September 6, 2013

Yay Menang Alhamdulillah

Assalammualaikum,

Baru-baru ni, tapi takdelah baru sangat, sejak Ramadhan lagi lah cerita basi ni tapi baru kesempatan nak update sekarang. Em sorryyy. Malam ni jangan lupa tengok Amir Raja Lawak dalam Super Spontan. Eh sekarang Amir Beatles lah. Tengok Super Spontan semata-mata Amir okeeehhhh. Weird tak? Hahah

Saya ni saja tak updatae entry sebab saya merupakan seorang blogger yang tiada sentuhan magik dalam menaip buat masa sekarang. Kadang-kadang blogger perlu berehat. (Alasan) Zzzzz. Atas permintaan ramai saya kembali. Lihat, dunia semakin indah sekarang tapi saya tahu kita semua sedih dengan nasib saudara kita di negara 'sana'. Kita kena yakin, senjata orang Islam ialah doa dan iman. Itu yang membezakan kita dengan 'mereka' yang kononnya hebat.


eh sumber

Berbalik kepada tajuk diatas haaa, syukur alhamdulillah saya menang peraduan, contest, giveaway dan seumpamanya. Pertama kita up dengan giveaway dari blog kisahemasputih.com. Walaupun hadiah saguhati tapi rezeki juga kan. Keduanya saya pemenang utama contest gambar di Facebook anjuran blog Tempoyak.

Saya jugak menang giveaway dari em em (tengah korek otak sebab pelupa kennn) blog Coklateyes.my dan juga contest like kat Facebook. Cuma like je boleh menang kauu. Lagi satu baru-baru ni menang giveaway anjuran Blog Asyik Maiburogu. Alhamdulillah walaupun semua hadiah takdelah beriban ringgit tapi rezeki ni kalau kumpul mahunya jadi gunung.

Tak lupa juga buat pihak Nuffnang bagi CPUV Escape - Teaser, DOVE SAMSON D, dan juga Twisties Traxxobeats. Terma kasih semua penganjur kerana memilih blog Dearxila.my. Ternyata pemilihan yang tepat. kihkih.... ♥




September 4, 2013

Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D

Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D pada 06/September/2013 , dianjurkan oleh www.nazlee.com



Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Terdapat 3 kategori untuk membolehkan anda join segmen ini, sebelum itu baca syarat-syaratnya terlebih dahulu ;

Syarat-syarat penyertaan
  1. Terbuka kepada semua blogger

  2. Like Page P.C.L 
  3. Join dalam tempoh masa yang ditetapkan ( 01 ~ 06 September 2013 11:59 malam)

Kategori 1

Para peserta tidak perlu buat entri cuma dikehendaki  mendedikasikan ucapan kreatif ~ terus ke Wall Facebook Nordiana Mohd Saad [klik sini].

*Hanya pada tarikh 06 September 2013 / 12am-12pm SAHAJA.

*Sila nyataka url blog anda selepas ucapan.



#Hadiah : Review Blog/Page (6 pemenang akan dipilih oleh mamaD sendiri ~ kreativiti ayat diutamakan)



Kategori 2

Peserta  memberikan cadangan satu hadiah yang munasabah dari PCL kepada mamaD, taipkan ke dalam kotak komen entri ini ~ contoh ;

Saya cadangkan Pcl hadiahkan mamaD sepasang Jubah Hajaba...supaya mamaD sentiasa nampak ayu di pandangan mata pcl.


#Hadiah : Promosi header/banner anda selama 6 hari di ruangan bawah header blog penganjur . (6 blog akan dipilih oleh Penganjur)



Kategori 3

Boleh buat entri  dengan tajuk "Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D", hanya salin kod html dalam entri segmen penganjur  (klik banner) ; sila letakkan url entri penyertaan anda di ruangan komen segmen ini.



#Hadiah : Review enam   1 entri dalam blog anda yang terpilih.(6 + 6 blog akan dipilih oleh Penganjur)


Didahului dengan ucapan Terima Kasih.

~pcl


Di bawah ni adalah code HTML yang dimaksudkan, hanya perlu  >>  klik [New Post] kemudian [HTML] dan masukkan kod tersebut di dalam post entri anda.




 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!