Saje try tengok pakej daki Gunung Kinabalu, Sabah. Dan try gak usha blog-blog yang ada pengalaman daki gunung tertinggi di Malaysia tu kan. Last-last terjumpa video banjir di puncak Kinabalu seperti di atas. Memang cuak kateko...........!
Ps :: Masa mencemburui aku...busy dah macam Yuna dah pulak...
Sekarang tengah layan movie ni, Hussin, Mon, dan Jin Pakai Toncet Full Movie di Youtube. Cepat-cepat sebelum Youtube mengamuk. Kuikui. Rasa macam tak berapa berkenan nak tengok sebab macam tak best je hahahahah. Kita kasi layan sekejap dulu... Tapi banyak-banyak filem Mamat Khalid, den raso Rock & Rock Oo je yang menjadi. Kbai..
Lirik Semalam Tanpamu Entah kenapa aku tak tahu
Diriku buntu tak lena tidur
Oh semalaman aku gelisah
Kiri ke kanan tak tentu arah
Bridge:
Mungkin kerana kau tiada
Untuk menemani mimpiku
Mungkin ku sudah tiada
Punca bila kau menjauh
Chorus:
Sepagi diriku mampu merana
Rindu masih belum menyentuh
Sepetang pun tidak mengapa
Andainya engkau tak bersamaku
Sesenja ku masih kukuh
Kerana kawalan ku masih teguh
Tapi jangan sekali diriku diuji
Dengan penyeksaan semalam tanpamu
Aku menanti saat kembali
Kita berdua saling berdamping
Jangan leretkan kegelisahan
Tanpamu hidupku kesepian
[Bridge]
[Chorus]
Aku tak tahan lagi
Hanyut bersendiri
Segeralah kau mengisi mimpi-mimpiku
Kejam kejam
Hukuman yang kejam
Ku meracau dari siang ke malam
Terasakan duniaku statik
Perlukanmu untuk perubahan drastik
Janakan magismu
Pukau ku dengan pesonamu
Jangan kejam biar ku sebegini
Mengidam kasihmu sepanjang hari
Ok suka lagu nih. Rasanya energy bertambah tiba-tiba bila dengar lagu baru KRU dengan Stacy nih. Propa noh. Siapa tak tengok lagi Rock Oo? Haruslah tengok kome... Disampig tu, keep praying for people and state in Lahat Datu, Sabah, Malaysia, dan keamaan seluruh dunia.
Bersama-sama kita doakan keselamatan pejuang tanah air dan semua penduduk Sabah, Malaysia dan Dunia! We want aman!
Baru kaji peta Sabah haa
Tak tahu kenapa suka Sabah. Teringin nak gi jenguk rumah orang atas air tu.. Kaum bajau eh? Snorkelling kat laut biru ala-ala hijau, emm emm automatik teringat jugak dekat orang hutan dan lembu new zealand. Hehe.
Sabtu lepas kami dating dengan blogger ipoh. Tak cadang pon nak ajak jumpa sebab ai nih pemalu giler orangnya. OK fine. Tapi terbaca komen-komen filem Rock Oo kat twitter, dan secara spontan ajak blogger ipoh sorang nih nengok Rock Oo... Serius rasa tak membazir 14 hengget tuh... Tapi sedang kita berseronok jangan lupa doakan Sabah, Malaysia ya...
Sinopsis Rock Oo
Filem Rock OO - Rimba Bara Kembali adalah kesinambungan filem Rock
(2005) yang diarahkan oleh Mamat Khalid. Kumpulan Rock Rimba Bara telah
berpecah dan berazam untuk bersatu semula. Amy Mat Piah (Que Haidar)
menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi utama Rimba Bara dengan semangat
"Pantang anak petani moden mengundur kalah". Rimba Bara telah ke Kuala
Lumpur untuk memulakan semangat baru. Pelbagai pengalaman pahit manis
suka duka yang terpaksa dilalui dan akhirnya Rimba Bara berjaya menempa
nama di arena rock tanah air.
*****
Last time tengok wayang melayu kat panggung tahun berapa entah tengok Filem Karak yang bodoh gila tuh. Teman kawan nak tengok sangat kot masa tuh. Rock Oo best giler sebab sengal dia lain macam. Ada pengajaran jugak lah. Antaranya yang den paham, sifat setia kawan (maybe) dan perjuangan okeh. Perjuangan. Huraikan... (15 markah)
Scene paling best (randomly tau, tak ingat sangat) :
- Amy Mat Piah nyanyi ramai-ramai lagu Teratai Bunga Indah.
- Slash tiba-tiba suruh awek dia berambus, tapi dalam bus kemain leleh ayaq mata menangis...
- Part dorang berendam dalam air. Motif?
- Jijoe main dengan kucing. Macam nak sekeh je dia..
- Dan banyak lagi. Macam kena repeat tengok. Mohon sape-sape belanje uhukk
Walaupun tak dan nak rasa zaman rock, tapi dengan tengok filem nih tahulah sikit-sikt perasaan rockers-rockers zaman dulu. Banyak tentangan bila rock dijajah zaman tuh. Konflik akidah la, identiti lah, adab lah...bla bla bla korang kena tengok woohhh...
Gigih cari lagu nih kat korang. First time dengar hahah.
Ps :: Nanti den ado maso den gi spotcheck Giveaway Blog Dear Xila tuh. Jemput join bagi yang belum ya. Hehe. Ya Allah lindungilah Sabah, Malaysia... Takziah buat mangsa perajurit tanah air...