February 3, 2013

Segmen Pencarian BloggerStarz

Assalammualaikum,


Ceritakan pengalaman korang yang paling best dan paling hampeh dalam sejarah korang berblog:
Paling Best
Pengalaman yang paling best dalam berblogging nih mestilah ada kawan-kawan maya yang ohsem. Dapat kenal pelbagai ragam manusia maya nih. Pelbagai karakter melalui penulisan. Dan ofkos la ilmu yang kita dapat melalui pembacaan kan. Bagi yang share benda baik lah. Benda kurang baik kita jentik jauh-jauh. Ilmu yang kita dapat tulah yang paling berharga. Ohsemm kate koo..

Paling Hampeh
Paling hampeh bila....bila..bila...banyak kali blog nih bertukar alamat url blog. Hampeh gila rasanya. Rasanya lebih dari 6 kali. Kah kah kah. Baru-baru nih ada masalah domain dot my. Tapi alhamdulillah dah ok. Ahakkkk ;p



Ps :: Jom weh


Pentingnya Google Plus (G+) Follower

Assalammualaikum,

Penting dan perlu sangat ke ada akaun Google Plus (G+)? Dah la akaun laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace, Friendster, Formspring, pon terhegeh-hegeh nak berupdate, inikan pula nak ada akaun Google Plus (G+). Huk alohhh...

Kalau kamu semua perasan, saya dah tak guna widget follower blog yang biasa tuh. Sekarang nih pakai widget Google Plus (G+). Barulah up to date derr. Ya memang dulu terjebak dengan Google Plus (G+) sebab tengok senior-senior blog berubah ke arah Google Plus (G+). Sebab tuh saya dah ada banyak follower among Google Plus (G+) sebab dah lama bertapak kan. (Banyak lah sangat..) Dalam tahun lepas jugaklah kot.

Pentingnya Google Plus (G+) Follower
Untuk pengetahuan, blogspot untuk blogger nih kan salah satu produk Google. Sekarang nih, pihak Google tengah upgrade blogspot secara berperingkat. Tengok sajelah widget follower yang hat biasa tuh dah tak ada di 'add a widget'. Pihak Google sekarang dok sibuk promosi Google Plus (G+) Follower mereka di column widget kan. Dekat sidebar pon ada kan. 'Upgrade to Google +' bagi mereka yang belum.


Google Page Blog Dear Xila


Thats why anda kena ready dari sekarang. Mana tahu masa akan datang, tiba-tiba widget follower yang biasa tuh akan lupus. Google Plus (G+) Follower berfungsi macam facebook jugak. Dapat share dikalangan rakan yang anda following. Fungsi G+ seperti like di Facebook.

Tapi dari dulu sampai sekarang pening nak manage Google Plus (G+) sendiri. Dah la siap ada [Google page](click) yang fungsinya seperti fan page Facebook. Macam nak kena hire admin lain la. Keke. Lain kali kita bincang pasal dua benda alah ni lagi oke.




Ps :: Rindu zaman keremajaan Myspace dan Friendster!


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!