Korang pernah makan tak aiskrim kat atas ni? Melting in your mouth kata kaw. Saat ia cair dan jatuh ke trakea itu adalah saat paling nikmat. Alhamdulillah nikmatnya... Sungguh asyik sekali bah. Tak caye pergi beli cepat kat supermarket berdekatan.
Harga dia tak berapa nak tahu sebab buka peti ais rumah je terus rembat. Macam-macam perisa buah-buahan yang dapat dicuba. Paling sedap setakat ni perasa durian. Tipu je. Manggis kot. Seriyus sila amik saya jadi duta produk nih! Mauuuu....
Siapa kenal Matluthfi? Kalau yang kaki youtube ni mesti kenal dia. Baru-baru ni ada post video terbaru Mathlutfi kat FB, blogger Niza Romli sibuk tanya siapa dia. Mathlufi ni seorang vlogger yang suka express kan pandangan dia melalui video. Tapi kena ingat, semua pandangan dia tak semestinya betul bagi dia. Yang baik kita jadikan teladan. Nah tengok dulu video dia yang ni.
Kalau melalui video ni rasanya lebih dekat dengan penonton kot. Cara penyampaian lebih tepat dan beremosi bila sampaikan sesuatu topic. Kalau blogger dari penulisan je. Penulisan berkesan adalah penulisan yang terkesan bila terbaca. (Apa dok putar belit ni tatau...)
Berbalik pada Matluthfi, dengar-dengar dia dari Koqdiang. Keturunan cina. Sekarang ni, dia dok pulun belajaq kat Australia nun. Mat takde rangkaian sosial selain Youtube. So kalau nak ajak dia dating kena lah buat video untuk dia. Aww so cuweettt.... Kalau saya, saya buat video kat dia suh bawak balik kangaroo satu kat saya. Hahah.
Ps :: Asyik ulang video mamat ni je. Adakah ini cinta (boboi). Hahah