September 7, 2012

Snap Snap Gunung Digondol

Assalammualaikum,


Kala ini tengah taip jam 02:47 pagi bersamaan detik diri ini tak boleh tido akibat paranoid. Paranoid apa? Haa itu yang kita tak tahu..

Sambil drive sambil snap picture? Ada bran?


1b04fe28
'Sedangkan gunung digondol,apatah lagi manusia.' - Karam Singh Wakaka 



Patutnya tajuk berita ni Snap Snap Riang Time Tengah Drive Bersama Zila Manaf. Malangnya satu folder koleksi gambar den dah hilang. Suka amik gambar tengah drive. Lebih-lebih lagi bila nampak gunung-ganang di sekitar rumah. Gambar kat atas tuh hari-hari lalu situ. Makin lama makin terhakis gunung tu. Kesian monyet-monyet kat hutan terpaksa survive duk kat bandar!




Ps :: Sape teringin dalam bloglist saya sila kemukan di ruangan komen kencang.

Pss :: Sekarang nih gemar bersnap bagai. Sebab ada domain sendiri mungkin? 


September 4, 2012

DIY : Sizzling Mee Hot Plate

Assalammualaikum,


Pernah makan sizzling mee kan? Pernah buat kat rumah tak? Buat sendiri? Alah buat sendiri lah sedap. Kat kedai tu dorang masak tanpa perasaan kasih sayang. Mana sedap...


Bahan-bahannya :

Photo2822

1. Ofkoz lah mee. Ni namanya mee err mee...entah.



2. Kuah dari ramuan khas.


Masukkan kuah dan mee sekaligus ke dalam kuali yang leper. Yang kurang leper pon ok. Tak leper pon boleh. Janji korang bahagia. Gaul sekata dan tunggu sehingga mendidih. Ting! Dah siap dihidang. Selamat menjamu selera. 



Setail kalau makan dalam kuali panas-panas. Barulah Korea. Tapi disebabkan anak jati melayu Malaysia menebal dalam diri ini, akhirnya kuah dan mee tertumpah jua ke mangkuk. Barulah manis gituu.





Ps :: Sebutir beras itu umpama setitik peluh petani...Nyum nyum.


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!