Hafiz memeluk erat kekasih hatinya, seerat mungkin seakan tidak sanggup mahu berpisah lagi. Cukuplah selama enam tahun berpisah gara-gara Hafiz menyambung pelajarannya dulu di Tokyo. Enam tahun memendam rindu didada. Enam tahun berpisah raga.
"Saya tak akan berpisah dengan awak lagi ya." ukiran mesra dibibir kekashnya tidak pernah lekang.
Namun mulut orang siapalah Hafiz untuk menutupnya. Kalau mulut tempayan dapatlah jugak kasi tutup ketat-ketat kan? Itulah manusia. Hafiz sedih dengan teman-teman dan keluarganya yang tidak memahami pilihan hatinya. Langsung. Hafiz redha. Mungkin ini dugaan percintaan mereka.
*****
"Aku nak kau buang dia dari hidup kau Hafiz. Mak tak nak tengok muka dia lagi!" suara Mak Teh, ibu Hafiz yang agak tegas itu muncul dalam mimpi siang Hafiz. Marah benor wanita tua itu.
"Jangan tinggalkan saya, jangan..ja..ngannnn. Sayangggggg!"
Hafiz mula meronta dan terus tersedar dari pembaringannya. Mengucap panjang setelah mimpinya berakhir dengan tragedi perpisahan. Itulah, tidur lagi lepas Asar kan???
*****
Petang itu Hafiz menemani si dia menonton televisyen. Melanggan Astro First di saluran TV berbayar itu memang berbaloi. Ditemani pula pujaan hati. Double berbaloi-baloi. Filem 'Halimah Jongang' menjadi pilihan Hafiz dan si dia untuk dilanggan. Sweet katanya. Cinta sejati.
Hafiz mula mencuit hidung kekasihnya yang comel itu. Agak chubby tapi kiut cangat. Dicuitnya berkali-kali namun tiada respon. Digeramnya Hafiz, digentel-gentel pula telinga makhluk itu.
"Assalammualaikum...."
Hafiz menerjah di celah jendelanya. Kemudian membuka pintu besi pula.
"Haa pak usu, masuklah. Mak abah takde, gi Singapore. Shopping barang branded katanya. Haa masuk, masuk, saya dengan Intan je ada dalam rumah nih." ujar Hafiz sambil menguak pintu utama.
"Pak su ni bukan apa, datang nak mengubat kamu. Memang kamu dah parah nih. Mak kamu kata kamu bercinta dengan si Jebon nih." Hafiz tersentak. Belum sempat sentakannya reda, Johan sepupunya Hafiz mencelah.
"Kau dah teruk sangat ni Fiz, agak-agaklah pon nak bercinta dengan makhluk bisu. Lepas balik Tokyo, sampai sekarang kau jobless. Mak kau kata asyik berkepit dengan girlfriend kau je. Belajar sampai gila ke?"
"Intan nyawa saya Pak Su, tanpa dia saya tak leh tidur malam!" Hafiz memeluk Intan erat. Mesra.
Mereka bertiga membisu. Senyap.
Senyap.
Senyap.
Senyap lagi.
"Agak-agaklah woi nak bercinta dengan patung Doraemon!" seloroh Johan sambil menghempuk kepala Hafiz.
Lalu Hafiz dibawa ke Hospital Sakit Jiwa, Kentucky, USA setelah adegan membisu tadi menjadi adegan tragis. Dua beranak mati di gigit patung Doraemon kata Harian Metro. Adakah Hafiz membela hantu yang diwarisi oleh nenek moyangnya? Haa itu yang kita tak tahu. Jeng jeng jeng.
Ps :: Dah kenapa kau buat cerita serem neh??