August 21, 2013

CPUV Dari Nuffnang Lagi

wordless wednesday, CPUV Nuffnang, nuffnang, advertorials, terima kasih, The Smurfs 2
Terima kasih Nuffnang bagi CPUV lagi. Tapi awat yang Twitties Traxxobeats 30 July tu baru appear sekarang? Why mehh? Walaupun CPUV dari Nuffnang semakin kurang rancak, tapi ku masih bersyukur. Bagi la lagi ye Nuffnang sempena birthday saya akan datang. Kuikuikui

Untuk CPUV The Smurfs 2 boleh refer sini. Ada cerita pasal sinopsis, trailer, lagu tema The Smurfs 2-Ooh La La nyanyian Briteney Spears, dan gambar berkaitan The Smurfs 2 lah. Cuma malas nak review je sebab citer kureng best la...hehehe


Takziah buat semua 33 orang mangsa terkorban dari Genting Highlands.



August 20, 2013

Tip Pakaian ke Rumah Terbuka (Open House)

Assalammualaikum,

Syawal kan sebulan, mesti korang dapat jemputan ke rumah terbuka sana sini sampai tak menang tangan kan. Tak pun jemputan kenduri kahwin. Lepastu pening nak fikir baju apa yang nak dipakai sebabnya lebih banyak anda dapat jemputan ke rumah terbuka, lebih banyak lah pakaian yang perlu disarung. Tak bestlah kalau asyik pakai baju yang sama je kannn....

Tapi pemilihan pakaian untuk ke rumah terbuka haruslah kena pada tempat, masa, dan lain-lain faktor. Kalau pakai simple sangat pon tak best kan, kalau over bergaya takut overshadow tuan rumah pulak. Takpe, janji kau yang paling cantik..hehe..


Baju Kurung / Tradisional

Kalau pakai baju kurung atau tradisional yang lain memang sesuai untuk semua majlis rasmi atau tak rasmi. Yang penting pemilihan fabrik, design dan warna kenalah sesuai dengan faktor-faktor tadi. Pemilihan baju kurung atau tradisional kan lebih manis, sopan, selamat dan paling tepat untuk ke rumah terbuka.

contoh bergaya dengan baju kurung

Jubah / Kaftan / Blouse / Skirt Labuh

Kata beraya rumah orang kan. Ciri-ciri penting seperti sopan harus dititikberatkan. Sebab nanti kalau kena tegur dengan orang tua-tua baru tahu. Dan salah satu tanda kita hormat majlis orang. Lainlah kalau party cocktail kan, pakai baju kurung atau baju yang lengan meleret-leret, semua memanglah tak sesuai. Ingat balik faktor tempat ya.


Hari raya aidilfitri, tips, Hari Raya 2013, tip fesyen ke rumah terbuka, info, beauty, fesyen, peplum fesyen, inspiration, bergaya ke rumah terbuka


Konsep Mix and Match

Kebanyakan baju raya korang dah pakai kan, apa kata cuba konsep mix and match pulak. Cuba padankan skirt labuh, blouse dengan tambahan cardigan panjang atau pendek ke ataupun padankan seluar slack atau palazo dengan blouse ke. Kreatif, manis, dan masih sopan! Musim peplum masih in, bergaya dengan peplum pun comel :)


Don't!

Jangan sesekali bergaya dengan jeans. Tampak tak manis. Alah hari minggu atau hari-hari yang biasa yang lain kan korang selalu bergaya dengan jeans, apa kata di hari atau waktu rumah terbuka macam bulan Syawal ni korang bergaya lebih manis pulak. Bukan selalu...

Untuk idea yang lebih baik, apa kata korang lawat Zalora Women's Butik. Mana tahu ada pakaian atau aksesori yang dah berkenan tu bolehlah terus shopping untuk dijadikan koleksi anda pada masa akan datang. Semuanya boleh didapati dari hujung rambut hingga hujung kaki di Zalora. Apa tunggu lagi, jom bergaya dan beraya :)


ps : bergambar pon kena sopan tau..tapi bila jumpa member haruslah crazieeeee ;p



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!