February 13, 2012

Be Mine - Tasha Manshahar

Assalammualaikum,

Sejak nampak sorang rakan blogger post lagu Tasha Manshahar ni, terus rakusnya share kat Facebook. Lagu Be Mine nih dia yang cipta sendiri. Tapi macam takde originality je bila ada mentioned Facebook jugak. Dan lagi satu mesti dia terikut cara Zee Avi jugak. Tapi yang penting, asyik dok ulang lagu ni je dari semalam. Dan secara rasminya terus buat ringtone! Hahah.


Jom dengar. 



Be Mine - Tasha Manshahar
Bermula di Facebook
You IM I dulu tak tahu malu
I malas nak layan
So I buat tak tahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh..

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang-panjang
Makan dan tengok wayang


Sikit-sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja


Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong tou
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you


Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever

Please be mine forever....




Macam tak best je bila penghujung lagu Be Mine ni, lelaki tuh dah berpunya. Dan nampak tak yang main gitar tuh? Dia pon ada dalam youtube nyanyi lagu Bengang by Akim AF. Tapi punyalah sengau...duhhh




September 6, 2011

Tips : Yang Newbie Perlu Tahu Tentang Blog

Assalammualaikum,

Ya saya terpanggil untuk membuat entry ini khas untuk blogger newbie. Khas untuk cik abang adik-adikku sekalian alam. Bukan apa, bagi yang baru mereka mungkin tidak sedar dan tak tahu langsung apa yang perlu dan apa yang tak perlu bagi sesebuah blog. Yelah time berblogwalking di blog baru, ada saja yang tak kena. Jom baca selanjutnya....


1) Background and Font
Jangan pandang remeh ya, background penting untuk blog kelihatan menarik. Seeloknya pilihlah warna pastel atau yang lembut-lembut dan sedap mata memandang. Janganlah terlampau striking sangat macam kuning dan pink kaler yang striking tak ingat tuh. Boleh juling mata yang memandang tau.

Paling sakit hati ada blogger yang memilih font yang terlampau kecik nonet. Berpinar mata nak membacanya. Akhirnya tak baca sampai habis pun. Penggunaan font juga teramatlah penting. Kalau nak selamat gunalah macam saya, Verdana gitu. Jelas bukan? Sebab saya sendiri tak puas hati kalau font saya macam cacat. Lagi-lagi nak suruh orang baca.


2) Button Followers
Button followers ini haruslah diletakkan di tempat yang senang dilihat agar mudah di follow. Senang-senang sangat letak kat tempat paling atas sekali di sudut blog. Sebelum header. Hehe. Dibahagian sidebar pon apa kurangnya. Tapi dibahagian paling awal lah. Memudahkan pengunjung untuk follow. :P

Jangan sesekali letak di bawah sekali. Mahupun footer. Lebih-lebih lagi bagi blog yang mempunyai bederet-deret gadget di sidebar. Walaupun mahu bersikap humble, tapi bab ini agak-agak lah. Follower penting bagi sesebuah blog. Siapa yang sudi menjadi follower kita itulah yang sudi baca blog kita kan? Kalau tak nak sape-sape baca sila lah privatekan blog anda. Ok? Tips Tambah Follower


bcoz i care, link, tips, newbie, konsep asas blog, istilah blog, newbie blog, blogger


3) Shoutbox
Shoutbox itu juga penting bagi blogger baru. Yang dah otai macam benashaari.com takpe lah, setiap entry yang di post beribu-riban datang komen. Kuat pengaruh beliau. Tapi bagi yang baru dan kurang publisiti (macam saya) shoutbox merupakan satu medium penting dalam bertukar link. Kita tinggalkan jejak di blog lain, dan InsyaAllah mereka akan menjenguk kita kembali.

Ini juga salah satu cara nak up traffic korang. Malah, jika kita tinggalkan link di blog orang lain, boleh jadi pengunjung yang datang di sesebuah blog tersebut juga akan ke blog kita. Secara semulajadi, blog kita akan di baca oleh orang lain di serata dunia. Huahua. Anda juga janganlah malas nak ke blog orang lain yang telah meninggalkan jejak di shoutbox anda ya.


4) Widget Gadget
Tak perlu rasanya kalau nak letak widget "silalah komen ya" yang ada gambar Rain/Mia Sara bagai. Sangat memedihkan mata untuk membaca entry anda. Ianya juga penyebab blog anda lambat loading. Mula-mula tu kita datang berkobar-kobar ke blog anda, tapi lambat loading pulak. Pastu ada widget kat tepi tepi tu pulak yang mengacau.

Jadi mood membaca entry anda terbantut. Kalau rasa meluat sangat terus pangkah x kat atas tuh. Malas lah. Kita sebagai blogger ni, masih banya lagi masa nak digunapakaikan secara sistematik. Bukan 24jam kita menghadap komputer. Memang lah kiut, tapi tulah saya katakan, sila privatekan blog anda sudah. Tak pun tak payah buat blog, kan senang!


5) Verification Code
Ini lagi satu benda yang sangat-sangat menyakitkan hati. Blog awak dah cantik, kemas, cun so kita baca sampai habis dan terus nak komen entry awak, tapi...tapi....ada pulak pop up yang paling annoying muncul. Suruh kita letak code-code yang tak perlu itu. Aduh, kadang-kadang terus je pangkah blog awak. Malas nak komen. Tadi bukan main semangat tau..!

Sila buang ya. Jangan takut akan spam dan virus-virus cinta. Jika mahu ubah, sila ke Dashboard, Setting, Comments, dan click No seperti rajah di bawah. Then save lah! Buat tau jangan tak buat.



6) Pop Up Window
Ala bila kita masuk blog tu, tiba-tiba ada mesej cinta muncul. Kotak kecil je. Ada yang tulis, "Hai awak, terima kasih datang blog saya!". Lagi tak boleh blah, lepas pangkah kat atas tu ada lagi pop-up tu, "Eh dah nak pergi dah? Datang lagi ye!" Adoii serabut tau kepala akak. Fenin Fenin. Benda tu sangat menyusahkan kalau kita bukak tab banyak-banyak kat window tau.


7) Lagu
Bukan tak boleh letak lagu, tapi berpada-padalah. Janganlah letak lagu rock keras. Masuk-masuk blog awak je terus sakit jantung. Bingit. Kesian juga kat ibu mengandung. Hehe. Lagi satu sila letak lagu yang boleh dipausekan.  Ini tak, letak lagu yang boleh diulang-ulang. Macam hantu tau. Kalau pengunjung tak suka lagu tu (sebab lagu faveret ex dia) so nanti bolehlah kami tekan pause. Kami datang nak baca bukan nak berhibur. :p

Kami datang nak baca entry je bukan nak tengok hiasan-hiasan comel awak tuh. Gambar disidebar jugak agak-agaklah kurangkan. Ianya akan membuatkan blog anda lambat loading. Tips Asas Blog disini. Ini hanyalah cadangan dari pengalaman saya saje. Terpulang pada masing-masing pon....


Jangan terasa hati bagi yang membaca ya. Minta maaf sangat-sangat jika ada terkasar bahasa ke. Penting untuk kita saling tegur-menegur. Kalau yang K.O di blog saya juga silalah kritik ya. Sama-samalah kita maju demi Blogger Malaysia! Satu Malaysia, Satu Malaysia, Satu Malaysia!! (ewahhhhh) 


ps :: Job Hunting!.

 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!