September 17, 2013

Maksud Mimpi Makan Kek, Buah Strawberi, & Mamat Korea

Assalammualaikum,

Tajuk tak boleh blah! Sejak akhir-akhir ni selalu mimpi yang manis-manis. Selalunya bila bangun tidur malas nak fikir pasal mimpi. Tapi dah lately ni asyik mimpi benda-benda manis je, bangun tidur muka ada kasi senyum juga la... Takde modal nak cerita, cerita pasal mimpi boleh? Ahahkkk

Mari saya nak tafsirkan mimpi-mimpi manis yang telah saya lalui. Macam skema kan hahah. Tapi ni pun sekadar Google je dik nonnn. Sekadar suka-suka dan tak percaya pun. Kita kenalah percaya dengan kuasa paling berkuasa di atas kan...

Mimpi makan Kek



Saya mimpi makan kek tau. Tapi lebih kurang kek swiss roll tu. Ada dua tray dan dalam tray tu penuh dengan kek warna-warni, macam-macam hiasan ada dan saya makan hampir semua kek tersebut! Dan ada tinggal lagi dua tiga ketul masih berniat nak habiskan semuanya...Iskkk

Maksud Google : Dapat musibah/terkena penyakit.
Maksud sebenar : Jangan tamak... yelah kalau tamak makan banyak sangat benda-benda manis maunya dapat diabetes. Betul kata Google..


Mimpi makan buah strawberi
Lagi satu mimpi makan buah strawberi. Gila manis buah tu... Punyalah rasa teruja dan seronok dapat makan strawberi dalam mimpi tu..


Maksud Google : Akan dapat pujian dari banyak orang
Maksud sebenar : Sebenarnya saya mengidam buah strawberi. Dah lama plan nak beli buah strawberi tapi bila pergi mall selalu terlupa huhu. Tapi dapat makan dalam mimpi pon boleyyy...


Mimpi Mamat Korea
Situasinya seperti kat dalam kem tau. Lepas aktiviti berbasikal, kami (kawan pon ada dalam mimpi ni haha) diarah untuk berkawad. Dan coach baru datang conduct dan periksa baris. Tiba-tiba dia bagi isyarat mata. Kenyit-kenyit mata gitu. Saya pon terkejutlah tapi kenalah serius tegak masa tu. Kata dalam kem kann.. Displin dalam mimpi pun kena jaga..


Lepastu nyanyi lagu patriotik tapi tak ingat lagu apa. Rasanya lagu patriotik atau Negaraku sebabnya berdiri tegak semacam je sambil senang diri. Dan tiba-tiba, masa tengah khusyuk nyanyi, coach tu berdiri sebelah saya sambil beri senyuman macam oppa dalam cerita Korea. Pastu dipicitnya pipi ai oke... Em em memang coach tu hensem bak hang macam 'opppaaaa!!'



Sumber www.allkpop.com



Maksud Google : Nak gi Korea/ jodoh dengan mamat Korea (oke ini tipu je hohohohoh)
Maksud sebenar : Inilah padahnya tengok KDrama continuously. Lagi-lagi genre action drama sampai masuk dalam mimpi haaaa...



Ps :: Baru lepas habis khatam Korean Drama - 7th Grade Civil Servant. Tak baru sangat la dalam awal bulan ritu. Okla not too bad. Seperti biasa watak second hero menjadi pilihan setiap penonton. Kelakar jugak walaupun heronya tak hensem seperti oppa!-oppa! yang lain heee



June 14, 2013

KEEK.COM. Kau Hade?

Assalammualaikum,

Tak tahu apa motif blogger bukan fofular ini buat akaun KEEK khennn. Hengat artis fofular jugakah? Verangan je tau. Cermennnn diri dulu barulah boleh sign up keek. Haa itulah dia fikiran negatif masyarakat tak reti nak majukan diri. KEEK signed up free je kot. Bukan kau bayar! *Giler*

Rasa macam mental je update kali ni. Rasa high ke lepas baca novel Mental? Hahah. Kadang-kadang orang nak sign up KEEK sebab nak tengok video parodi ke, lawak ke dari rhetis kegemaran masing-masing kan. Setakat ni suka tengok KEEK dari Tomok dengan Dr Halina. Anak depa comeyyyy sangat kalah kak Ton. HAKHAK.



