Untuk mereka yang mempunyai hidung mancung ala-ala Penelope Cruz, sila baca senyap-senyap je. Bagi peluang kat kita-kita yang tak berapa mancung ni baca serakusnya. Yay. Bagi mereka-mereka, jangan khuatir kita ada tekniknya untuk kelihatan mancung. Ini hanya teknik, bukan cuba mengubah ciptaaNya ya.
1) Apa yang anda perlukan ialah hanya sebatang eyeliner atau penggaris mata bewarna hitam/coklat. Amaran, teknik ni hanya lebih sesuai untuk wanita yang bermake-up. Contoh teknik seperti rajah dibawah ya. Tapi korang kena pandai-pandai gunakan pembayang untuk hidung. Jangan terlalu tebal. Selamat mencuba.
2) Sebelum tidur malam dengan lena, sila tarik, usap dan belai hidung anda perlahan-lahan sampai mancung. Bila 7tahun takde perkembangan jugak, sila terima hakikat hidung anda dah sampai tahap tarikh luput. Sukar dilentur. Seeloknya dibuat ketika masih bayi. Mak bayi yang kena buatkan. Huhu.
3) Buat plastic surgery lah apa lagi. Amaran hanya untuk yang bukan beragama Islam sahaja dinasihatkan baca tips ketiga ni.
4) Dah sampai cara ke empat tapi dah takde idea ni. Acane nak jawab?
5) Ulang baca balik cara nombor satu diatas. Itu saja teknik pemancungan hidung sementara yang paling berkesan. Im sorry..
Ps :: Hidung ku kemek tapi kiut. Hahah.