buat novel mcm ni..ehhe apa mcm?ada bran?ehhee

February 4, 2012 at 8:36 AM

kak jaja sampai habis..

ok lawak

hahaha...

February 4, 2012 at 8:51 AM

hahaha!
pejal pejal.
ape pon tak boleh! :P

February 4, 2012 at 10:17 AM

kelasss kaupejalllll

February 4, 2012 at 4:26 PM

hahahahahaha..buntang buntang mato den bacoo..kecik besar kcik besar j tgk nama si mila aktruna latisya ap ntah..heheh

February 4, 2012 at 4:43 PM

haha.. kelakar citer ni =D

February 4, 2012 at 5:51 PM

x bek tglkn laki dia. haha cian kot.

February 8, 2012 at 12:44 AM

err apakah kesimpulan dari citer eh?errr

February 9, 2012 at 9:18 PM

tak semua kita rancang kita dapat kan?~~tumpang kotak komen layan perasaan jap.

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!