Silakan follow *lagalaga jari*


Bila sign up keek ni susah nak ada follower kalau kau bukan rhetis. Gelak sopan sikittt. Tapi bila sign up je Instagram ada jugak lah jugak follower. Sampai tak kenai sape yang follow sebab semua ID pelik-peliks. Ai pon malas nak obses. Nak aktive blog jelah........phew.....


Ps :: Verangan je nak gi Sydney..


June 9, 2013

Aiii, Bulu Mata Palsu Che Ta Paling Popular Dalam Masterchef Selebriti Malaysia !!

Assalammualaikum,

Sumber

Sejak tertengok Masterchef Selebriti Malaysia 2013, terasa bestlah pulaks. Pandai depa berlakon dan masak depan camera noh. Lagi-lagi Che Ta. Suka tengok part dia tergelak cover-cover bila dia rasa dia ada terbuat lawak. *ketep-ketep bibir

Dan tiba-tiba terbahasa kan sebagai 'ai' dalam penulisan kali ini dan akhir-akhir ini. Ai ingat nak guna kata ganti nama Ai lah. Baru international chu'ols... kaHkAHkAh


Ps :: Happy Week-end!



February 19, 2013

Sehangat-hangat Asmara Tahi Ayam

Assalammualaikum,



Jika sebelum nih dalam [previous entry] ada membebel pasal diary lah, biografi lah, pong pang pong pang lah tapi tak buat pon. Maaflah kawan, tak sempat aih. Macam masa cemburu sangat dengat ai. (kipas-kipas-kipas).

Jadi terwujudlah semangat sehangat-hangat asmara tahi ayam, akhirnya jatuh dibantal empuk juga. Terasa malas, penat, bosan, tak sempat nak update entry dan blogwalking dalam keadaan terkejar-kejar. Jadi la ni terasa nak autopublish entry. Podahhh. Kita cuba! Cayok-cayok. La-la-la-la terliuk-liuk dengar lagu akak Yuna nih...





Lyric :
LIVE YOUR LIFE
Find your light
Don’t hide from what you are
And rise before you fall
And hope for something more
Live if you really want to

All my life I’ve been looking for something amazing
It’s almost like I’ve been stargazing
The sky is right above me
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself cause you don’t have to

(Chorus)

All my life my dreams just seemed so far away
And now it’s like they’re here to stay
I hold it close to me
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself cause you don’t have to
(Chorus) x2
Credit : Yuna Music




Ps :: Yeahh blogwalking 120km/j. Tapi malam kang 450km/j. Hahah


October 11, 2012

Gadis Garang

Assalammualaikum,


Gadis garang itu membelek-belek tudung litupnya. Kadang-kala ia agak merimaskan juga. Ah demi  kesetiaannya itu, segenap jiwa dia rela serahkan kepada Tuhannya. Ternyata masih ada lagi sisa hitam di sebalik gadis garang itu...

Walau mengaku dia tidak sempurna, ada saja manusia yang menilai dia najis dari bunga yang berseri. Daripada terus dipandang keji, lebih baik membawa diri. Kan? Kan? [Berundur] bukan bermaksud mengalah, tetapi cuba memberi jalan supaya diri tidak disedari. Memberi peluang supaya mereka terus diam dari terus menambah peratus dosa mencaci.



Having good friends is better than having no friends.

Having no friends is better than having bad friends.

Beyond that is self destruction. [Mufti Isamail Menk]



'Aku' di atas, tak mahu lagi menjadi garang dan bermain emosi.  Harap Tuhan sentiasa memaafi diri ini dan rakan-rakan disekeliling. Harap Tuhan terus mekarkan rasa sabar di hati ini dalam mengharungi kehidupan duniawi. Gadis garang disebalik diri ini tak sanggup lagi nak bertikam lidah dan memusuhi. Insaf-insaf..... Tapi status sekarang jadi kerek pulak. Gangster skettt. Sebagai signal - watch out.






