January 23, 2012

Elakkan Entry Bermasalah

Assalammualaikum,

Elakkan dari menaip entry blog yang bermasalah ataupun tidak perlu di taip sangat di blog. Contohya :


Contoh 1 - Entry cinta-cinta
"Harini biey datang jumpa kita setelah sehari tak jumpa. Ucuk windu bie sangat-sangat tau. Tadi kan kita pergi Pavilion makan sup buaya sama-sama dengan biey kita, suweet kan kitaorang? Tahuuu sup buaya feveret biey kan kan. Pastu kita karoke nyanyi lagu 'Selagi ada rindu' sama-sama....suweetttt sangat kita kan? Dan bla, bla, bla,.......Sok jumpa lagi,jangan nakal-nakal, ucuck sayang biey tau muah muah muah"


tips, cara tulis entry blog, cara buat blog, blogger, apa itu blog, entry blog, newbie blog
Sumber Google


Boleh lah kot nak buat entry cinta-cinta tapi jangan la melampau sangat. Takut orang meluat. Hengat awak sorang je ada boifren, atau awak sorang je ke sweet? Huhuh. Yelah blog awak, tapi tak patot kot. Kalau nak buat sangat ok je, tapi tak payahlah ping kat FB ke apa.



Contoh 2 - Entry Status Facebook
" Harini kita nak pergi makan Tutti Frutti dengan Melah dan Sameon. Kbai"


Cinonet je buat entry atas ni macam status kat Facebook pulak. Walaupun tak sebaris, tapi ada jugak yang buat entry 3baris pon kira macam status FB la jugak. Tahu awak takde FB, tapi tapi....apa-apa jelah.




Contoh 3 - Entry Terlebih Comel
"ShemaLam haKu giew jaRLan-jalaRn kat Taipenk, PewRock! Gileww bEst koWt kata kaWWw. ShomEl gileww haiOne-haiOne kaT ZooO TaiPenk tuwh. Adew GarJah, haRimaU, uNtew, UngkEw, jiEyraFarh, TewnuK........"


suka Tasha Sila *takde kena mengena

Memang comel dan yunick sekali. Tapi kan entry yang sepatutnya dapat dibaca dalam beberapa minit boleh dibawa berjam-jam. Tak kesian ke kat readers yang mungkin tergeliat bibir nak baca. Tapi jangan tak tau mungkin takde siapa pun teringin nak baca. Simple tu kan sweet. Entry normal sudahhh. Jarngunt Marewhhh.



Contoh 4 - Entry Copy Paste
Yang ini lagi satu masalah jenayah. Kalau korang ada copy mana-mana sumber, silalah bagi credit kepada sumber tersebut. Tak baik tau curi penulisan orang. Peringatan untuk diri sendiri jugak yang kadang-kadang terlupa.



Sampai disini saja. Kalau mana-mana salah silap harap dimaafi ya. 






 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!