August 16, 2013

Tolong Like, Sayang ♥

Assalammualaikum,

Tolong awek aku pontianak. Eh bukan, dulu selalu ulang cerita tolong awek aku pontianak tu. Alhamdulillah sekarang dah normal tapi dok ulang Despicable Me 2 pulak. Hahah. 

Sekarang ni tuan puteri saya nak mintak tolong lah. Jarang kan mintak tolong kat korang jadinya rasa nak mintak tolong jugak tak kira. Ngee. Tolong like gambar contest je. Malu tau first time join benda contest like-like gambar ni. Pada mulanya nak join sebab penyertaan terawal dapat rm 5. Terus tanpa pikir banyak songeh sume, hantar penyertaan. Alhamdulillah peserta terawl. Kuikuikui

Contest gambar hot raya ni anjuran blogger Tempoyakz yang suka kentut kat blog orang. Ahchummmm. 

Like gambar ni je... 1 LIKE, 1 ♥.

Memandangkan gambar dalam laptop semua dah terformat, naseb baik ada Facebook! Feeling-feeling sunset. Nak usha gambar apa try la click weiiiihhh. :P


Kalau yang dah like tu bagi la hint oke. Malas nak share kat Facebook peribadi sebab malu lah titew ihik ihik. I will away sepanjang hujung minggu ni sebab beraya. Ada masa nak promote la contest ni... Terima kasih in advanced sebab tolong like bagi yang dah like. ♥

Ps :: Time ni la nak bershayang-shayang ;p


July 24, 2013

Tip/ Panduan Memilih Tembikai Manis

Assalammualaikum,

cara pilih tembikai, tembikai manis, tembikai, how to choose melon, tembikai malaysia, tembikai
Tip/ Panduan Memilih Tembikai Manis

Ramai yang share gambaq pilih tembikai manis ni di Facebook. Entah ye entah tidak. Hehe nampak kantoi disitu.. Semoga bermanfaat. Jom join giveaway kawan kita sorang ni heee




July 20, 2013

Tapak Iklan Percuma Selama Dua Bulan Untuk Semua !!!

Assalammualaikum,

Oke tajuk kemain macam eksaited. "Tapak Iklan Percuma" untuk semua pembaca blog Dearxila.my.  Admin nak bagi percuma selama 2 bulan. Kalau rajin nak bagi sampai akhir tahun. Tapi bagi gilir-gilir ye tak? Saje je nak bagi di bulan baik ni untuk marketing korang. 



Syarat untuk dapatkan tapak iklan percuma di blog Dearxila.my :

1. Terbuka untuk sesiapa la, blogger ke, online shop ke, yang rasa ada banner size 125x125 atau baru nak buat ke kan boleh lah join sekaki. Saya pon baru buat banner tu kat sini. Huhu. Setiap individu layak 1 tapak je. Adil sikit kennnn..

2. Like Facebook Page Blog Dearxila.my.

3.Dan sila hantar details seperti dibawah dan pm ke FB Page tadi atau hantar ke contact form.

- nama blog/onlineshop :
- nama/id facebook : 
- slogan : Blog Dearxila.my harus _______________ (pendapat peribadi).
- gambar banner korang


Tapak iklan percuma ini ditawarkan sehingga 3 tapak iklan yang ditawarkan seperti diatas di jajah. Maksudnya cukup 3 yang pertama yang terpilih untuk mengisi tapak iklan di blog Dearxila.my selama 2 bulan, cukup cukup sudahlah sampai disini. Mungkin 2 bulan akan datang kami bukak balik tapak ni ke kan.. Cecayok.. :D



April 25, 2012

Kecelaruan Maklumat

Assalammualaikum,

Ahh rindu rasanya dengan pakwe angkat kita dekat Perth tuh. Ngee







Dah tengok video Mat Luthfi ni? Siapa Mat Luthfi? Kalau belum tengok cuba tekan play. Tak rugi pon. Bukan setelah dia post video nih baru kita tersedar. Tapi sebab dialah ramai juga yang bukak mata. Em em em. Yeke? Tapi apa yang dia olah kan memang terbaeklah. Ada yang terasa tak? Tak pernah share yang coca-cola haram, donation like, yang tsunami heboh kat twitter tuh, semua macam confident je nak share. Eh main facebook haram sebab ukhwah freemason? Oihh cepat share. (macam harem je)