Ps :: Apa rasanya jadi lelaki eh? Ngeee 



September 26, 2012

Deactivate Facebook Dengan Girang

Assalammualaikum,


Setiap perkara yang kita lakukan mestilah ada reason sebaliknya kan? Macam, macam.., apa motif kau deactivate Facebook? Ye kau. Kau zila....


Manusia ada sebab tersendiri. Lainlah kalau kau robot. Buat masa sekarang nih nak deactivate sebab tak nampak pon relevannya perlu ada Facebook dan perlu mengadap benda tuh selalu. Dulu sekadar nak ping blog dekat Facebook dan ofkoslah bersosial dengan teman rapat...Sekarang no more. Tunggulah kalau rindu baru nak bukak mangga kat Facebook tuh.


Jadi ayuh komuniti blogger kita bersosial secara berjemaah dan santai di Twitter. Sesiapa yang ada tuh sudilah follow hamba. Hamba tak kisah. Hamba tak retis tapi saje-saje nak layan laman sosial Twitter tuh sebab boleh merepek setiap saat. Hehe





Makanya bila dah deactivate Facebook haruslah tumpuan untuk mengupdate blog menggunung tinggi! Ayuh berikan sorakan dan tepukan semangat!







Ps :: #samuraibeger #samurai beger #samuraibeger #samuraibeger



April 27, 2012

#TwtUpIpoh jom!

Assalammualaikum,


Dah kahwin ke belum? #desperate


Korang tak main twitter ke pada zaman yang serba moden nih? Rugi-rugi. *Geleng-geleng kepala. Sesungguhnya orang yang rugi itu adalah orang yang tak main twitter. Tipu je... Cepat sangat melatah tau..


Pada yang kaki twitter ataupun tahulah apa itu twitter, pasti familiar dengan simbol hashtag kan (#). Haruslah....(sambil gesel-gesel kuku). So haruslah juga ada perjumpaan sesama komuniti twitter seluruh Malaysia kan. Bagus betol sape yang organize big event macam nih. Kalau aku dah lama serabut kepala... Buat semak je..


Konklusinya, 28 April (esok), twitterjaya adakan #TwtUpIpoh di Ipoh, Perak! (yay Ipoh!). Tak dapat pergi sebab kerja, dan sebab tak ada gang, sebab kecelaruan maklumat, dan jugak takde status retis...(sobs) So, pergi jom heboh sudah...



#TwtUpIpoh teaser 





Ps :: Follow kita kat twitter sudah...@xilaRISTON. 




February 20, 2012

Blogger.com gila atau....?

Assalammualaikum,

Sekarang dah start guna new blogger interface. Ala yang pakai dashboard baru kaler oren yang-sangat-menyampah-tuh. Terpaksa dan dipaksa tukar kot. Sebabnya bila pakai yang lama, dah dua kali taip panjang-panjang, lepas published je, satu hapa tak keluaq. Haremjadu...


- Sebab tuh dekat profile sudah tukar itu pon jadi XILA RISTON. Sebab direct ke Google+ terus. Halorr rindu dekat Perishw Leptewn lar... Takdak masa nak tukar setting sana lagi...


- Dah guna dashboard baru ni, makanya tak pernah lagi blogwalking kat muka depan dashboard tuh. Dah la lambat loading, bila nak ke bawah lagi dah tak boleh sebab, entah, gila kot...


- Sekarang pon dah guna awaiting mode comment tuh sebab, sekarang kan tengah busy, so kena balas jejak dan baca komen dulu dari situ. Macam puas hati sikitlah. Comment punya incoming pon macam lembab oi... Tapi dah tiga entry comment tak published lagi sebab tak sempat balas jejak lagi. Im sowie...!


New blogger interface membebankan anda?




