January 17, 2012

Ariana Mikhail Se-sweet Tentang Dhia

Assalammualaikum,





Ariana Mikhail? Sweet je nama. Shooting kat Paris? Lagi sweet.. Outfit Nora Danish Pun sweet. Dua pelakon utama jugak sweet. Tagline 'cinta pertama, cinta selamanya' pun sweet. Cover poster pun sesweet biru+pink yang sweet. Harap jalan cerita sweet seperti diharapkan. Untuk sinopsis penuh sila ke Blog Safura.


Ingatkan nak rehat dua tiga hari dari update blog. Tapi tak bisa! 





January 14, 2012

Tips Kuku Cantik Berseri

Assalammualaikum,

tips, kuku cantik, cara jaga kuku, beauty


Siapa tak nak kuku cantik lagi sihat berseri kan. Kuku yang cantik melambangkan personaliti yang sihat dan bersih. Bukan si pengotor yang asyik menikmati makanan dihujung jari. Eh, haa tak potong kuku ye... Kita ni sebagai penduduk bumi plus umat Islam lagi, kena lah jaga aspek kebersihan ye. 


Jom jaga kebersihan kuku!

1. Sebelum memotong kuku, rendamkan kuku anda dalam larutan garam dan perahan limau nipis. Kalau boleh dalam larutan air suam-suam panas. Biar benda-benda asing dan kulit mati hilang begitu saje. Setelah itu, selesai! Boleh potong kuku dengan happy :)

2. Kilatkan kuku anda dengan ubat gigi Colgate. Nak guna ubat gigi RM dua ringgit pon boleh, tapi tanggung sendiri risiko kuku tercabut. Gosokkan je pada kuku dan bilas. Taraa. Tapi jangan buat selalu ye.

3. Kalau tak nak guna colgate pon takpe. Guna je Vaseline. 

4. Kalau boleh potong kuku korang tu ikut shape yang sebenar. Janganlah potong herot-berot, senget-benget dan comot-comot. Kasi kemaslah sikit. Lepastu guna pengikis yang selesa untuk bentukkan lagi kuku tu.

5. Tak payahlah guna pengilat kuku. Bukan budaya kita. :)

6. Potong kuku sekurang-kurangnya seminggu sekali. Lagi kerap lagi bagus. Kalau boleh potong kuku mengikut sunnah Rasullullah lah. Kan elok macam tu. Benda baik kan..



Mula titik beratkan mengenai kebersihan kuku dari sekarang jika korang ambil remeh sebelum ni. Kuku cantik dan bersih perspektif pertama orang pada kita. Kalau penampilan bersih atas bawah lagi bagus. Jom mulakan dengan kuku! Kalau kuku panjang dan kotor, kuman masuk dalam perut acane? Mahunya dibuat buasir sepanjang malam. Hehe.






 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!