February 13, 2012

Be Mine - Tasha Manshahar

Assalammualaikum,

Sejak nampak sorang rakan blogger post lagu Tasha Manshahar ni, terus rakusnya share kat Facebook. Lagu Be Mine nih dia yang cipta sendiri. Tapi macam takde originality je bila ada mentioned Facebook jugak. Dan lagi satu mesti dia terikut cara Zee Avi jugak. Tapi yang penting, asyik dok ulang lagu ni je dari semalam. Dan secara rasminya terus buat ringtone! Hahah.


Jom dengar. 



Be Mine - Tasha Manshahar
Bermula di Facebook
You IM I dulu tak tahu malu
I malas nak layan
So I buat tak tahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh..

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang-panjang
Makan dan tengok wayang


Sikit-sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja


Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong tou
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you


Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever

Please be mine forever....




Macam tak best je bila penghujung lagu Be Mine ni, lelaki tuh dah berpunya. Dan nampak tak yang main gitar tuh? Dia pon ada dalam youtube nyanyi lagu Bengang by Akim AF. Tapi punyalah sengau...duhhh




January 13, 2012

Isu Facebook Haram?

Assalammualaikum,


isu, cara ping blog, facebook, world


Ada baca kat surat khabar dan beberapa blog yang cakap pasal isu facebook haram. Seorang ulama dari Iran mengatakan, berdosa jadi ahli facebook. Berita lanjut tekan sini. Tapi yang blog ni semua dok copy je ayat surat khabar. Rindu pulak nak baca penulisan dia yang sebenar. Hehe.

Ada akaun facebook tak haram, cuma ahli-ahlinya saja yang buat benda bukan-bukan kat facebook. Letak profile picture gamba seksi sangat aih, kadang-kadang memberahikan, juga mengasyikkan. Tapi kadang-kadang tu ada awek cun giler, tudun litup, sopan je bergambar. Gamba senyum je, tapi jugak dapat mengasyikkan laki-laki yang melihat. Letak gambar Mickey Mouse senang! Huhu

Facebook ni satu medium yang 'baek punyee' untuk pengguna bumi. Banyak kelebihannya. Dapat kawan baru, eratkan silaturahim, berkongsi suka duka, main game, poke orang, ping blog. Hehe.

Tapi manusia yang buat tak senonoh dengan facebook dan menjadikannya facebook haram. Cuma jangan guna medium fb, blog dan laman sosial lain untuk menyesatkan dan menjatuhkan orang. Tak pun dok layan laman sosial sampai lupa benda yang wajib. Gunakan sebaik mungkin. Sangat menghargai facebook sebab dapat contact kawan lama dari sekolah rendah yang beringusan. Seronok! 






FB Fanpage Kurang Berfungsi

Assalammualaikum,

Semoga hari ni indah untuk kamu semua. Tapi ada khabar kurang indah dari saya. Tak tahulah nak cakap macam mana. FB fanpage untuk blog ni macam ada tak kena. Ibarat masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum. (Hover!)

Masalah ni dah berbulan. Tapi tak ambil port. Cuma kadang-kadang selang seminggu check problem yang ada ni. Cuma dari 2-3 minggu ni ambil seriyus sikit. Ikutilah luahan hati ini.....


Fanpage Facebook tak berfungsi :
1. Tak keluar pon preview FB fanpage sebelum nak copy code! 
2. Lepas dah copy, letak kat blog dia tak appear seperti sebelum ni.
3. Sebelum ni dah letak kat blog, tapi hilang begitu saje.
4. Nak login boleh sebab sekali dengan facebook sebenar. Tak kan kena hacked?
5. Bila dah switch ke FB fanpage, try ke blog orang lain nak like fanpage pon orang tak boleh.


Macam mana nak perbetulkan problem utama ni eh? Buta teknologi sangat dah ni. Dah tanya kat google. Google hanya dapat tolong sikit-sikit je. Dah naik segan tanya banyak-banyak kat Google. Ingat nak removed terus je fanpage tuh. Tapi sayangggg~~

Kepada sesiapa yang sudi like FB fanpage blog ni diucapkan terima kasih sangat. Seramai 144 orang yang sukar ditraced. Terima kasih! Kalau dalam 2-3hari jugak tak dapat settle, serta merta FB fanpage tu kena removed!








