November 19, 2012

Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movie Ever

Assalammualaikum,


Saat mengarang entry ini, air mata jatuh tak sudah nokkx. Pasal Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movies Ever ni lah. Ada ke patut depa dok buat movies sedih-sedih lagu ni. Patut sungguh ka? Hangpa habaq lagu mana...


Sinopsis Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movies Ever:

Movie ini berkisahkan seorang gadis yang mempunyai kedai pamearan seni di Amsterdam. Movies ni semua berlatar belakangkan Amsterdam. Maybe lah Amsterdam kot, tak sure nokx. Dan akhirnya jatuh cinta dengan seorang Polis Antarabangsa yang bertugas di negara itu. Akibat insiden pergelutan antara Polis tersebut dengan penjenayah tempatan, maka gadis tersebut terlibat kecelakaan yang mengakibatkan kerosakan pada peti suara beliau (bisu). Sehinggalah dia bertemu dengan seorang assasin dimana jejaka itulah cinta sebenar yang dia cari selama ini.


Anda wajib tengok movies Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movies Ever ini kerana:

1) Ianya berlatarkan pemandangan kat Amsterdam yang sangat indah. Scene padang/taman/laman bunga daisy banyak.

2) Mula-mula cerita ni agak konfius, tapi bila dah part gadis tu jatuh cinta sampailah ending was so osem!

3) Sedih gila nokx cerita ni...air mata laju tanpa henti. Siyes. Tengok banyak kali pun perasaan sedih tu tak dapat dibendung. Ikhlas je perasaan sedih tu datang tanpa diundang. Gua emosi ni!

4) Yang penting gua dah jatuh cinta dengan watak hero jahat tuh. Ahak.

5) Apasal gua ber-gua neh?

6) Dan apesal baru sekarang gua tengok movie nih?

7) Suka tengok movie ni sebab ada passion tentang seni lukuih. Seni lukisan tangan tuh. Bukan calang-calang orang dapat bakat tuh. Hade?

8) Hero jahat ni sanggup buat girl dia ni bahagia walaupun girl ni pandang dia sebelah mata. Yang spoilnya kenapa hero jahat ni assassin? Buatlah watak posmen ke...

9) Sudah cukup-cukup sudah.. Lagu dia sedih dari lagu cukup sudah tuh. Pui




Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movies Ever
Siap dah download buat koleksi.




'Flowers can represents loves, but also can represents death.'




Secara keseluruhan tentang movies Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movie Ever ni, saya bagi 4.8 out of 5 bintang. Yang lagi 0.2 gua tolak sebabnya masa mula-mula gua agak konfius. Movies ni sama level sedihnya dengan drama sambung-sambung Korea - Sad Love Story. Sroot srott sebak nokkx.

Sekian.







Ps :: Ini mungkin entry yang terakhir dari saya, siapa tahu? Hidup tak selalunya indah. Panjang umur kita jumpa lagi. #PrayForGaza.



November 17, 2012

Twilight : Bengkang Down [Part 1]


"Momma, momma cepatlah ajar Mee macam mana nak masak kuih bengkang kesukaan Mee tu. Mee teringin sangat nak belajar bengkang tu."

Mee, puteri Bella Swan yang sangat cantik manis merangkul lengan ibunya itu.

"Mee sayang, berapa kali ibu dah pesan, panggil ibu ni, ibu. Bukannya momma. Kita kan orang melayu nak oi..." Bella merenung tepat ke dalam mata anaknya.

Mee mula mencebik mukanya tanda protes. "Ala momma ni. Tak urban langsung"

"Mee baru berusia 7 tahun kan. Napenye gedik sangat nak belajar masak neh?" Bella menyoal.

"Cita-cita Mee nak masuk Msterchef ma. Dah besar nanti boleh lah Mee bukak kedai kuih bengkang paling sedap kat Malysia nih. Haa gituu." Jelas Mee akan kesungguhannya itu.

"Yelah-yelah one day oke sayang..."



*****


Sedang asyik Bella dibuai lena diatas kerusi utama ruang tamu mereka, tiba-tiba..

"Momma, momma tengok nih apa yang Mee beli.." suara keriangan Mee memecah kesunyian ruang tamu tadi.

"Mee dengan papa tadi pergi Giant. Beli bahan-bahan untuk buat kuih bengkang malam nih! Kan papa kan? Thanx papa. Love you."

Edward hanya tersenyum kecil. Keletihan melayan Mee, anak gadisnya yang luar biasa itu.

"Kita kena buat malam nih jugak ma. Ma ajar Mee tau, tau." 

Bella yang seakan blur dari jaganya menutur bicara. "Tapi Mee ibu letihla.."

"Mee tak kira, Mee nak bengkang, Mee nak bengkang jugak!" Perintah Mee..








Bersambung..... [Twilight : Bengkang Down Part 2]

Ps : Cerita ini takde kena mengena yang hidup ataupun meninggal dunia...

 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!