February 9, 2013

Ujian Dalam Bercinta

Assalammualaikum,

Petang tadi dah berazam nak tengok hindustan. Lakonan Shah Rukh Khan dalam Veer-Zaara. Mengisahkan percintaan Veer(hero) dan Zaara(heroin) yang dihalang oleh, oleh, err oleh orang ramai... 

Cinta? Hmm boring... Sambil tengok Veer-Zara, sambil masak, sambil makan, sambil online. Nampak betapa boringnya cerita cinta yang syahdu? Tapi sejam terakhir, memang fokus 100%. Sedih.. Veer meringkuk dalam penjara selama 22tahun dan akhirnya kebenaran terbongkar. Selama 22 tahun jugaklah cinta mereka bersatu kembali. Suka tengok part bicara dalam mahkamah. Kat dalam dunia nih 1 dalam 10 juta je peguam yang betul-betul telus dan tulus. (larikkk)


  Nasi goreng tom yam cili padi plus plus.


Naik meluat lah nokx tengok konflik Shila-Sharnaaz-ND Lala. Dah tengok video Shila Hamzah nangis sedu-sedan dalam youtube? Kehadapan Shila, mengadulah dengan Allah yang Maha Mendengar oke. Tolonglah muhasabah diri, perbaiki mana yang kurang, dan matang! Orang lain pun bercinta jugak.. Annoying dengar/baca masalah enkorang je..heheh

Cinta nih susah sebab perlukan komitmen. Komitmen pada diri, pasangan, ibubapa, semualah dan juga pada Allah. Kalau rasa tak mampu, jangan gatal nak bercinta!




Ps :: Gong xi fa cai.


Live Life to The Fullest !

Assalammualaikum,

Baru lepas habih tengok Korean drama, 'Scent of woman'. Lakonan Sam soon (Heroin My Lovely sam soon) dengan Goh Chan (Hero My Girl). Nama sebenar tak tahu. Harap dapat Google sendirik okeh..huhuh

Drama nih mengisahkan heroin yang bakal menemui ajal akibat kanser dan ditakdirkan jatuh cinta dengan Pengarah Syarikat terkenal.. Alololo nak jatuh cinta dengan pengarah jugak (ngeee). Tipikal drama Korea kan. Wanita miskin jatuh cinta dengan lelaki kaya yang ego. Lepas tu happy ending.. Tau sangat dah..




Suka cerita nih sebab ada feveret hero dan heroin. Cerita start dari part sengal-nangis-syahdu-nangis-sweet-fighting. Senang je review kan. Mesej yang disampaikan ialah hargai diri, nyawa, kehidupan dan orang disekeliling anda, be happy and always be a kind heart person oke! =)




Ps :: Tade mood tapi terupdate jugak..haa acane tu?


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!