Melah Melodrama
Sedari tadi, Pejal asyik
kehulu-kehilir memikirkan Melah kesayangan hatinya. Hampir seminggu tanpa
khabar dari Melah membuatkan Pejal tidak keruan. Dicapainya Aifon Five di atas
meja lalu cuba mendail nombor Melah..
‘Tet.. tet..tet.. nombor yang
anda dail busy la, ce cuba lagi ok.. Tuttt... '
Pejal menghempaskan telefon
bimbitnya ke atas sofa. Dia mengatur langkah ke beranda sambil menikmati
pandangan Kuala Lumpur dari condonya di tingkat 13.
‘Pehal kau Melah? Abang rindu
tahu tak?’ mengomelnya sendiri. Pejal sentap.
I, I, I, Love you like a love
song bebeh... I, I, I, love you like alove song bebeh....~
Telefon yang dihempasnya tadi
berdering riang..
“Helo, Pejal disini, sape disana?”
Telefon yang diangkatnya tadi tiba-tiba terlepas di genggaman Pejal. Berkecai
Aifon Five yang baru dibelinya malam Jumaat lalu sebab nak show off kat Melah,
begitu jugalah berkecainya hati jejaka yang bertahi lalat di dagu itu...
Terngiang-ngiang sepatah dua kata Melah di telefon tadi, ‘Helo abang moncit,
Melah nak mintak putus, kbai’....
**********
Dua tahun kemudian...
“Weh Pejal, kau add la minah nih.
Hot setaff tuh..” beriya Adila Kassim, rakan sekerja Pejal menyuruhnya
menge-add artis sensasi terbaru dari Kota Singa, Naiemah Letip. Sementara
menunggu waktu bertugas, sempat si Adila Kassim melayan FB di Samsang Galaxy
XYZ miliknya. Siapa tak kenal Adilla Kassim kann, kaki like FB!
“Nah, kau amek blackbarai aku, ko
buatlah apa yang patot!” Pejal memberi isyarat kepada Adila Kassim untuk menolongnya mene-add artis baru itu.
“Cayalah bro!” Adila Kassim
mencapai telefon bimbitnya.
Sementara itu, Pejal memasang
headphone buatan Perancis dikepalanya, sambil melayan lagu kesukaanya, 'kekasihku di menara gading'... Asyik.. Tiba-tiba Pejal tersentak. Adila Kassim
yang kaki like FB tadi menguit-nguit bahunya. Pejal berpaling kearah Adila
Kassim. Dia mengangguk tanda paham.
Adila Kassim menunjukkan isyarat
tangannya, 1, 2, 3...
‘Yeah selamat petang Malaysia, salam sejahtera semua. Seperti biasa, bersama saya, Pejal Mohd...’ Pejal lantas mengerling ke arah Adila Kassim..,‘Dan... saya Addila Kassim, dalam petang di Eja FM, memainkan mujik terbaek....’
Begitulah rutin petang Pejal
bersama karier barunya sebagai juruhebah radio di stesen muzik terkenal di
tanah air. Walaupun baru bertapak, namun berbekalkan pengalamannya sebagai DJ
di majlis-majlis perkahwinan sebelum ni, amatlah membantu. Kini Pejal, somebody!
**********
Beberapa minggu kemudian...
Lebih kurang sejam saja lagi
untuk temubual live bersama pelakon baru, Milasara Arisya Insyirah. Mereka akan mengulas filem
terbaru arahan Yusrilisayes, ‘Hatiku Dirabak Pilu’, akan datang March ini.. Adila Kassim mula membuat research di internet
mengenai tetamu yang bakal ke udara bersama mereka. Lain pula Pejal yang tekun
mendengar lagu kegemaran tak sudahnya itu... ‘Kekasihku dimenara gading..’
Sejam kemudian...
“Melah........?” Pejal terpana. Betulkah ini Melah
aku yang dulu? Yang dulu penuh berjerawat batu dipipi tapi kini licin bak sang
puteri..
“Ni bukan Melah lah.. Haa nilah
tetamu kita petang ni. Milasara Arisya Insyirah. Pelakon baru kau tahu???”
Adila Kassim menyampuk..
Me..melah...sarah...isya...asyira...??
Pejal musykil. Bukan, bukan, inilah Melah yang aku kenal dari dulu. Melahwatie
bin Harun. Takkan aku silap orang??? Pejal sedikit blur... Yup, nilah Melah aku
yang dulu. Tak syak lagi. Pejal yakin.
“Silakan duduk Mila, get ready
okeh. Lagi lima minit kita akan on air..” kata Adila Kassim.
“Terima kasih..” balas Melah
sambil meletakkan bag Gucci di sisinya.
‘Ya bersama saya dan...., dan
Pejal Mohd lagi di Eja FM. Seperti diuar-uarkan, pada petang ini, artis baru
yang melonjak naik, Milasara Arisya Insyirah ada bersama kami. Kami akan
menemubual beliau beberapa minitttt saje lagi... Tapi sebelum itu, berhibur bersama
Bangface-Panik.’
“Pejal, kau kenapa! Kita tengah
live kot! Yang kot dok tenung Mila dari tadi ni nape? Angau? Eh kalau kau tak
nak kerja, tak payah masuk kontilah...”
Pejal tidak menghiraukan langsung
tenkingan dari Adila Kassim. Ditenungnya Melah seperti mahu membahamnya. ‘Kau
kejam Melah...’, Pejal merengus. Melah dari tadi tidak senang dengan tenungan
Pejal.
“Kau buat perangai lagi siap
Pejal. Fokus!” Adila Kassim mengarah.
‘Ye Mila, ceritakan sedikit watak
anda dalam filem Hatiku Dirabak Pilu ni..’
‘Saya memegang watak sebagai
Lofa, isteri kepada....’
‘Melah! Sampai hati kau
tinggalkan abang dulu...!’
Pejal mencelah. Adila Kassim yang
tersentak dengan reaksi Pejal memberi isyarat diam kepada Pejal.
‘Kau pergi Kanada secara
tiba-tiba untuk menuntut ilmu lakonan disana sedangkan kita sudah berjanji
untuk berkahwin Melah...’
Psstt, pstt Pejal!!!
“Kau diam Dila, kau diam Dila~”
Melah tak mampu menahan
airmatanya. Sesungguhnya dia juga merasa sebak dengan tindakannya dulu itu. Kerana cintanya terhadap bidang lakonan lebih tebal daripada cintanya pada Pejal, dia tegar meninggalkan kekasih yang dikenalinya itu sejak tadika lagi... Sememangnya lagu kesukaan Pejal, 'kekasihku dimenara gading' memang ditujukan kepada Melah tercinta.
“Maafkan Melah, abang...”
**********
Dengan serta merta Pejal meletak
jawatan sebagai juruhebah radio. Apedehal, sejurus meletak jawatan, berduyun
pengarah offer berlakon drama dan filem kepadanya. Orang ada pakej kan.. Melah
pula terus membawa diri ke Kanada dan mencuba nasibnya disana pula. Kini, Pejal
bahagia bersama teman tapi mesranya Naiemah Letip, artis sensasi dari Kota
Singa. Secara tak langsung, Pejal pon amat popular di
Malaysia dan Singapura... Retis gitu...
TAMAT.
TAMAT.
Watak utama:
Pejal - Afzalsukasuki
Adila Kassim – Pelangi Hijau
Naiemah Letip – Naiemah Ramli
Melah – undefined
Idea ni datang dari lagu Twinkle
Away. Lagu popular zaman matrik Kuala Nerang dulu. Watak Melah dari MindaKronik. Suka dengan nama Melah!