February 26, 2012

Menghargai Alam - Perangai Semulajadi

Assalammualaikum,


most love, ipoh, lost world of tambun, Gunung Bubu di Perak, go green



Dulu dok kutuk-kutuk dalam entry [Ipoh Tak Maju-Maju]. Sekarang sudah sayang maa sama Ipoh. Kutuk pon bukan dapat apa. Walaupun serius rindu dekat Kolumpo tuh... sob sobs...


Bukan apa, sejak dah bekerjaya nih, barulah dapat explore kawasan-kawasan Ipoh nih. Sebab selalu kena pergi site dan tengah pekan. Haritu pergi kerja pagi-pagi naik motor. Pastu suka sangat dengan pemandangan pagi kat tempat sendiri. Berkabus. Dan terlihat gunung-ganang yang cantek-cantek. Tambun kot.... Pernah naik Gunung Bubu dulu, dan jakun menghargai flora fauna dekat situ. Dok wahh wahh sana sini sorang-sorang. Tapi kena marah sebab daki lambat. Huh.





September 17, 2011

Siapa Suka Hiking ??

Assalammualaikum,

Pengalaman pertama mendaki gunung sangat mengujakan. Perasaan yang tidak terdapat pada seorang kaki pengumpul barang antik, mat rempit mahupun make-up artis. Kau hade? Poyo je kan. Baru sekali hiking dah menggelabah nak mampus. Tapi serius weh, best sangat-sangat. Macam nak lagi, nak lagi (lompat-lompat). Tapi takde peluang dan tak tahu macam mana nak cari peluang....


Masa kat uni dulu, memang menanam azam untuk mencuba segala perkara baru. Dari mencuba kayak, berfutsal, go-kart, renang, pegang ular, curi (pinjam) golf buggy, sehinggalah mendaki gunung. Kebetulan ada member dari Kelab Kelana Siswa (KLKM-UUM), ajak join. So memang grab peluang ini sebaiknya. Dari situ memang kenalan semakin rapat, menguji tahap fizikal dan mental, bersyukur dengan kebesaran Allah atas keindahan semulajadi, dan paling penting berat badan menurun kot. Slim macam ZZ gitew....

campus style, kinabalu, mendaki gunung, hiking, frenz forever, friends, yakin diri, most love, Gunung Bubu di Perak


Nama gunung yang didaki tu Gunung Bubu. Ada kat Perak ni haa. Perak kan kaya dengan gunung. Menurut lagenda, kat sini tempat bunian. Lah dah tak ingat lah macam mana diaorang cerita. (garu-garu kepala) Alhamdulillah sepanjang ekpidisi takde apa-apa berlaku. Yang penting 3hari 3malam guwa tahan berak. Nasib baik bukan tahap kronik. Jangan tiru aksi ini. Dasat. Terkencing tu terpaksa, namun rasa bersalah menebal di jiwa bila terpaksa mencemarkan air sungai tu....

Yang pastinya best sangat-sangat. Yang tak bestnya tak dapat sangat menikmati view-view cantik dalam hutan sebab diaorang semua nak cepat mendaki gunung sampai puncak. Yelah semua yang dah join ni dah amateur katakan. Mula-mula memang sumpah seranah dalam hati sebab "Bodoh lah, nape aku leh join benda macam ni..!!" Tapi bila sampai puncak, Subhanallah.....Indah sangat. Sampai leh pegang-pegang awan pastu ngap. Nak naik sampai puncak tu yang agak tak tahan sebab kena memanjat. Segala kederat di serahkan.


Gunung Bubu ni antara gunung yang terpendek lah kat Malaysia. Kira hebat lah tuh dapat panjat. Bukan semua mental fit. Hiking ni sebenarnya bermain dengan psikologi. Kalau kau cakap tak boleh, sampai bila kau tak berjaya sampai ke puncak. Kau boleh!! *Boleh bha kalau kauuu.


Sebenarnya tiba-tiba nak buat entry ni sebab terbaca Kosmo pagi ni. Kisah pasal water rafting. Wahh yang ni memang tolak tepi. Bab air-air ni guwa pengsan jap. Memang nak pergi dulu ikot KLKM-UUM, tapi still tak mampu nak set otak suruh pergi. Ketaqq lutut ceq Jah uiii....Tapi view jeram kat Royal Belum Perak memang best. Dah tu cepat click sini baca kat Kosmo....


This story is based on true story. Kahkah. So sesiapa ada buat aktiviti hiking ke, water rafting ke, aktiviti-aktiviti hebakk lain ke, panggil saya, panggil saya....Nak, nak...Hehe ^^




ps :: 3hari 3malam tak tengok cermin jugak.



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!