..sambungan dari Misteri Warung Pak Munawer 1 (click)
Hussin beralih tempat ke ruang makan yang ber-aircond pula. Lega. Hiruk pikuk di warung Pak Munawer dah macam disko gamaknya. Ishh idakler Hussin suka tempat-tempat cenggitu. Eh pesal penulis pun bertutur dalam loghat Perak yop? Ate kome baca jelar... Hiks xoxo. *duckface.
"Ini menimbulkan kemarahan!" Hussin pantas menepuk meja lalu berdiri tanda protes. Marahnya lagi. "Bro, wa bengkekk giler dengan service lu orang dowh. Wa datang lima minit dulu dari dia kot, yang kau layan order dia dulu nape? Punggung dia pon tak dan cecah bangku tuh!"
Pelayan yang ditengking Hussin tadi tidak mengendahkan tempikannya. Sekadar memandang dan terus fokus menulis pesanan pelanggan yang disapa tadi. Selepas itu barulah dia mula mendekati Hussin. "Hmm encik nak minum apa?" selamba.
Panas Hussin semakin membara. Seperti dicabar. "Bagi aku cappucino satu, chicken lasagna satu." sengaja Hussin memesan makanan sebegitu. Mahu diuji tahap kesabaran pelayan muda yang tampak seperti tidak menghiraukan kemarahannya.
"Itu je ke?? Banana split with bluberry sauce tak nak?" pelayan tadi seakan memerli. Lekas dia beralih kepada pelanggan lain. Tidak sampai 10 minit, makanan yang dipesan telah terhidang.
"Nah. Ayam paprik satu, kopi Jantan satu."
Hussin yang bengang dengan gaya persembahan makanan tadi mula terbantut selera untuk menjamah makanan. Yelah. Ada ke patut kesemua ayam paprik tadi dari kategori tengkuk. Tengkuk?? Hussin terpana. Mungkinkah apa yang selama ini Pak Derus syak mengenai warung Pak Munawer nih ternyata benar. Dia mula meninjau keadaan sekeliling warung. Mana tahu terjumpa 'benda' yang tak patut..
"Hey Hussin...Wahh apa khabar kamu?" Pak Munawer menyapa. Hussin yang sedang ralit menyiasat sekitar pemparitan warung mengalih pandanggannya.
"Ehhh, ada Pak Munawer..? Ingatkan menguruskan cawangan warung baru kat Universal Studio Singapore tu...Yelah trending kat twitter kan..."
Pak Munawer tertawa kecil. "Idakler...aku suruh anak aku si Leman yang menguruskan.. Haa kamu dah makan? Dah cuba menu baru kat sini?"
"Iya? Menu apa tuh?" Hussin seakan tertarik. Pasti boleh menjadi bahan bukti penyiasatannya.
"Chicken Teppanyaki with mushroom soup. Kita gunakan ayam fresh dari ternakan usahasama dengan Lembaga Pertubuhan Peladang. Yang uniknya kita specialised tengkuk ayam je untuk menu nih. Haa.." semangat Pak Munawer memberi penerangan.
Tengkuk? Yes. Kesnya semakin sampai ke puncak. Memang sah orang tua nih dah memperdayakan semua orang-orang kampung, Dato Bandar, pengerusi BN, DAP, PKR dan ahli-ahli korporat yang lain. Hussin yang seakan khuatir akan menjadi mangsa seterusnya, pantas menarik perhatian pengunjung warung Pak Munawer.
Ketung..ketung..ketung...
Senduk yang diketuk lantang pada kuali buatan Itali itu menarik perhatian ramai.
"Kau buat apa nih Hussin? Press conference ke? Kau ade jemput krew Jalan-jalan Cari Makan ke? Jap jap aku nak tweet dulu..." soal Pak Munawer.
Hussin seperti berang. "Henti ler lakonan mu itu wahai Pak Munawer...Pak Derus dah ceghita segalanye pada teman...bahawasanya... Pak Munawer nih ada 'membela' dan menggunakan 'pelaris' kan kan?"
Haaa? Orang ramai mula tergamam. Statement berapi Hussin telah mencetuskan suasana. Ditambah pula dengan keyakinan diwajahnya.
"Apa kau merepek nih Hussin?" Pak Munawer cuba menyangkal.
"Kalau kamu semua tak percaya..sile ler tanya pada Pak Derus. Teman pun dah siasat semua nih. Tengkuk yang kamu semua dok pelahap tuh lah 'benda' tuh..." Hussin mula meyakinkan orang ramai..
Haa? Sekali lagi suara kaget pengunjung warung Pak Munawer bergema.
"Ish tak baik kamu tuduh macam itu Hussin. Makanan yang berasaskan tengkuk nih baru je diperkenalkan oleh Pak Munawer. Tengkuk-tengkuk nih sangat ler berkhasiat. Lebih-lebih lagi telah diinovasikan dengan suntikan vitamin c untuk keanjalan kulit." ulas Haji Mansor, ajk surau berpengalaman. Belum sempat dia mengulas, Pak Munawer mula memintas.
"Lagipun yang kamu sebut-sebut nama Pak Derus nih kenapa? Kamu ada jumpa dia ke sejak kamu balik sini? Dia dah lama arwah Hussin oii.. Dalam 5 bulan lepas. Sah kamu dah 'menegur' dengan penunggu dia!"
Serta merta Hussin berasa sangat terkejut. Mana mungkin Pak Derus dah meninggal dunia? Baru dua hari lepas dia bertegur sapa dengan orang tua tuh. Nampak sihat aje. Siap tunjuk six pack dia lagi. Tapi, tapi mee goreng yang dia makan tuh siapa yang masak? Pui pui pui diludah-ludahnya air liur seperti terasa cacing berada dalam mulutnya!
Tamat.
Peaceee ;p