September 26, 2011

Perbezaan Iklan Deodarant Lelaki VS Perempuan

Assalammualaikum,

Rakyat Malaysia telah disogok dengan iklan deodorant yang pelbagai. Tapi versi antara lelaki dan perempuan lain-lain kan? Perasan tak? Iklan deodorant lelaki macam tu, kalau iklan deodorant perempuan pulak macam ini. Siapakah pengarah iklan deodorant terkenal di tanah air kita? Haa itulah yang kita tak tahu...

doodles, ngekngek, iklan, advertorials, iklan deodorant, funny movie


Kalau iklan deodorant perempuan je mesti tunjuk ketiak putih melepak kan? Tak main la der yang berdaki sana-sini. Lepas tu pulak, mesti tunjuk bahagian lain yang melepak jugak seperti betis. Pastu lagi, kalau iklan deodorant perempuan mesti pakai singlet mahupun berkemban. Kami mahukan iklan yang kreatif dan puitislah! 


Akhir nya, perempuan yang berdaki di ketiak pasti akan kedai runcit berdekatan untuk mendapatkan deodorant tersebut. Dengan harapan ketiak seputih melepak macam retis perempuan di atas. Huh




Bagi iklan deodorant lelaki pulak mesti cari badan yang gagah berketul-ketul. Membuatkan perempuan teruja tak nak kalih siaran tv yang lain. (tipu je). Tapi kan, dalam iklan deodorant lelaki, mesti lelaki tersebut memakai baju tanpa tunjuk ketiak kan. Kebanyakan lah. Perasan tak?

Akhirnya, para lelaki di luar sana juga bergegas ke kedai yang berdekatan untuk mendapatkan deodorant tersebut. Untung-untung lepas pakai boleh jadi kacak seperti pelakon iklan diatas...Tipu je..

Kalau pengarah iklan deodorant menampilkan pelakon iklan deodorant tersebut dengan bulu ketiak yang masam kan baru real. Terbuktilah keberkesanan deodorant tersebut dapat menghilangkan bau badan atau tidak. Haha entahlah bai....


ps :: Jangan tiru aksi di atas ;p





 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!