November 12, 2011

Tiga Syarat Dalam Bercinta

Asslammualaikum,

Hari ini dengan esok mesti ramai berebut naik pelamin kan. Bagi kami yang dijemput ni, tak menang perut dibuatnya. Selamat Pengantin Baru lah buat mereka yang kahwin hari ni. Moga bahagia sampai ke syurga. Kalau ikut tiga syarat dalam bercinta ni, bercintalah korang semua sampai bila-bila ya. InsyaAllah. 


Ikhlas

Kalau korang bercinta disebabkan rupa atau harta pasangan memang tak berapa nak ikhlas mulanya. Tapi mana tahu kan kalau tiba-tiba dah lama-lama boleh jatuh cinta. Tapi kalau niat tak elok memang tak kan bertahanlah percintaan korang. Tapi kalau satu pihak je ikhlas, mungkin tak kan menjadi juga. Hurmm


Setia

Kalau main curang-curang ni memang hancurlah dua hati kan. Tapi susah kan nak tahu hati yang seorang lagi. Once dia curang memang boleh dimaafkan. Tapi yelah manusia mana yang tak melakukan kesilapan. Tapi perasaan tu dah tak best kalau dapat tahu pasangan curang. Berjanji setialah korang sebelum disiat-siatkan.


Amanah

Ini sangat general. Boleh amanah dalam tanggungjawab sebagai pasangan, amanah dalam perhubungan, amanah dalam janji yang diikat, dan amanah dalam apa saja kelakuan. Kalau kita tahu peranan kita dalam pasangan memang terbaik bukan sekadar memahami sebab dia hak kita.


Tapi kalau pegang 3 syarat dalam bercinta ni kalau tak ada jodoh tak guna juga. Benda ni lebih kepada pasangan yang dah berkahwin je kot. InsyaAllah kalau kita ada niat baik mesti dapat keberkatan dan keredhaan Allah kan. Selamat bercinta! Hehe


isu, syarat dalam bercinta, cintailah cinta, love, info






November 11, 2011

Tips Nak Dapat Anak Kembar

Assalammualaikum,

Memandangkan sebelum ni ada post Bagaimana Nak Dapatkan Anak Kembar, so gagahkan lah jugak nak buat entry tip nak dapat anak kembar ni kan. Semoga kita ramai-ramai berpeluang mendapatkan baby kembar ya. Jadinya faktor-faktor yang membolehkan kebarangkalian mendapat kembar ialah :


tips, cara dapat anak kembar, kembar comel, bagaimana nak dapat anak kembar, baby comel

GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.


UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.


BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.


BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.


DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.


PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.


Entry copy paste je. Takde pengalaman nak kongsi. Hehe. Semoga bagaimana nak dapat anak kembar terlerai difikiran anda. Big credit to Informasi dot my
 .




 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!