January 26, 2012

Prinsip Mat Romeo

Assalammualaikum,

cintailah cinta, Boys Over Flower, mat romeo, drama korea best, prinsip mat romeo, lelaki, love


Mat romeo yang digambarkan di dalam entry ini seolah-olah jejaka macam Anuar Zain ye. Siapa takde package macam beliau tak boleh apply. (Gurau je). Mat Romeo digambarkan macam mana sebenarnya eh? Yang penting pandai berkata-kata dan berlakon. Huhuhuh. (mulut muncung).


TELEFON


1. Takkan call makwe dulu. Tunggu makwe call dulu baru angkat dan sembang macam tengah busy. Padahal pakwe tu punyalah rindu suara si makwe. Sanggup tunggu call dari makwe berhari-hari dan mungkin berminggu. Dasyat ego laki jenis ni.


2. Bila dah jawab panggilan makwe tu, buat tanya khabar endah tak endah pulak. Konon busy. Padahal seronok gila makwe call. Dan rasa menang sebab tak call makwe tu dulu. Apa punya perangai.


3. Lepas tu bagitau tengah busy dan suruh cakap cepat-cepat sikit.


4. Yang penting jadi orang pertama letak telefon sebab jaga market. Tak paham betul. ><"


5. Lepas letak telefon, senyum-senyum riang sebab orang tersayang dah call dan dapat buat jual mahal. Lepas ni dia takde punya nak tunggu call dari makwe lagi. Kalau rindu terus call. Cuma perangai jaga saham macam ni je sekali-sekala...



Ok idea ni datang dari cerita korea BOYS OVER FLOWERS. Tapi macam sedikit betullah. Betul tak mat-mat romeo sekalian? Alah semua lelaki macam tu. Tapi tak semua lah, sesetengah yang bajet je macam tuh. Paham dah laki macam ni tapi kadang-kadang kiut ape. Hehe...


Ps :: Fakta : pengunjung blog ni ramai perempuan dari mat romeo..




January 24, 2012

Review Novel Dear John

Assalammualaikum,

most love, novel, novel inggeris, novel Dear John, review, love
Sumber Google


Wahh akhirnya dapat jugak novel seketul ni. Dah lama mengidam. Dulu nak beli tapi wangnya tidak cukup. Nasib pergi kedai buku dengan mak. Padahal semua budak-budak zaman ni pergi beli buku dengan voucher kan. Jeles disitu. Sape suruh habis belajar awal sangat kan. Oh mak kan beli novel Ombak Rindu. *Elehh. Hehe.


Sinopsis Novel Dear John
Panjang sangat sinopsis dia nak copy kat cover buku tu. Tapi secara ringkasnya. Novel Dear John ni pasal pasangan kekasih yang bercinta tapi banyak halangan. Si John ni terpaksa tinggalkan Savannah kerana menuntutnya bertugas sebagai askar. Tapi ada selitkan sekali peristiwa 9 September dan pasal agama dorang. Itu tak payah ambil kisah sangat. Baca tang romantik-romantik je. Setakat ni baru baca Prologue je.

Tapi yang bagusnya karya Nicholas Sparks ni kan, bahasa Inggeris dia sangat santai dan mudah faham. Takdelah terbelit nak paham. Relax je bahasa dia. Ini kira novel Inggeris ketiga baru. Yang pertama dah kasi orang sebab cerita tak best. A walk to remember pulak dah kemana. 

Ingat nak kumpul semua karya abam Sparks lah. 

Teringin jugaklah nak kumpul Twilight, asyik pinjam je kerja. Tapi buku mahal lah. Harga Novel Dear John ni pon RM30 plus plus. Sape ada baucar buku lebih? Bak mai sini. Hehe. Lupa pulak, novel ni pon ada difilemkan jugak. Teringat tengok cerita 'The Notebook' yang lembab gila. Tengok petang-petang pulak tu. Lembab pon feeling sampai habis.






 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!