November 27, 2011

Ciri-ciri Pengguna Facebook

Assalammualaikum,


Rasanya korang ada stalker tak kat Facebook? Peminat ke ape ke entahlah. Macam-macam perangai manusia zaman teknolgi cyber nih. Nak ngorat, melalui FB. Upload kat kahwen, tag orang kat FB je. Benda semua perkara melalui FB. Klau rindu pun guna FB!



Orang Kepoh

Orang yang kepoh lagi annoying ni, adalah kategori semua yang kita post kat FB ni semuanya nak jadi isu. Bila ada keturunan sedara yang kepoh, maka jauhkanlah FB anda dari mereka. Boleh tak kalau kita post something, semua dia nak cerita kat keluarga dan saudara mara lain. Kita tak ambil port pon pasal dia. Excited sangat kot kehidupan orang lain. Menyesal approved!


Orang Gila

Ada satu mamat ni kenal pon atas member. Tapi last-last dah jadi kawan kat FB. Last-last dia siap copy segala gambar saya dekat FB pastu pergi edit-edit kasi cantik post dekat inbox. Terasa seram pulak suka hati nak edit gambar orang lain nih. Last-last private semua gambar FB. FYI mamat, saya tak suka edit gambar. Takde originality.


Orang Stalker

Siapa si stalker? Bekas kekasih atau musuh atau tak semuka bulu dengan kita? Atau kekasih, skandal, atau idaman hati? Lumrah lah tu stalk orang, tapi nasib baik FB takde 'Lipton is now viewing your profile' kat notification kan? Fuhhh.


Sekarang tak berminat dengan FB. Tapi bukak lah jugak kadang-kadang sebab ada berita terbaru dari kawan yang betul-betul kawan kita kan. Nanti jadi manusia yang tak berupdate pulak. Bukak FB pun untuk ping blog. Tapi FB serius dah seram. Macam nak buat FB lain....Tapi dah ada Googleplus, tak payah kot buat FB lain...Huhu



Ps :: Lipton is now viewing your blog. 253 like this.


October 31, 2011

Welcome Tab & Kepentingan Facebook Fan Page

Assalammualaikum,

facebook, tips, timeline facebook, welcome tab facebook, kelebihan Facebook fan page, info, world
Sumber Google


Tahu tak apa tu 'Welcome tab' untuk facebook fan page? Ala macam sebelum korang click sesuatu page tu, korang akan disambut dengan gambar atau ayat-ayat welcome atas kedatangan korang tuh. Tak paham ulang balik. Macam gambar saya kat atas tuh lah. Agak hodoh sebab tak tahu macam mana nak edit cantik-cantik nya ponn.


Yakin nak buat bila nampak kat dashboard entry dari Hasrul Hassan. Baca punya baca tak paham sangat la pulak tapi cuba-cuba akhirnya jadi lah jugak. Tapi kalau korang nak cuba kan, cuba refer entry Kotak Bulat pulak. Harap berjaya lah jugak ye. Cayok-cayok. Poyo giler bila buat facebook fan page?


Kelebihan Facebook Fan Page

Banyak kelebihan nya. Salah satu dapat share entry korang dekat warga facebook. Selain pengikut blog dapat kenal dengan anda dan kehidupan anda. Err maybe. Yelah tak nak lah campur adukkan facebook personal dengan blog. Serabut semacam. Itu pendapat peribadi je. Dan lagi-lagi bila post kat facebook terus link dekat twitter jugak. Secara tak langsung, follower twitter jugak dapat update dari korang juga.... Begitulah hendaknya ye..


Dah baca entry ni, dengan machonya kena lah like facebook fan page kami deh. Haa haa tak tahu. Huhu. Dan juga follow di twitter jum. @dearxila. Tweet-tweet dan wiwitt. Teheee.




ps :: Tak boleh tukar nama fan page pulak. Perh - perh - perh.


