July 29, 2013

Tulis Azam Raya, Dapat RM 5 Voucher Dari Watsons Malaysia!

Assalammualaikum,


Korang mesti dah tahu kan pasal Azam Raya dari Watsons Malaysia? Benda senang je. Korang tulis azam raya korang tahun ni di Facebook Watsons Malaysia kurang dari 160 patah perkataan je dan isikan sekali maklumat peribadi dan tadaa team Watsons akan hantar RM 5 voucher dengan setiap pembelian Watsons brands kat email korang.

Print voucher tuh dan claimlah di store Watsons berdekatan anda. Tapi kena beli barang brands Watsons dari RM 20 ke atas baru dapat guna voucher tuh. Ok apa beli mask muka yang harganya lebih daripada RM 20.05, pastu tolak dengan voucher RM 5, dan bayar RM 15 je. Yezza itulah plan bijak saya. Har har har...

Mask ke masker muka ke sekarang memang mahal sangatlah kan. RM 20 boleh beli dalam 3 hingga 4 keping je. Syahdunya dapat voucher RM 5. Yang penting boleh digunakan sebelum September 2013. Yayyy gwiyomi *tibe-tibe

watsons, shopping voucher, Azam Raya dari Watsons, Watsons Malaysia, Hari raya aidilfitri, advertorials, Ramadhan
Inilah dia RM 5 Voucher Dari Watsons Malaysia

Entahlah kod kat atas tu berbeza dengan orang lain ataupun tak. Kalau akak pikiran secara bijak, haruslah berbeda ngak? Yang pasti nak gunakan voucher ni! Rugi woo kalau korang pun tak rebut peluang. Ala sekarag pon Watsons ada buat sales apa sempena raya ni kan. Rasanya semua Watsons brands ada dua kali bonus topup. Boleh lah guna kad ahli Watsons. Memang berbaloi-baloi heheh...

Ini bukan sponsored post. XD



July 28, 2013

Amalan di Malam Lailatul Qadar

Assalammualaikum,

malam Lailatul Qadar, amalan pada Lailatul Qadar, bcoz i care, love islam, kurma, amalan di bulan puasa, Ramadhan

Pada waktu siang kita diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan dan malamnya pula disunatkan Qiamullail iaitu mermakmurkan dan menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan amalan ibadat bagi yang berkemampuan. Kalau dalam keadaan haid ke boleh ambil contoh dalam  entry ni.

Malam Lailatul Qadar itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Pada malam Lailatul Qadar juga turunnya para Malaikat bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini. 

Amalan pada malam Lailatul Qadar :
Menggandakan amalan sunat pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
  1. Mengambil wuduk dan mendirikan Solat Sunat Wuduk.
  2. Membaca surah Ali Imran; ayat 190 –200.
  3. Solat Sunat Tahajjud – bagi memantapkan iman dan akidah tauhid.
  4. Solat Sunat Hajat dan berdoa kepada Allah mohon dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
  5. Membaca Al-Quran.
  6. Beristighfar dan berzikir
 

  7.  Bertasbih dan berselawat
  8.  Bersolat Sunat.
    1. Solat Sunat Taubat – Mohon keampunan.
    2. Solat Sunat Tasbih – Mengagungkan Yang Maha Esa.
    3. Solat Sunat Lailatul Qadar – Tanda Syukur dapat meraih Malam Berkat.
    4. Solat Sunat Witir. – Solat Penutup


Ps :: Dipetik dari sumber ni. Semoga perkongsian malam Lailatul Qadar ini bermanfaat buat semua pembaca dan jomlah kita rebut peluang bertemu malam Lailatul Qadar setahun sekali ni. Insyaallah...



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!