July 5, 2013

I Miss You

Assalammualaikum,

I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you so muchhhh. Seronok kan kalau dapat ber-miss you dengan orang tersayang. Lebih-lebih lagi orang tersayang balas dengan I miss you too three four five. Bila dah tak sayang, emm korang imaginasilah sendiri...

Sebenarnya baru lepas habis marathon Korean Drama 'I miss you'. Sedih giler nokkkx. Takdelah sedih sangat pun, tapi air mata ni saja je mengalir laju. (cover line). 


Google


SINOPSIS I MISS YOU
Drama ni mengisahkan percintaan antara Lee Soo Yeon dengan Han Jung Woo sejak dari sekolah, sampailah ke alam dewasa. Mereka terpisah semasa kecil disebabkan satu insiden penculikan ke atas Han Jung Woo. Lee Soo Yeon cuba membantu tapi dia pula dirogol oleh si penculik dan diselamatkan oleh orang lain. Tapi Han Jung Woo lari menyelamatkan diri sendirian dan cuba mencari semula Lee Soo Yeon sampailah dewasa. Lepastu haa macam-macam konflik cinta tiga segi la, kekeluargaan, kes penculikan yang tak selesai di balai polis Gangnam (oppa!) dan juga kesukaran Lee Soo Yeon nak terima balik Han Jung Woo. Rugi woo tak mau kat Han Jung Woo yang hensem malah detektif polis lagi....

Drama korea ni release tahun lepas, tapi baru sekarang dapat tengok. Makan berbulan jugak la nak habiskan drama ni kat Maaduu.com. Hang pa try tengok sat....




Ps :: Ooo yang duk trending #SSID tu, saya sebenarnya isteri dia ke? Hahahah



Makanan Berkhasiat Untuk Otak Cemerlang

Assalammualaikum,

Entry khas untuk pelajar berkaitan pemakanan untuk otak, minda, and tummy kite supaya sihat dan cergas selalu. Lagi-lagi bila musim peperiksaan kenn. Tapi haruslah juga jaga adab dan lisan oke. Ah rindunya nak jadi pelajar hehe

 
Mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

Jangan terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. Makanan kan sekurang-kurangnya kena kunyah dalam 30-40 kali kunyahan. Pelan-pelan kunyah supaya makanan mudah hadap dan rasa kenyang tuh akan cepat. So makan dalam kuantiti sedikit dengan cara kunyah perlahan-lahan pon boleh kuwus tauuu ;p

Makan ikan  banyak-banyak
Makan la sebanyak mana ikan yang korang nak sebab ikan kan protein. baik untuk otak korang jugak....so makan lah ikan.....isnin hingga ahad menu utama jadi ikan lah pasni. Telur juga ada protein yang tinggi. Teringat cerita member pasal ikan keli yang makan najis...yewww

Selalu makan buahan, sayuran dan manisan
Makan la kismis dan banyakkan makan makanan yang mengandungi gandum, soya dan kekecang.. Sayur pulak dari bayam, brokoli ke. its all for your brain ma....dan pantang makan benda masam-masam juga..





so yang lain-lain :
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Jangan minum air yang ada semut 
Selalu makan makanan yang panas2
 Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam




Ps :: Up entry lama sat ;p



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!