August 26, 2013

Dapat Voucher RM 50 Dari Zalora Malaysia

Assalammualaikum,


Dapat voucher dari Zalora Malaysia bernilai RM 50. Jumlah yang banyak bukan? Tak disangka pihak Zalora sendiri yang hantar email untuk bekerjasama dengan blog Dearxila.my. Alhamdulillah. Kata Zalora, mereka berkenan dengan entry saya mengenai baju kurung. Rujuk entry ni. Hahah malu rasanya baca entry tunggang terbalik tuh. Dorang buat research mengenai fesyen kat Google kot. Terima kasih ya team Zalora Malaysia. 

Pada mulanya, ingatkan spam email tau tapi pelik jugak sebab dorang sertakan sekali link entry blog saya. Lepastu terus Google kot-kot ada blogger lain dapat invitation dari Zalora jugak. Perhh rupanya berderet blogger yang dah lama bekerjasama dengan mereka. Sekitar awal hingga pertengahan bulan 2013 lepas, Zalora banyak bekerjasama dengan blogger. Saya je yang lambat dan tak tahu sebab masa tu tak aktif blog.


Email dari pihak Zalora


Takut jugak nak bekerjasama sebab kalau kena tipu macam mana? Kerjasama Zalora dengan blog Dearxila.my diwakili Nadirah Adam. Ini lagi cuak sebab personal person dari Zalora yang email. Ditambah dengan domain email dari Zalora Singapura. Walaupun Google sebelum ni rata-ratanya hampir semua blogger berinteraksi dengan domain email team Zalora Malaysia, hmm redah jelah. Mungkin dorang dah upgrade sistem email dorang kot kennn. Maka terhasillah entry kerjasama dengan Zalora. Rujuk sini.

Akhirnya dapatlah hadiah voucher RM 50 dari Zalora Malaysia. Cuak masih belum habis sebab validkah voucher ni? Dalam email, dorang kata valid sampai 2014. Terus skodeng website Zalora untuk try voucher code yang diterima dan akhirnya barang yang dibeli secara online selamat tiba di rumah dalam masa satu hari selepas pembelian disahkan. Nak tahu barang apa yang saya beli? Next entry boleh? Pinky promish hehe

Dalam banyak-banyak carian Google mengenai kerjasama pihak Zalora dengan blogger tadi, ada satu blogger ni jenis tak de sivik tau. Yelah Zalora dah bagi voucher kat dia tapi kemain kutuk tanpa tapisan pasal khidmat dan servis di Zalora. Katanya, berterus terang. Tapi berlapik boleh? Dalam menulis ada gaya dan caranya...







August 23, 2013

Cerita Seram di Malam Raya

Assalammualaikum,


Pada suatu hari menjelang malam raya pertama, biasalah saya ni kalau tak tidur awal tak sah. Masuk tidur dalam pukul 11 malam gitu. Saya percaya untuk mendapatkan kualiti tidur yang sihat kenalah tidur awal dan cukup sekadar 6 hingga 8 jam semalaman. Hehe. Padahal dah lemah sangat sebab yelah petang raya tu dengan sibuknya bermain dengan sepupu, main bunga api, kacau orang buat ketupat, buat persiapan takbir raya, dan lain-lain lagi.

Oh waktu ni di kampung belah ayah di Ipoh. Raya kat kampung kan meriah. Masa tu tingkatan satu ke dua. Entah kenapa sepupu semua masih rancak bermain tapi saya dah surerder. Terus rebah di pembaringan. Saya berkongsi bilik dengan mak saudara. 

Biasalah orang-orang tua waktu malam raya nilah dorang sibuk kan jadi saya seorang jelah dalam bilik waktu tu. Habis semua lampu dipadam, pintu ditutup rapat demi mendapatkan tidur yang selesa. Pada mulanya saya dapat tidur dengan nyenyak. Tiba-tiba...






Saya terdengar orang mengilai. Mula-mula buat tak endah je. Tapi bila dah rasa, eh mula-mula jauh je bunyinya tapi semakin lama semakin dekat apehal pulak? Suara mengilai tu dengar dengan jelas sekali. Dah bunyi mengilai tu macam rasa dekat je terus rasa ahhhh seram gilerrrr!! Dan teringat pulak cerita sepupu yang hantu suka bertempek kat pokok pisang. Ditambah lagi, memang luar tingkap tu memang banyak pokok pisang. Tak tahan terus meluru lari keluar dari bilik tu sambil menangis dan dapatkan mak abah.

Biasalah orang tua-tua ni. Tak kanlah dorang nak mengiyakan kan? Terpaksalah dorang memanipulasi dan psikologi balik budak-budak yang terasa ketakutan diganggu hantu. Lepastu semua saudara bagi semangat 'lekluuuu mana ada hantu la kat dunia ni'







Well, ingat ai budak darjah satu? Malam tu terus je dapat tidur lena sebab penat banyak menangis kot. Esoknya raya pertama, buat muka selamba je macam tak ada apa-apa berlaku malam tadi. Reverse psikologi namanya. Hehe.





 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!