October 20, 2012

From Tokyo with Dorayaki


Hafiz memeluk erat kekasih hatinya, seerat mungkin seakan tidak sanggup mahu berpisah lagi. Cukuplah selama enam tahun berpisah gara-gara Hafiz menyambung pelajarannya dulu di Tokyo. Enam tahun memendam rindu didada. Enam tahun berpisah raga.

"Saya tak akan berpisah dengan awak lagi ya." ukiran mesra dibibir kekashnya tidak pernah lekang.

Namun mulut orang siapalah Hafiz untuk menutupnya. Kalau mulut tempayan dapatlah jugak kasi tutup ketat-ketat kan? Itulah manusia. Hafiz sedih dengan teman-teman dan keluarganya yang tidak memahami pilihan hatinya. Langsung. Hafiz redha. Mungkin ini dugaan percintaan mereka.

*****

"Aku nak kau buang dia dari hidup kau Hafiz. Mak tak nak tengok muka dia lagi!" suara Mak Teh, ibu Hafiz yang agak tegas itu muncul dalam mimpi siang Hafiz. Marah benor wanita tua itu.

"Jangan tinggalkan saya, jangan..ja..ngannnn. Sayangggggg!"

Hafiz mula meronta dan terus tersedar dari pembaringannya. Mengucap panjang setelah mimpinya berakhir dengan tragedi perpisahan. Itulah, tidur lagi lepas Asar kan???

 *****

Petang itu Hafiz menemani si dia menonton televisyen. Melanggan Astro First di saluran TV berbayar itu memang berbaloi. Ditemani pula pujaan hati. Double berbaloi-baloi. Filem 'Halimah Jongang' menjadi pilihan Hafiz dan si dia untuk dilanggan. Sweet katanya. Cinta sejati.

Hafiz mula mencuit hidung kekasihnya yang comel itu. Agak chubby tapi kiut cangat. Dicuitnya berkali-kali namun tiada respon. Digeramnya Hafiz, digentel-gentel pula telinga makhluk itu. 

"Assalammualaikum...."

Hafiz menerjah di celah jendelanya. Kemudian membuka pintu besi pula.

"Haa pak usu, masuklah. Mak abah takde, gi Singapore. Shopping barang branded katanya. Haa masuk, masuk, saya dengan Intan je ada dalam rumah nih." ujar Hafiz sambil menguak pintu utama.

"Pak su ni bukan apa, datang nak mengubat kamu. Memang kamu dah parah nih. Mak kamu kata kamu bercinta dengan si Jebon nih." Hafiz tersentak. Belum sempat sentakannya reda, Johan sepupunya Hafiz mencelah.

"Kau dah teruk sangat ni Fiz, agak-agaklah pon nak bercinta dengan makhluk bisu. Lepas balik Tokyo, sampai sekarang kau jobless. Mak kau kata asyik berkepit dengan girlfriend kau je. Belajar sampai gila ke?" 

"Intan nyawa saya Pak Su, tanpa dia saya tak leh tidur malam!" Hafiz memeluk Intan erat. Mesra.

Mereka bertiga membisu. Senyap.



Senyap.



Senyap.









Senyap lagi.








"Agak-agaklah woi nak bercinta dengan patung Doraemon!" seloroh Johan sambil menghempuk kepala Hafiz.


Lalu Hafiz dibawa ke Hospital Sakit Jiwa, Kentucky, USA setelah adegan membisu tadi menjadi adegan tragis. Dua beranak mati di gigit patung Doraemon kata Harian Metro. Adakah Hafiz membela hantu yang diwarisi oleh nenek moyangnya? Haa itu yang kita tak tahu. Jeng jeng jeng.











Ps :: Dah kenapa kau buat cerita serem neh??



October 18, 2012

Cinta Untuk Aziz

Tut tutt, tut tuttt...


Aziz mencapai telefot bimbit disisinya.
'Ahh ada mesej rupanya. Mesti dari Celcom leteww..' Dia berbicara sendirian.


Ternyata sangkaan Aziz salah sama sekali. Ianya kiriman dari Natasha. Ala Natasha yang bajet hot dekat FB tuhhh. Dok berchatting dengan dia tapi tak pernah nak dibalas. Dan akhirnya setelah helah dan keberanian Aziz memberi nombor telefonnya di private message di Facebook Natasha barulah gadis hot itu rela menegurnya.





Itupun setelah dia menukar gambar profilenya mirip seakan Aaron Aziz!

'Ahh kau tewas Natasha. Brilliant man win!' Aziz senyum meleret. Puas. Seakan hero dambaan wanita Malaya. Itu memang tidak dinafikan. Memang wajahnya persis Aaron Aziz. Tapi sekali imbas dibahagan sisi wajahnya lah...
Atleast laa...


*****


Setelah dua tiga bulan mereka saling berchatting di Facebook dan melepaskan rindu di talian telefon, akhirnya mereka decide untuk berjumpa. Maka sejarah percintaan mereka sedang di plot perkembangan.


Natasha : Ayg baru nak bertolak ni abg..leih kurg 2jam sampai tau. :) Tiket flight ayg kul 2 ni. XD

Aziz : Abg pakai tshirt pink mcm ayg.

Natasha :  Euww gediknyew diew hiks ;p

Aziz : Ane dew. Love u

Natasha : Ala bang, ayg x jd jmpe abg. Kucing ayg kat umah nak beranak dh tu..Next time okeh. Love u more

Aziz : :'(


*****


Kini cinta Aziz bertambah mantap walau pelbagai alasan Natasha untuk tidak bertemu dengannya. Yelah kalau dulu dirinya sibuk sebagai Director Persatuan Rukun Tetangga Taman Ehsan, Kokdiang, Kedah barulah sekarang berkesempatan mencuri masa bertemu Natasha di hujung Malaysia. Maka....


Pada tarikh 03 December 2012, bertempat di Restoran Kasih, Skudai Johor....

Dua hati telah berjanji ditepati. Awan mendung yang berarak seolah sayu akan pengorbanan dua hati ini. Setelah dua tahun berkasih, saat inilah bagai dua jiwa bakal jatuh hati sekali lagi. Seperti pasangan kekasih yang lain, baju matching-matching kaler pasti menjadi adegan dalam berjanji temu. Kali ini mereka sepakat memilih hitam dari jenama Durban.

Aziz seolah terpana saat pertama kali melihat Natasha. Matanya yang bulat semakin bulat. Degupan jantungnya yang pantas semakin pantas. Peluh yang sejuk semakin laju mengalir.

"Na..ta..sha..?!"
Aziz seolah gugup.

Natasha menyelak rambut diparas bahunya. Lalu tunduk tanda malu-malu gadis melayu. Aziz kuatkan gugupnya untuk sambung berbicara dengan Natasha.

 
"Tak...tak...tak...sangka..you..ni............

 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

PONDAN!!!!!!"
Aziz pengsan!



 TAMAT.



Ps :: Tiada kena mengena yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Pss :: Malas nak buat cerita jiwang der.
Pss :: Kelas kau Tashaaaaaa profile picture fake!



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!