August 15, 2012

Kurma : Manisnyeww Kurma Itu..

Suatu hari Jijah ke warung Pak Munawer....


Dup dap dup dap. Jantung Jijah berdegup laju. Berdegup umpama Nadirah berdeejavu bersama Amar. Milik siapakah jantung ini dituju degupannya? Haa itu yang kita tak tahu. Nadirah pantas menjeling ke arah jejaka yang baru dua saat berdiri tepat dihadapannya. Jijah terpana sambil membulatkan matanya.


Wajah jejaka itu saling tidak tumpah seperti wajah tunanganya dahulu. Lelaki berwajah Pan Asia. Itu yang diyakini Jijah sambil tangan kanannya memegang jantungnya terletak. Degupan jantungnya seakan mengiyakan perasaan Jijah itu. Ah Jijah seakan mengimbas memori lama bersama Kashah, bekas tunangannya.


Kashah...


Tidak semena nama itu yang terukir dibibirnya.


Jejaka itu memandang tepat ke arah Jijah. Sekali dia kaget. Kashah? Inikah Kashah yang aku cintai dulu? Plup. Beg dompet kecil yang dipegang Jijah jatuh ke lantas. Jejaka tersebut lantas membantu Jijah mengutipnya.


"Lain kali tak payah nak bulatkan mata tu sangat. Sampai barang berharga pon boleh terlepas. Tahulah saya hensem" berseloroh jejaka tersebut.


Jijah malu akan tindakannya itu. Lantas dia berlalu pergi sambil mengucapkan terima kasih atas pertolongannya tadi. 



"Eh awak pon buka disini?"


Jijah kaget. Alamak mamat nih lagi. Tak kan la... Jijah seolah tidak percaya jejaka yang ditemuinya beberapa minit tadi kini berada disisinya. 


"Saya Zarif. Awak?"

"Azizah." balas Jijah ringkas.

"Amboi banyaknya makanan dia. Jangan lupa ambil kurma pula ya? Awak duduk meja mana? Nak join boleh?" Jijah memandang tepat ke arah mamat tersebut.

"Saya dengan kawan perempuan saya. Kalau tak malu joinlah."

"Saya pemalu tapi hensem." selamba Kashah berlalu sambil tersenyum riang. Jijah seakan tidak puas hati dengan jawapan gelabah Kashah itu.



..............................



"Jijah kau buatlah keputusan. Mak dengan bapak kamu tu terima je. Kau tu dah semakin berusia. Karang takde orang nak kat kau baru tahu"


Setelah berfikir masak-masak dan yakin dengan segala petunjuk dari Tuhan, Jijah terima sahaje lamaran dari jejaka yang entah mana-mana entah asalnya. Tapi Jijah yakin dengan pengaturan kisah hidupnya.


8 Syawal.


Aku terima nikahnya Azizah binti Mahzan dengan mas kahwinnya RM 2juta tunai....



Jijah mengangkat manis wajahnya ke arah suaminya itu. Zarif????? 
(jeng jeng jeng)




................................



Benarlah bagai dikata. Kalau ada jodoh tak kemana pon. Kashah Azarif jodohnya Azizah. Walaupun mereka pernah putus bertunang pada beberapa tahun dahulu atas sebab-seba peribadi, namun cinta mereka bersatu juga akhirnya. How sweeeettt. 
Manisnya kurma itewwww. Awww






*TAMAT*



15 comments

August 15, 2012 at 9:25 PM

kalau buat cerpen secara serius mesti best ni

penulis ni main2 eh

auchh manisnye kurma ituuu

August 15, 2012 at 10:24 PM

comel betul la...=)

August 15, 2012 at 10:39 PM

Wajah baru erk? Huhuhu,...sweet sgt...huhuhu...

August 16, 2012 at 2:27 AM

gelabah gua baca.hew3

August 16, 2012 at 5:29 AM

dasat! dasat!

RM2juta yek????????????? (>.<)

August 16, 2012 at 8:33 AM

eh eh ni citer slot hari raya nanti ke hape?

*maaflah mood raya aku naik mencanak2 semua citer bebudak aku linkkan ngan raya :D

August 17, 2012 at 9:49 PM

kurma pun boleh jadi cerita eh...hehe

selamat menyambut hari raya, maaf zahir batin :)

August 18, 2012 at 12:58 AM

8 syawal eh? ok take note :P comel betul cerita dia. hehe

August 19, 2012 at 7:08 PM

slmt hari raya..maaf zahir dan batin yaa.

kuih raya jgn lupa pos ye.ehehee


P/s:untung jadi kashah.erkkk

August 20, 2012 at 4:23 AM

amboiii....mmg sweet

August 20, 2012 at 4:41 PM

memang manisla citer nie..haha..wah dah tukar kaler dah blog nie..huhu..nice..lama tak singgah..salam aidilfitri paris..:)

August 21, 2012 at 11:35 AM

salam aidilfitri...ape citer raya tahun ni? beraya dengan kurma je ke....hehe

tahun depan harap saya tak lagi beraya sebagai orang bujang..hikhik...

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/ce-citerr.html

October 7, 2012 at 9:01 PM

2 juta?? banyaknyewwww

January 16, 2013 at 11:34 AM

sokong penulis buat novel merepek dalam sejarah huhu...

January 17, 2013 at 3:41 AM

so sweet..

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!