October 29, 2011

9 SITI YANG PATUT DIJADIKAN CONTOH

Assalammualaikum,

Dikongsikan sembilan jenis manusia yang bernama Siti yang patut anda jadikan contoh. Diharap paparan yang disampaikan mampu memberi kesan pada kehidupan kita pada hari ini dan seterusnya. Sembilan Siti yang dimaksudkan ialah :


1) Siti Khadijah

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah

Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepeda suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang kala berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata, aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aishah

Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.



isu, love islam, 15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAK





4) Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam

Wanita suci yg memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan yang sungguh mulia.


8) Siti Muti'ah

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


SUMBER : Facebook (Tak tahu nak kredit acane)






October 27, 2011

10 Hadiah Terbaik Untuk Wanita

Assalammualaikum,

cintailah cinta, hadiah untuk wanita, tips, bunga, facebook, keyword, love, shopping voucher


Top 10 hadiah terbaik untuk wanita iaitu isteri ataupun teman wanita anda. Tulisan ini ada yang diolah sedikit oleh saya mengikut pengalaman peribadi. Hohoh. Wanita ini sensitif dan lembut hatinya. Even benda kecil pun dia sangat menghargai, inikan pula hadiah besar-besar seperti ferrari sebijik. 10 hadiah terbaik untuk wanita ialah :


1. Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada mereka yang memerlukanmu disisi mereka. Kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikataka. Jangan mencelah, menyengal dan jika diberi pandangan barulah kamu mula mengarang ayat yang sesuai untuknya.


2. Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut memberi pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini memberi petunjuk tanda kasih dan sayang yang ada dalam diri kamu.


3. Hadiah Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Aww. Letakkan nota ini ditempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.


4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah " Saya suka ketawa bersama awak!".


5. Hadiah Puji-Pujian : Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngan dengan awak la" atau "Sedapnya masakan awak". Simple dan spontan dan tak usahlah nak bermulut manis sangat. Ucapkanlah dengan ikhlas.


6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak dan bla bla bla...


7. Hadiah Bersendirian : Ada ketika wanita hanya mahu bersendiri. Peka akan saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri. Namun lelaki kurang rasa peka kan.


8. Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang yang dikasihi.


9. Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi.


10. Hadiah Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka sentiasa di hati, minda dan doa kita.


Jimat je kerja orang lelaki ni. Percayalah wanita hargai semua ini. Kalau ada wanita yang mintak bukan-bukan macam cincin berlian ke, ferrari ke, banglow kat Puncak Alam ke, peti ais 3 pintu ke, serius tak payah buat bini sangat larhhh. Hahah. TETAPI kalau hari-hari special ke ape salahnya bagi something special dari 10 hadiah ni tau. Barulah romantika aromano.







 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!