November 20, 2012

Twilight : Bengkang Down [Part 2]





Bella masih was-was apa yang dilakukannya saat ini. Dipegangnya sudip, kemudiannya piring, dicapainya itu ini seolah seakan serba tak kena.

"Whats wrong momma? Mee suruh ma tunjukkan cara buat bengkang je ponnn. Kenapa panik sangat ni?" Mee yang kehairanan dengan sikap resah ibunya terus meluru ke arah Edward yang muncul di ruang dapur.

"Whats wrong darling. Bella?" Edward menyoal.

"Papa, papa, momma tiba-tiba jadi resah macam tu pa. Mee tatutt.." Mee memeluk erat papanya.

Bella cuba memujuk Mee. "Sayang, maafkan ibu sayang. Oke lets we start over again ok." 


Edward yang memerhati gelagat anak-baranak itu hanya tersengih saja. Faham benar akan perangai isteri kesayangannya itu. Dia beralih semula ke ruang tamu.


"So momma meh Mee pukul telur ni sampai kembang okeh."

Mereka anak-beranak seolah seakan leka dengan kuih bengkang in making mereka. Seolah tiada masa yang mampu dicuri sehinggakan tiada suara pun yang kedengaran. Beberapa ketika kemudian...

"Yay we did it mom. Tapi Mee pelik kenapa kita punya adunan kaler pepel? Selalu momma buat warna brown kan?" Mee yang musykil dengan hasil adunan mereka mula menyoal.

"Takpe la sayang, selalu ibu buat brown kaler kan. Kali ni lain sikitla." balas Bella yakin.


1 jam setengah kemudian...


"Momma tak jadi pun? Rasa kelat kot. Hangus pulak tuh. Tell me why momma?" Mee mula merengek.

"Shh, shh sayang, nanti kita suruh papa beli oven baru oke? Oven ni rosak kut. Arghh ni yang ibu down nih, down, down sangat!" Bellamula bermain emosi.

Edward yang sedari tadi memerhati gelagat mereka mula menghampiri. "Hows the result?"

"Papa....! Hangus..." mimik muka Mee sungguh lucu ketika itu.

Edward ketawa besar. "Nah ambil Ipad mini keluaran Kanada papa nih. Papa dah download siap-siap tadi cara nak bake bengkang. Tahu bengkang enkorang tak jadi punya. Hehe"

Mee bingung. Dipandang wajah papanya, kemudian ibunya, seakan tidak mengerti maksud disebalik sengih papanya.


"Sebenarnya nak, papa ni vampire dan sejak ibu kamu kahwin dengan papa, dia pun ada kuasa mistik istimewa. Dia dapat hasilkan makanan dari apa yang minda dia fikirkan. Haa gitu."

"Betul nih momma?"

Bella hanya tersengih dengan penjelasan Edward. Dia mengangguk.


"Wuaaa momma jahat! Down ar camni, down..." Mee mencapai dua belah garfu dsisinya...

Bella yang terkejut dengan tindakan spontan anaknya yang menghala garfu ke matanya mula melarang. "Jangan sayang jangannnnnnn......"





TAMAT








Ps :: Kahkah macam harem.



November 19, 2012

Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movie Ever

Assalammualaikum,


Saat mengarang entry ini, air mata jatuh tak sudah nokkx. Pasal Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movies Ever ni lah. Ada ke patut depa dok buat movies sedih-sedih lagu ni. Patut sungguh ka? Hangpa habaq lagu mana...


Sinopsis Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movies Ever:

Movie ini berkisahkan seorang gadis yang mempunyai kedai pamearan seni di Amsterdam. Movies ni semua berlatar belakangkan Amsterdam. Maybe lah Amsterdam kot, tak sure nokx. Dan akhirnya jatuh cinta dengan seorang Polis Antarabangsa yang bertugas di negara itu. Akibat insiden pergelutan antara Polis tersebut dengan penjenayah tempatan, maka gadis tersebut terlibat kecelakaan yang mengakibatkan kerosakan pada peti suara beliau (bisu). Sehinggalah dia bertemu dengan seorang assasin dimana jejaka itulah cinta sebenar yang dia cari selama ini.


Anda wajib tengok movies Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movies Ever ini kerana:

1) Ianya berlatarkan pemandangan kat Amsterdam yang sangat indah. Scene padang/taman/laman bunga daisy banyak.

2) Mula-mula cerita ni agak konfius, tapi bila dah part gadis tu jatuh cinta sampailah ending was so osem!

3) Sedih gila nokx cerita ni...air mata laju tanpa henti. Siyes. Tengok banyak kali pun perasaan sedih tu tak dapat dibendung. Ikhlas je perasaan sedih tu datang tanpa diundang. Gua emosi ni!

4) Yang penting gua dah jatuh cinta dengan watak hero jahat tuh. Ahak.

5) Apasal gua ber-gua neh?

6) Dan apesal baru sekarang gua tengok movie nih?

7) Suka tengok movie ni sebab ada passion tentang seni lukuih. Seni lukisan tangan tuh. Bukan calang-calang orang dapat bakat tuh. Hade?

8) Hero jahat ni sanggup buat girl dia ni bahagia walaupun girl ni pandang dia sebelah mata. Yang spoilnya kenapa hero jahat ni assassin? Buatlah watak posmen ke...

9) Sudah cukup-cukup sudah.. Lagu dia sedih dari lagu cukup sudah tuh. Pui




Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movies Ever
Siap dah download buat koleksi.




'Flowers can represents loves, but also can represents death.'




Secara keseluruhan tentang movies Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movie Ever ni, saya bagi 4.8 out of 5 bintang. Yang lagi 0.2 gua tolak sebabnya masa mula-mula gua agak konfius. Movies ni sama level sedihnya dengan drama sambung-sambung Korea - Sad Love Story. Sroot srott sebak nokkx.

Sekian.







Ps :: Ini mungkin entry yang terakhir dari saya, siapa tahu? Hidup tak selalunya indah. Panjang umur kita jumpa lagi. #PrayForGaza.



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!