Setiap tahun azam sendiri akan bersifat seperti tiada kemajuan. Nak jadi lebih baik dari tahun sebelum ni. Cukuplah setakat tu. Takut berazam lebih-lebih sebab awal tahun je ingat azam macam mana yang diharapkan. Akibat kes waktu sekolah dulu la ni....
Tapi tahun depan rasanya nak berazam panjat Gunung Kinabalu bah. Eh azam ke cita-cita ni? Tak kisahlah. Nak tahun depan jugak panjat Kinabalu. Dah teringin bonar rasanya ni. Orang kata Kinabalu ni trek dia ada yang tak susah mana. Cuma time nak sampai puncak tu kena fit sikit. Gunung rasanya semua kena fit macam dalam entry Siapa Suka Hiking ni. Mana boleh tak ready fizikal & mental dulu.
lupe nak letak nama kat lukisan cun 2011 ni ;p |
Ada la jugak ajak member-member panjat Gunung Kinabalu. Banyak yang tak berminat sukan ekstrem. So nak seru semua blogger buatlah gathering kat Kinabalu pulak ke. Baru mencabar. Amacam? Dalam entry Siapa Suka Hiking tadi ramai yang tunjuk respond teringin je...Hehe.
Tambahan : Ade sorang pengacara komen lukisan gunung kinabalu seorang pelukis ni. Dia kata kenapa gunung warna biru bukan hijau ke? Dia tak pernah panjat kot atau buta seni. Kalau dah kat atas puncak mestilah dikabusi awan, otomatik gunung akan terlihat seperti biru. :)