June 28, 2013

Contoh Soalan Temuduga SPA Pembantu Penguasa Kastam

Assalammualaikum,

Credit to Google


Nak sambung cerita pengalaman temuduga SPA hari tu lah [previous entry]. Hehe antara soalan yang wakil pegawai SPA dan Kastam kan lebih kurang macam converstion dibawah eh... 
(S: Soalan dan X: Xila)

S: Hi sila perkenalkan diri anda dalam BI. Dalam BI ye...
X: (Ish tahu lah...) My name is blablabla...(belum sempat nak cerita pasal kerjaya terdahulu, depa mencelah)

S: So before this you work as what aa??
X: My previous work as blablabla...(semangat walaupun ke laut dah rasanya)

S: So why you resigned?
X: Well...blablabla...

S: Ooo you just want to blablabla la? Tell us er er jika masa belajar dulu ada berkaitan tak you know dengan Kastam?
X: I think it is more related to taxes such as...blablabla...
 
S : Selain itu?
X: Besides that..i think..(tengah pikio dalam ayat dalam BI)

S: Takpe cakap je bahasa melayu
X: (Sengih..Fuhh tak perasan sebelum ni cakap BI memanjang je. Hangpa tak paham ke tadi? Kuikui. Tapi tak dapat jawab soalan ni dengan baik pun walaupun dalam BM. Choi...)

S: Terangkan cukai yang dikendalikan Kastam.
X: Cukai tak langsung seperti cukai jualan etc etc

S: Apakah barang larangan yang dikawal pihak Kastam.
X: (Hat ni memang tak pernah baca kat website Kastam tapi mengikut logik jawab...) Dadah?

S: Selain itu?
X: (Aduyai pikir xila pikirin cepat...!) Senjata api.

S: Biasanya senjata api perlukan permit kan? Lagi?
X: (Aduyai dia mintak lagi.... Duhh! Muka blur dah masa tuh)

S: Oke selain itu buat pengetahuan anda ialah mercun..
X: Ya.. (Duk senyum jelah..)

S: Berat dan tinggi cik berapa?
X: cm dan kg...

S: Rabun tak? Ni pakai contact lense tak?
X: Pakai puan...(Alamak...)

S: Pada pandangan anda, kenapa kastam perlu berada di pintu masuk negara?
X: Untuk mengawal pergerakan keluar masuk blabla...

S: Dimanakah pintu masuk negara?
X: (Soalan tak berapa nak jelas jawapan pun...) Seperti di sempadan negara di Bukit Kayu Hitam, pelabuhan di Pelabuhan Klang...

S : Lagi?
X: (Apa yang lagi? Kau nak aku highlight semua ke? Blur dan jawab...) Di Tambak, situ, sana, sini..

S: Kalau laluan udara?
X: (Kalau udara kapal terbang kan?) Di..err..er.. (Alamak gagap!)

S: Di airport ye cik... (Mungkin dia nampak ai blur kot)
X: Ya...

S: Ni kalau ditempatkan di Sabah Sarawak sanggup ke?
X: Kalau ianya merupakan satu arahan saya bersedia puan. (Ececehhh....)

S: Ada apa-apa lagi nak tanya?
X: Kalau rabun memang pihak Kastam tak akan ambil ke cemana?
S: Kami akan buat tapisan juga tapi tak semestinya bla bla bla (cakap jelah takmau ambik kennn)

Tamat.


Perbualan temuduga diatas terpaksa dipendekkan cerita. Situasi yang sebenar kan, semua soalan yang ditanya semuanya dari pihak Kastam. Dah kenapa pegawai SPA kat sebelah puan kastam tuh senyap aje? Pemerhati eh? Bila puan Kastam tuh tanya ada soalan tak, dia geleng je. First time ke kak? Sekali sekala toleh lah jugak kat pegawai kat SPA tuh dan sedekahkan senyuman kat dia.

Akhirya puan Kastam tuh yang conquer. Suara dia lantang gila dan semangat. Selain dia suka menyoal, kadang-kadang dia selitkan lah keadaan sebenar kerja kat Kastam, ada training kat Melaka yang kena taekwando, renang, ujian fizikal, kawad tengah panas bagai. Huih masa tuh dah telan ayaq liuq dah... Dan dia juga cakap nanti applylah jawatan pegawai jugak... Oke der...
 




