Apa itu transplantasi organ? Transplantasi organ adalah proses pemindahan organ bagi mereka yang telah meninggal dunia dengan mendapatkan kebenaran daripada si waris. Ia merupakan proses atau kaedah yang baik untuk menyelamatkan nyawa yang mengalami kegagalan organ. Setakat ni, organ yang boleh didermakan adalah seperti mata, jantung, hati, paru-paru, tulang, buah pinggang.
Kebarangkalian risiko penolakan dari badan penerima boleh berlaku dan bagi mengurangkan risiko tersebut, ubat penahan penolakan perlu diambil sepanjang hayat. Oleh itu gaya hidup yang sihat perlu diamalkan dari dijangkiti kuman jahat!
A gift of life. |
Anda perlu memberitahu keluarga dan rakan anda supaya mareka tahu akan
niat suci anda untuk menderma. Dan kad ikrar janji harulah disimpan
bersama dengan IC supaya senang untuk dilihat. Kad ikrar janji akan
dihantar terus ke rumah anda sekiranya butiran lengkap diproses. Bagi
yang berumur 18 tahun ke atas, perlu mendapat kebenaran dari ibu bapa
tau..
Bagaimana mendaftar?
Alamat : Pusat Sumber Transplan Nasional
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Nombor Faks: 03-26810680
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Sumber Transplan Negara seperti berikut :
Talian bebas tol : 1-800-88-9080.
Laman web : Pusat Sumber Transplan Negara.
Facebook : https://www.facebook.com/agiftoflife .
Khidmat masyarakat ini disampaikan oleh masyarakat prihatian.
Ps :: Baru je buat entri ni, tup-tup nuffnang pon baru launch kempen Transplan nih. Sejiwa giteeww