January 20, 2012

Header Paling Hodoh

Assalammualaikum,

Sebenarnya tengah runsing dengan pemilihan header. Nak suruh orang buatkan, takut mereka kecewa sebab saya sangatlah cerewet. Freelance designer ni bukan suka pon layan orang cerewet kan. Takut penampar makan diaa... Last-last terpaksalah buat sendiri. Guna microsoft paint je.


Header hodoh bukan bermaksud tuan dia pon hodoh. Eh macam kenal je ayat. Tapi rasa macam blog budak-budak pulak. Ahh ada yang kesah? Banyak lagi nak edit. Dah juling dah oi....


Oh saya asalnya memang pakai cermin mata pon. Tapi bukan free hair. Kinda blur? Ehhh memang orang selalu panggil 'mak long blur'. Blur je ponn. Lebih baik jadi blur dari jadi penyamun, kaki rasuah, perogol bersiri, bla, bla, bla, bla.... 






January 13, 2012

FB Fanpage Kurang Berfungsi

Assalammualaikum,

Semoga hari ni indah untuk kamu semua. Tapi ada khabar kurang indah dari saya. Tak tahulah nak cakap macam mana. FB fanpage untuk blog ni macam ada tak kena. Ibarat masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum. (Hover!)

Masalah ni dah berbulan. Tapi tak ambil port. Cuma kadang-kadang selang seminggu check problem yang ada ni. Cuma dari 2-3 minggu ni ambil seriyus sikit. Ikutilah luahan hati ini.....


Fanpage Facebook tak berfungsi :
1. Tak keluar pon preview FB fanpage sebelum nak copy code! 
2. Lepas dah copy, letak kat blog dia tak appear seperti sebelum ni.
3. Sebelum ni dah letak kat blog, tapi hilang begitu saje.
4. Nak login boleh sebab sekali dengan facebook sebenar. Tak kan kena hacked?
5. Bila dah switch ke FB fanpage, try ke blog orang lain nak like fanpage pon orang tak boleh.


Macam mana nak perbetulkan problem utama ni eh? Buta teknologi sangat dah ni. Dah tanya kat google. Google hanya dapat tolong sikit-sikit je. Dah naik segan tanya banyak-banyak kat Google. Ingat nak removed terus je fanpage tuh. Tapi sayangggg~~

Kepada sesiapa yang sudi like FB fanpage blog ni diucapkan terima kasih sangat. Seramai 144 orang yang sukar ditraced. Terima kasih! Kalau dalam 2-3hari jugak tak dapat settle, serta merta FB fanpage tu kena removed!








September 26, 2011

Perbezaan Iklan Deodarant Lelaki VS Perempuan

Assalammualaikum,

Rakyat Malaysia telah disogok dengan iklan deodorant yang pelbagai. Tapi versi antara lelaki dan perempuan lain-lain kan? Perasan tak? Iklan deodorant lelaki macam tu, kalau iklan deodorant perempuan pulak macam ini. Siapakah pengarah iklan deodorant terkenal di tanah air kita? Haa itulah yang kita tak tahu...

doodles, ngekngek, iklan, advertorials, iklan deodorant, funny movie


Kalau iklan deodorant perempuan je mesti tunjuk ketiak putih melepak kan? Tak main la der yang berdaki sana-sini. Lepas tu pulak, mesti tunjuk bahagian lain yang melepak jugak seperti betis. Pastu lagi, kalau iklan deodorant perempuan mesti pakai singlet mahupun berkemban. Kami mahukan iklan yang kreatif dan puitislah! 


Akhir nya, perempuan yang berdaki di ketiak pasti akan kedai runcit berdekatan untuk mendapatkan deodorant tersebut. Dengan harapan ketiak seputih melepak macam retis perempuan di atas. Huh




Bagi iklan deodorant lelaki pulak mesti cari badan yang gagah berketul-ketul. Membuatkan perempuan teruja tak nak kalih siaran tv yang lain. (tipu je). Tapi kan, dalam iklan deodorant lelaki, mesti lelaki tersebut memakai baju tanpa tunjuk ketiak kan. Kebanyakan lah. Perasan tak?