Sampai disini saja...
Terima kasih sudi baca, dan semua calon yang bakal ditemuduga SPA, semoga berjaya!



June 25, 2013

Pengalaman Temuduga SPA 2013

Assalammualaikum,

Pengalaman pertama kali dipanggil temuduga SPA rasa macam eksaited lebih sangat. Maklumlah kerja Kastam. Rare kot. Walaupun pangkat SPM, dan kau ada ijazah, tapi tapi ah gua rembat jelah gua nekad! Saje je nak share pengalaman sebab dok Google sebelum nih rasanya macam tak banyak yang membantu pun. Kecewa giler noksssss. Ahaks!

Cerita bermula seawal sebelum Subuh. Dengar cerita Rasulullah bangun sebelum Subuh. Saje nak try bangun sebelum Subuh. Pastu terus selawat sapu kat muka bagai dan bukak jendela. Fuhh udara dia feeling kat puncak Genting. Penuh aroma sejuk-sejuk mintak peluk. Berpeluk tubuh jelah kasi warm-warm gituww..


Credit to Google

Seperti dijadualkan, waktu temuduga pukul 9 pagi. Disebabkan tak sure lokasi kejadian, maka bertolak awal dari rumah pukul 8 pagi. Dan sampai sana lebih kurang pukul 8.30 pagi.

Bila masuk je markas SPA tersebut. Kena mengadap pakcik yang uruskan dokumen bagai. Masalahnya dia dok ajak sembang. Rasa macam semua calon dapat dengar kot. Bukan sembang sebenarnya, membebel. Bukan bebel sebab dokumen tak betul tapi pasal perancangan masa depan lah apalah, apalah.. Dah la pakcik tuh juling nak habaq kat hang, rasa macam tak fokus nak pandang dia... Sengih jelah...

Tak sempat nak duduk warm-up punggung, nombor giliran dah dipanggil. Ahh ini semua salah pakcik tuh. Uhuk-uhuk. Dan ambiklah kesempatan sikit berbual dengan calon yang baru keluar kan. Dia bagitahu siap-siaplah kena perkenalkan diri dalam BI. Maseh calon baik hati... Dan apa lagi, haruslah masuk penuh dengan yakin kennn. Ketuk pintu kuat-kuat kasi gegar kesunyian markas. Untuk jawatan ni setiap jam lebih kurang 4-5 orang je interview...

Dah masuk tuh bagi salam lah dengan senyuman bunga-bunga. Beg tangan dah lah besar boleh isi baby, tapi tak tau letak dimana. Ada nampak meja sebelah kerusi, tapi letak jelah beg kat tepi kaki. Psiko betul. Pastikan postur body stabil dan teruskan senyuman....





Sambung boleh? Ahakssss



January 26, 2012

Menang Dan Terus Menang Hopefully

Assalammualaikum,

CERITA 1

Malam ni dapat khabar gembira plus eee sukenyeww sebab menang contest Sketch Paling Giler yang pernah dianjurkan oleh Citer Jo suatu ketika dulu. Kalau nak check it out jadi mamarazzi dan tengok senarai pemenang lain boleh skodeng dengan [klik disini. ] Tak sangka lukisan giler tu boleh menang!! Maceh kakak jojo..


Menang kategori sagu hati je. Tapi takpe janji menang!! Tak pernah masuk mana-mana contest atau giveaway menang dengan riang macam ni. Terharu watie... Tiba-tiba nama jadi watie... Teringat kisah cinta yang bergelora - Tragedi Oktober... Awie hensem ini semua poyo ohh.



CERITA 2


Dari pagi lagi sebenarnya mood gembira syukur padaNya ni berterusan sampai ke malam. Sebab dapat call untuk hadir temu duga esok! Yang bestnya tempat kerja tuh dekat gila kat rumah. Tapi esok kena hadir temuduga sampai ke Taiping kot. Takpe aja-aja fighting zila!!


Nak suruh korang yang baca sekarang ni wish gudluck cepat! Mintak-mintak lah lekat jawatan ni dekat saya. Oleh itu nak pergi prepare lah ni segala patot. Saja je nak buat entry malam ni sebab takot sok tak sempat dan nak suruh orang wish. Harap berjaya!!~




Ps :: Double happy! Nanite~


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!