October 27, 2011

10 Hadiah Terbaik Untuk Wanita

Assalammualaikum,

cintailah cinta, hadiah untuk wanita, tips, bunga, facebook, keyword, love, shopping voucher


Top 10 hadiah terbaik untuk wanita iaitu isteri ataupun teman wanita anda. Tulisan ini ada yang diolah sedikit oleh saya mengikut pengalaman peribadi. Hohoh. Wanita ini sensitif dan lembut hatinya. Even benda kecil pun dia sangat menghargai, inikan pula hadiah besar-besar seperti ferrari sebijik. 10 hadiah terbaik untuk wanita ialah :


1. Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada mereka yang memerlukanmu disisi mereka. Kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikataka. Jangan mencelah, menyengal dan jika diberi pandangan barulah kamu mula mengarang ayat yang sesuai untuknya.


2. Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut memberi pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini memberi petunjuk tanda kasih dan sayang yang ada dalam diri kamu.


3. Hadiah Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Aww. Letakkan nota ini ditempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.


4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah " Saya suka ketawa bersama awak!".


5. Hadiah Puji-Pujian : Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngan dengan awak la" atau "Sedapnya masakan awak". Simple dan spontan dan tak usahlah nak bermulut manis sangat. Ucapkanlah dengan ikhlas.


6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak dan bla bla bla...


7. Hadiah Bersendirian : Ada ketika wanita hanya mahu bersendiri. Peka akan saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri. Namun lelaki kurang rasa peka kan.


8. Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang yang dikasihi.


9. Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi.


10. Hadiah Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka sentiasa di hati, minda dan doa kita.


Jimat je kerja orang lelaki ni. Percayalah wanita hargai semua ini. Kalau ada wanita yang mintak bukan-bukan macam cincin berlian ke, ferrari ke, banglow kat Puncak Alam ke, peti ais 3 pintu ke, serius tak payah buat bini sangat larhhh. Hahah. TETAPI kalau hari-hari special ke ape salahnya bagi something special dari 10 hadiah ni tau. Barulah romantika aromano.







September 25, 2011

Facebook Timeline Pulak vs Twitter

Assalammualaikum,

facebook, link, ngekngek, timeline facebook


Semua dah maklum Facebook bertambah kemajuan kehadapan dengan aplikasi timeline Facebook. Suka lah jugak dengan feautuerd baru Facebook. Macam kat atas tuh. Suka hati Mark Zuzekeberg lah kan nak gaya macam mana. Kaya dah mamat sorang ni. Layankan aje timeline Facebook ni. Habislah masa lalu dapat diterokai oleh stalker. #Bajet artis. Huh


Last-last aku berjinak dengan twitter @dearxila. Layan kan aje. Sementara tak ramai kawan, boleh la merapu dan tergedik-gedik kat timeline twitter pulak. Jom la kita tweet-tweet weh. Bosan dengan Facebook. Sejak mengila kat twitter dah tak rajin blogwalking. *Hoemmajeyy


ps :: ok ok nak pergi bw la ni...



September 12, 2011

Perempuan disihir di FB ?

Assalammualaikum,


Hot topic pagi ni. "Ira disihir guna gambar di Facebook". Dia mendakwa telah disihir oleh bekas kekasih  teman lelaki nya sekarang. Akibat daripada faktor cemburu. Waduh-waduh.  Pergilah baca selanjutnya disini. Hehe


bcoz i care, facebook, perempuan disihir dari facebook, 15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI, apo nak dikato, info, lelaki



Aduyai mengapa masih ramai yang menurut dan menjadi hamba syaitan. Banyak lagi lelaki-lelaki gagah di luar sana, orang lain punya jugak kau nak kacau nak sihir bagai. Tahulah masih sayang dan cinta masih berpaut, tapi mungkin suratan jodoh bukan dengan lelaki tuh. Nak buat macam mana kan??


So bagi gadis-gadis atau mak-mak gadis di luar sana berhati-hatilah. Jangan nak expose sangat gambar tuh. Jangan nak buat gambar tergedik-gedik sana sini sangat, jelir-jelir lidah bagai, letak je gambar yang buruk pernah ada. Kuang kuang. Mungkin suatu hari ada lelaki yang geram tengok gambar awek-awek cun sampai ada niat nak sihir di Facebook. Mana lah tahu kan. Waspada je.


ps :: nak breakfastlah!



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!