Akhirnya, para lelaki di luar sana juga bergegas ke kedai yang berdekatan untuk mendapatkan deodorant tersebut. Untung-untung lepas pakai boleh jadi kacak seperti pelakon iklan diatas...Tipu je..

Kalau pengarah iklan deodorant menampilkan pelakon iklan deodorant tersebut dengan bulu ketiak yang masam kan baru real. Terbuktilah keberkesanan deodorant tersebut dapat menghilangkan bau badan atau tidak. Haha entahlah bai....


ps :: Jangan tiru aksi di atas ;p





September 25, 2011

Facebook Timeline Pulak vs Twitter

Assalammualaikum,

facebook, link, ngekngek, timeline facebook


Semua dah maklum Facebook bertambah kemajuan kehadapan dengan aplikasi timeline Facebook. Suka lah jugak dengan feautuerd baru Facebook. Macam kat atas tuh. Suka hati Mark Zuzekeberg lah kan nak gaya macam mana. Kaya dah mamat sorang ni. Layankan aje timeline Facebook ni. Habislah masa lalu dapat diterokai oleh stalker. #Bajet artis. Huh


Last-last aku berjinak dengan twitter @dearxila. Layan kan aje. Sementara tak ramai kawan, boleh la merapu dan tergedik-gedik kat timeline twitter pulak. Jom la kita tweet-tweet weh. Bosan dengan Facebook. Sejak mengila kat twitter dah tak rajin blogwalking. *Hoemmajeyy


ps :: ok ok nak pergi bw la ni...



September 23, 2011

Ramli dari Malaysia Join Chelsea Pulak Lah~

Assalammualaikum,

Wah tatkala daku menaip entry ini memang terasa bangga gila yaang teramat sangat buat misi Mencari Ramli. Mungkin korang agak ketinggalan zaman, namun nasib baik adanya daku yang kacak ini sudi berkongsi khabar baik ini. Tahniah buat Ramli kerana terpilih antara barisan pemain yang terunggul untuk kelab Manchester United. Sungguh terharu okeh. Silalah menonton video terharu ini...




Tahniah buat Ramli. Tahniah juga TM! Tak suka MU. Go Chelsea! Sila pindah ke Chelsea Ramliku!~cayok cayok. (giler besar font kan?)



ps :: Kenyataan itu bermula dari angan-angan. keke





November 8, 2010

Chelsea....hang pasaipa??

oh terkejut...
mengapa kau kalah??
2 - 0
 hmmm,, 
ok.....,
Chelsea 0 - Liverpool 2

ini tidak harus terjadi!!!
err walaupon tak minat kau Chelsea,
walaupon tak tengok pon,
walaupon jatuh hati kat player ko je, 
tapi semangat kau tu ada kat sekitar aku...
duhh
buat malu saja~~
ayaiyai
takpe, ko tetap di atas lagi kan??

Lampard,

Lampard,

Lampard !!
mana kau ??
saat,
Chelsea memerlukanmu sesangat ??
wuwuwuwu~~~

grrrrrr!!!!!!
patot Lampard kena pakai jersi 24 kot...
ishhh
go Lampard, go!!!!
kamu boleh!!!
cayok, cayok !
hikkkkx

chelsea blue, chelsea team, frank lampard, chelsea best, frank lampard photo,



p/s:  24  la  yang  terbaekkk ~
ha ha ha ha

selamat maju jaya Chelsea !!! ^.<

October 6, 2010

entry b.e.n.c.i


benci, rama-rama, butterfly, jangan benci, life cycle


benci demam
benci tenet lembab
benci tunggu orang
benci hipokrit
benci pijak lecak
benci saje gedix
benci ikan keli
benci peria
benci si penipu
benci asap rokok
benci si curang
benci pengotor
benci barang besepah
benci line maxis
benci orang tak taw adab
benci orang buang anak
benci anak lupa jasa ibu ayah
benci traffic jam
benci si pengambil kesempatan
benci cari pasal
benci buat benda yang benci
bencinta
ooopppsssss
sebab bencikan demam.....sume benda yang dibenci terluahkan. hahax

sowi untuk mereka yang dibenci
>.<'

 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!