July 2, 2013

Baby Diana Danielle

Assalammualaikum,

Diana Danielle isterinya hero malaya si Farid Kamil dah selamat deliver baby boy. Comel sangat. Tapi tak boleh lawan baby Adam dalam Teduhan Kasih oke. Hahahah. Tahniah buat Diana Danielle dan Farid Kamil. Hari ni apesal asyik baca pasal baby je. Tadi pun baru jenguk baby Irene Nadia... Gewam mak! ;p

Baby boy Diana Danielle *sapa insta gambaq kita ni wei*




Altimet - Kalau Aku Kaya featuring Awi Rafael - sumber


Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku




Zizan : Kalau aku kayiaq, aku nak beli KLCCliaq hahahah



Kalau je la ditakdirkan kaya kan. Kalau amalkan doa ini mungkin 'kalau aku kaya' termakbul. Insyaallah. Tapi rezeki orang masing-masing kan. Cepat atau lambat, besar atau kecil kenalah bersyukur dan redha selalu... Peringatan untuk diri sendiri jugak. Semoga semua pembaca blog ini dan kita semua akan selalu dirahmati Allah. :)


Ps :: Apa yang tengah buat dan baca itulah yang nak dipostnya



July 1, 2013

Tip : 10 Cara Cari Idea Tulis Blog

Assalammualaikum,



Bukan senang nak menulis blog tau. Kadang-kadang otai blog pun kusut nak cari idea menulis blog apatah lagi newbie. Idea dah ada tapi cara penyampaian dan target blog takde pon tak guna. Eh macam lagu W.A.R.I.S...


10 cara cari idea menulis Blog:

1. Blogwalking
Blogwalking dari satu blog ke satu blog dapat memberikan idea sedikit sebanyak pada blogger untuk menulis blog. Tipulah dah melawat lebih dari 10 blog kawan-kawan masih tak ada idea. Kita bukannya nak tiru idea entry blogger lain. Cumanya korang boleh try respon dengan kongsi pengalaman atau pendapat entry blog lain tu ke. Siap bagi backlink mungkin. 

2. Media Sosial
Melalui Facebook atau Twitter pon boleh dapat idea tau nak tulis blog. Mungkin ada kawan-kawan korang yang share gambar ke atau info yang menarik. Atau ada status kawan korang pasal putus cinta ke, nak tips muka cantik macam Kak Ton ke, korang boleh start jana idea dekat blog kenn. Atau susah-susah share je insta korang kat blog haa gitu...

3. Berita Semasa
Korang boleh update blog dengan sharekan berita-berita terkini yang korang baca kat newspaper, majalah, Google ke kan. Tapi haruslah backlink oke. Bukan hak kau orang pon. Pastu kaitkanlah dengan pendapat atau pengalaman korang.

4. Aktiviti peribadi
Kongsi aktiviti seharian korang boleh jugak jadi idea yang meletops nak tulis blog. Tak payah susah-susah perah. Contohnya korang share harini korang pergi ziarah Tiz Zaqyah iaitu sepupu korang (kelass) atau pengalaman pertama kali pergi Zoo Negara etc etc...





5. Kegemaran yang melampau
Contohnya korang suka bela harimau, korang boleh sharelah cara nak jaga harimau, makanan kegemaran harimau, kenapa korang suka sangat harimau, aktiviti kesukaan harimau, pantang larang menjaga harimau. Nampak permainan dia? Yang akhirnya boleh jadi blog nichie tersendiri tau.

6. Segmen, giveaway, kuiz, teka-teki
Kalau rasa mampu tuh buat lah segmen ke, giveaway ke. Lepastu korang bolehlah update para peserta ke, komen peserta ke, review peserta ke, senarai pemenang peserta ke. Haa paham?

7. Keyword blog
Korang boleh jugak usha keyword yang singgah kat blog korang. Misalnya kat keyword Nuffnang ke. Kalau baca keyword yang singgah mesti macam-macam ada. Contoh. Dari situ idea nak tulis blog pasti ada dengan menulis idea itu atau membalas respon mereka.

8. Review
Boleh jadi review mengenai filem, drama, makanan, gadjet, buku atau apa saja yang boleh membawa info kepada pembaca. Contoh.

9. Sembang kosong
Tengah korang lepak dengan member-member kat kopitiam, lepastu sembang pasal hantaran tinggi jugak boleh jadi idea tulis blog. Bincangkan topik-topik tadi dengantuliskan pendapat sebenar member-member korang ke.


10. Tip-tip berguna
Tip-tip ni mungkin boleh dapat sepanjang berblogging ke, kecantikan, kembara atau fesyen melalui pengalaman korang hadapi atau kendalikan sesuatu perkara atau produk. Korang boleh tulis kat blog dan pembaca suka tip-tip ni oke. Ai pon suka hahah.


Idea dah ada, tapi fokus pembaca korang kena alert lah jugak. Jangan lah untuk kau baca sendiri macam diary peribadi. Nama pun blog semua orang ada hak nak Google tau. Itu kalau yang tak privatekan blog la huhu. Jangan korang terlibat dengan entry bermasalah pulak macam ni.

Diharap 10 cara cari idea nak tulis blog ni memberi manfaat kepada semua orang. Maaf jika ada salah dan silap. Saya hanyalah blogger biasa je pon. Untuk tips lebih lanjut mengenai blog sila layari ke sini. Cayok-cayok! XD



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!