February 16, 2013

Iklan Produk Kesihatan Zaman Sekarang

Assalammualaikum,



Iklan produk kesihatan zaman sekarang semakin meletops you all. Macam-macam ayat maneh (manis) yang dipancing oleh syarikat pengedar. Bila baca kat paper/pamplet ke, bunting-bunting liar kat supermarket ke, rasa macam malu nak baca! Ayat terlampau! Siap tempek sekali muka pakcik/makcik tua yang sengeh semacam. Yekkk. Kesian kat cucu enkorang..

Inikah yang dikatakan strategi marketing yang berkesan?




Ps :: Plan ke Kelantang sah ditunda ke minggu depan ><"


February 15, 2013

Lelaki Bunga Sebelah Pintu

Assalammualaikum,

Lelaki bunga sebelah pintu? Rasa macam pondan je tajuk. Kalau di google translate memanglah begitu. Ahh google translate bukan genius mana pon. Huhuh.

Sekarang tengah mood melayan Korean Drama 'Flower Boy Next Door' drama sambung-sambung tak renti gelak sakit perut, pastu jari terasa nak ber-nex-next episode je sampai nak tahu ending cerita bagaimana. Fuhh. Cerita nih best sebab sengal dia macam nak gigit-gigit jari.


Kompilasi watak dalam drama nilah yang menghidupkan cerita kot. Suka dengan watak game developer yang baru berumur 17 tahun, seorang budak lelaki cantik yang sengal dan suka terkinja-kinja. Rasa macam nak lempang je dia nih. Suka gak watak 2nd hero yang sorok identiti dan admire si heroin selama 3tahun. Untuk watak antagonis, perempuan yang fake baik dan ayu padahal perangai hampeh..

Watak heroin macam sedih sangat lah rupa dia. Ada gak watak lelaki Jepun yang tinggal di Korea sebab nak belajar masak. Suka karakter dia. Dan ermm haha ada watak boss 2nd hero yang gila kerja, psyco, dan andartu! Tengok drama nih macam terubatlah sedih yang masih lara.. 

Kalau korang nak tengok jugak pi kat [sini]. Kalau error link [sini] pulak. Korean punya brand takpe kasi pirate. Shhh.. Oh lupa, second hero serius muka macam Hizami - owner blog [Budak lelaki sebelah pintu].. Kebetulan sama-sama sebelah pintu tuh..




Ps :: Maaf lupa letak linknya hahah. Ok dah letak tapi awas, internet kelajuan kuda je kot dapat tengok dengan senang lenang. ><"

Ps :: Maaf gak tak letak nama pelakon sebenar. Malas nak Google dan kenal lebih lanjut...><"


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!