October 10, 2011

Wajib Tonton : Boys Over Flowers !!!!

Assalammualaikum,

Satu dua tiga! Jom histeria ramai-ramai..Wuaaaaahhh. Boys Over Flowers memang sesedap seperti yang disuggestkan oleh kawan-kawan. Wuargghhh lagi... Memang loser gila kan bila baru nak tengok. Orang lain dah lama excited tapi ku baru nak mula menjerit-jerit macam orang gila! Tahu ramai yang tak tengok lagi kan, so cepat-cepatlah dapatkan cd/download/online sekarang cepat!!


Walaupun baru episod tujuh tapi serius tak boleh berhenti untuk episod seterusnya. Sedang dalam mood Boys Over Flowers. Jadi muka menaip pun buat comel-comel. Rasanya faktor Boys Over Flowers ni adalah kerana para pelakon nya yang comel/kacak/lucu gila! Mula-mula, minat second hero yang rambut blonde tuh tapi lepas episod tiga minat Gu Jun Pyo...Arhhhh *histeria


Walaupun Jun Pyo agak menyampah mukanya bila dipandang tapi dia sweett...Rambut kerinting poyo dia pun agak menyampah dipandang. Tapi lama-lama jatuh hati dengan karakter dia. Memang terbaiklah cerita Boys Over Flowers ni. Memang mengujakan wahai dunia!!


Buat umum, cerita ni diadaptasi dari cerita Taiwan F4. Serius tak pernah tengok. Ada jugak Boys Over Flowers versi dari Jepun tapi belum tengok. Sebab kebosanan dalam hidup beberapa hari yang lepas maka suruh kawan-kawan suggestkan cerita Korea paling best. Yang penting cerita kelakar. Memang tak sia-sia lah layan. Dalam beberapa minggu lepas ulang cerita Sassy Girl.


So, nak pengaruh yang lain pergi tengok. Pergi tengok cepat-cepat. *eksaited!

muvee, kdrama, korea, Boys Over Flower, drama korea best, best story


ps :: cerita Korea apa yang best lagi ek??




October 7, 2011

[Gambar] Konvokesyen UUM ke-24

Assalammualaikum,

Dari minggu lepas lagi dah semangat nak ke UUM kan. Punca eksaited akibat meraikan Hari Konvokesyen UUM ke-24. Saya suka nombor 24 jugak. Hehe. Tahniah untuk semua graduan UUM dan dari Universiti terkemuka yang lain. Teringin sangat nak tunjuk semua gambaq bagi berkongsi kejayaan ini. Apa kan daya nanti ada yang muntah hijau pulak kan...


convo, UUM Convocation, campus style, tips belajar, graduan UUM


Seronok sangat lepas 5tahun berada di Kedah termasuk matrikulasi memang muak la kan.. Namun atas dorongan ibubapa dan sahabat handai yang sering menjadi tunggak, akhirnya Ijazah ku genggam! Buat adik-adik belajarlah rajin-rajin demi membalas jasa ibubapa seiring dengan mengejar ilmu agama. Rindu Kedah sudahhh.... Oh ya terima kasih buat Sutera Kasih kerana buat entry khas buat saya...ngehngehngeh


ps :: belanjawan 2012???




 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!