February 12, 2013

Talent of The Day

Assalammualaikum,







 







All photos taken last week punya...huhu
Maaf kualiti henpon cap gajah duduk.


Bagi sesiapa yang ingin menempah perkhidmatan kami, (foto gedik bersama Ahmad Danial), sila ke kaunter B. Sewa untuk sejam, RM 7k. Haa mampu? Eh mana gambaq you xila? Eh eh tak perlulah... Nanti masuk Mastika, ai jugak yang rimas nak layan peminat...kahkahkah.




Ps :: Yayy esok sekolah!~


February 11, 2013

Di-imaginasi-mu


'Bertuahnya kamu dapat saya..'


Heliza memulakan bicara setelah beberapa minit menahan sejuk. Diselitkan dengan senyuman yang cukup indah di mata Aliff. Lama renungan sayu terhadap Heliza dibalas dengan segumpal salji yang disambar tepat ke muka Aliff. Sempat lagi Heliza mengambil kesempatan ke atas Aliff yang ralit berkhayal. Perang salji bermula!

Bangku kosong, pohon oak, dan salju putih telah menjadi saksi cinta mereka. Tawa, riang, juga hilai diiringi besama. Semuanya tampak indah bagaikan bumi Eropah seperti milik mereka berdua. Mereka mula rebah di bahu jalan.

"Awak janji akan selalu ceria macam ni ya?" pinta Heliza.

"Dengan izin Allah, Nur Heliza.." Aliff berjanji.

Jawapan dari Aliff meresahkan benak Heliza. Betul Aliff akan mengotakan janji padanya? Adakah cinta mereka akan tetap utuh walau badai melanda? Adakah dia akan menerima setiap musibah yang menghalang cinta mereka? Dia buntu. Riak resah di wajah Heliza dapat diteka oleh Aliff.

"Kita kan dah berjanji nak habiskan masa kita disini. Tempat yang telah menuai cinta kita. Ingat lagi tak?" soal Aliff.

Masih kuat diingatan Heliza saat pertama kali dia bertemu dengan Aliff. Sewaktu melawat taman bunga di Keukenhof. Seniornya waktu di Cardiff Universiti dulu. Dek kerana telanggar Heliza, habis Aliff dimakinya. Jangkaan Heliza yang mamat tersebut merupakan warganegara China telah diperli oleh Aliff. Terkejut dan malu besar Heliza waktu itu. Titik pertemuan itu telah mendatangkan bibit-bibit percintaan.

"Jahat tau awak masa tu." usikan Aliff telah mematikan lamunan Heliza. Senyap. Dibiarkan Aliff yang terasa ingin meneruskan bualan. "Saya langgar sikit je. Terus awak nak maki-maki saya. Ishh hilang sopan santun sebagai wanita melayu tau."

Heliza tertawa kecil. "Mati-mati saya ingatkan awak apek cina..Rupanya melayu tulen!"

Aliff mula beraksi. Ditariknya hujung mata seperti apek cina. Tawa Heliza semakin besar. Lagak Aliff benar-benar mencuit hatinya. Aliff spontan memegang erat tangan wanita campuran Bugis itu. Senyap.

"Awak jangan pernah lupakan saya dan kenangan kita tau.. Jangan pernah hapuskan ilusi saya dalam imaginasi awak.." Aliff merayu. Air-air jernih laju mengalir dipipinya. Air mata dari hati seorang lelaki. Waktu sangat terkesan di pandangan Heliza.


Di keesokan harinya, Aliff telah mengejutkan Heliza dengan persiapan sarapan pagi diparkir kediaman tumpangan mereka. Indah dihiasi berpuluh lipatan kertas merah berbentuk hati yang terjuntai dari langit dinding. Dan juga ditemani oleh Mr.snowman!


"Taraaa...selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke...err genap 5bulan!" begitu teruja Aliff.


Heliza hanya mampu berbicara dengan air mata. Aliff berpura-pura terus tersenyum memujuk hati. "Saya tahhu, kita mungkin tak sempat..."


Walau beribu kilometer mereka cuba lari bersama buku merah, namun mereka tetap harus bersedia menghadapi realiti. Aliff disahkan meninggal dunia seperti yang dijangkakan oleh doktor pakar. Barah tahap empat telah meragut nyawa suaminya. 


'Jauh mindaku melayang, terkenangkan dirimu sayang. Kau pergi, ku sendiri...' 


Heliza syahdu mengenangkan kenangan bersama suaminya. Peritnya hanya Tuhan yang tahu. Dia berjanji akan selalu mengundang Aliff di alam imaginasinya dan tabah mengharungi hidup bersama anak mereka yang bakal lahir. Hanya Aliff Syauqi yang akan bertakhta dihatinya sehingga hujung nyawa. (ececeh)...

TAMAT.



krik..krik..krik..




Ps :: Ngapain aku enggak bisa berkhayal tentang cerita cinta yang dihujungnya ada indah sihhh? Hehe entry nih dah lama terperam...tahu tade sape baca. Keke.



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!