June 26, 2013

WW : Cheque Nuffnang Sudah Sampai

Assalammualaikum,





Cheque Nuffnang dah lama sampainya pun. Dah siap bank in lagi. Saja bah mahu kasi semua jeles sebab dengan ini kita semua akan berusaha keras untuk mantapkan dunia blog. Kuikuikui. Syukur! Kbai...




June 25, 2013

Pengalaman Temuduga SPA 2013

Assalammualaikum,

Pengalaman pertama kali dipanggil temuduga SPA rasa macam eksaited lebih sangat. Maklumlah kerja Kastam. Rare kot. Walaupun pangkat SPM, dan kau ada ijazah, tapi tapi ah gua rembat jelah gua nekad! Saje je nak share pengalaman sebab dok Google sebelum nih rasanya macam tak banyak yang membantu pun. Kecewa giler noksssss. Ahaks!

Cerita bermula seawal sebelum Subuh. Dengar cerita Rasulullah bangun sebelum Subuh. Saje nak try bangun sebelum Subuh. Pastu terus selawat sapu kat muka bagai dan bukak jendela. Fuhh udara dia feeling kat puncak Genting. Penuh aroma sejuk-sejuk mintak peluk. Berpeluk tubuh jelah kasi warm-warm gituww..


Credit to Google

Seperti dijadualkan, waktu temuduga pukul 9 pagi. Disebabkan tak sure lokasi kejadian, maka bertolak awal dari rumah pukul 8 pagi. Dan sampai sana lebih kurang pukul 8.30 pagi.

Bila masuk je markas SPA tersebut. Kena mengadap pakcik yang uruskan dokumen bagai. Masalahnya dia dok ajak sembang. Rasa macam semua calon dapat dengar kot. Bukan sembang sebenarnya, membebel. Bukan bebel sebab dokumen tak betul tapi pasal perancangan masa depan lah apalah, apalah.. Dah la pakcik tuh juling nak habaq kat hang, rasa macam tak fokus nak pandang dia... Sengih jelah...

Tak sempat nak duduk warm-up punggung, nombor giliran dah dipanggil. Ahh ini semua salah pakcik tuh. Uhuk-uhuk. Dan ambiklah kesempatan sikit berbual dengan calon yang baru keluar kan. Dia bagitahu siap-siaplah kena perkenalkan diri dalam BI. Maseh calon baik hati... Dan apa lagi, haruslah masuk penuh dengan yakin kennn. Ketuk pintu kuat-kuat kasi gegar kesunyian markas. Untuk jawatan ni setiap jam lebih kurang 4-5 orang je interview...

Dah masuk tuh bagi salam lah dengan senyuman bunga-bunga. Beg tangan dah lah besar boleh isi baby, tapi tak tau letak dimana. Ada nampak meja sebelah kerusi, tapi letak jelah beg kat tepi kaki. Psiko betul. Pastikan postur body stabil dan teruskan senyuman....





Sambung boleh? Ahakssss



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!