January 18, 2013

Kinah J MeleTop !



Siapa yang tak kenal dengan Kinah J? Ratu kebaya 10 tahun lepas daerah Manjung. Itu sepuluh tahun lepas punya cerita lah. Hari ni, Kinah masih lagi MELETOP walaupun kilogramnya mencecah 90kg.

 "Oi Kinah J! Buang tebiat pe kau pakai baju fesyen peplum tuh? Terjojol lemak sini sana. Macam sarung pelam kottt...!" tawa hilai pemuda jalanan itu disambut oleh rakan-rakannya yang lain.

Kinah menjeling. "Janji aku konfiden okee!!" Dia berlalu pergi meninggalkan anak-anak muda yang melepak di bahu jalan. Sudah lali rasanya Kinah dengan usikan-usikan nakal orang-orang kampungnya. Janji aku konfiden itulah tagline yang dibawa Kinah kehulur kehilir sekeliling kampung.

"Assalammualaikum mak ohh mak... Kinah dah balik.. Ni haa ubat buasir yang mak kirimkan tadi." bungkusan plastik kecil dikeluarkan dari beg tangannya diletakkan di atas meja tamu.

Pn Katrina yang datang dari bahagian dapur mendapatkan Kinah yang tengah landing baik punya atas sofa. "Kau tak payahlah terjerit-jerit sebut buasir tuh. Malu dek orang kang. Haa kau dah dapat cari kerja?"

"Belum." balas Kinah sepatah.

"Tu lah dia kau. Pemalas nak mampus sampai badan pon besar macam anak gajah. Patutlah laki kau tinggalkan kau dulu."

"Mak, abang Zack tinggalkan Kinah sebab Rozita kampung sebelah tuh mak. Kinah jadi macam nih lepas cerai dengan dia. Mak jangan kondem Kinah pulak. Tak supportive lah mak nih..." Kinah merengus lalu bangkit dari sofa menuju ke kamarnya.



***********



"Mak, mak, mak tengok nihhh...makkkkk" suara terkinja-kinja Kinah telah mengejutkan Pn Katrina dari lena. Dia gagahkan juga membuka kelopak mata yang nak tak nak je dibuka untuk melihat dunia.

"Kau pehal?" Pn Katrina yang kebingungan mula membaca bait-bait tulisan surat yang dihulur oleh Kinah.

"Glamer lah kau lepas nih..." 

"Mak, Kinah nak buktikan dekat orang kampung yang Kinah nih lebih maju dan bakal mengharumkan nama kampung kita mak." gaya konfiden Kinah membuatkan hati Pn Katrina tersenyum akan rezeki yang diterima anaknya.

"Acane kau leh dapat kerja nih Kinah?" soal Pn Katrina.

"Alah, Kinah selalu hashtag dorang kat Twitter. Lepas tuh, dorang kata dorang dah usha semua tweet-tweet Kinah, Instagram Kinah, Facebook Fanpage Kinah, Google plus Kinah, semualah. Dan dorang yakin dengan Kinah lepas review Kinah. Kinah tak apply pon dengan dorang tentang job nih. Rezeki mak.. Ke Kolumpo lah ye kita mak.." ulas Kinah panjang lebar.

"Untunglah..." nada Pn Kartina seakan tidak berpuas hati..



 **********



Ya bersama kita dengan rancangan Meletop! Kali nih kita ada segmen baru di Meletop dimana, Kinah J, akan mengulas dan membaca semua komen dan tweet yang telah di post di Facebook dan akaun twitter Meletop! Silakan Kinah J.... ujar Neelofa dan Nabil.

Kinah J memulakan bicara, "Oke kita akan baca tweet dari....

Zack Senrose, Hi Kinah J #meletop, ingat teman tak orang kampung kome?
Hj Munawer, masalah pemparitan Kampung kita dah selesai Kinah #meletop. kbai
Usop Hatori, cunlah Neelofa dan Kinah J! #meletop
Katrina ibundanya Kinah, anak mak masuk #meletop yob! #kelass


Begitulah kehidupan baharu Kinah setelah bergelar penyampai twitter di rancangan tv popular masa kini terbitan Astro, MeleTop. Dengar khabar masalah pemparitan kampung Kinah pon telah selesai atas bantuan skandal Kinah J yang terbaru iaitu Datuk Bandar, Hassan Jaszle.

Pn Katrina sebagai PA Kinah J, mula membeli akhbar Berita Harian secara pukal bagi mengundi Kinah sebagai finalis Top 5 ABPH 2013. #LOL. Tamat.




Ps :: stress dengan dot my. Den tak berupdate 2-3 menjak nih. Jangan windu ;p

11 comments

January 29, 2013 at 1:19 AM

hahaha.
rajin dia ni becerpen.
ratu kebaya manjung ke ratu pesta laut lumut manjung?

haw haw haw.

January 30, 2013 at 2:02 AM

hahahaha..makin meletop Kinah J!!!

January 30, 2013 at 11:13 AM

hahaha ada bakat mengarang skrip la jiran saya ni

January 30, 2013 at 11:39 AM

hahaha amboi tak cukup kat tv, ke twitter pon ada.

kemain melatop kinah wehhh

January 30, 2013 at 1:05 PM

kinah propa ke kiah propa? :P haha

January 30, 2013 at 2:59 PM

hahaha . penyampai twitter pulaksss ! hihi

January 30, 2013 at 3:20 PM

@pazilai main petik je daerah tuh...undilah kinah!

January 30, 2013 at 3:20 PM

@C.T.Klah sangat kan....janji masuk tibi oke...

January 30, 2013 at 3:21 PM

@[sutera kasih] tengah berusaha...cayok! huhu

January 30, 2013 at 3:21 PM

@afzalsukasukihashtag la kinah....mungkin lah dia retweet balik kahkah

January 30, 2013 at 3:22 PM

@amranaimanapebenda kau nih lari tajuk?
next!

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!