November 14, 2011

Gambar Paling Handsome

Assalammualaikum,


Minggu lepas lagi abang posmen mai rumah kirim surat cinta dari UUM. Jasamu dikenang. Dah agak dah dapat gambar posing studio waktu time kovokesyen ritu. Setelah sebulan sampai gak gambar mahal tuh. Dah la tak bagi softcopy. Hekk



Tulah hasil gambar abah yang kacak, mak yang manis, adik yang entahlah dan daku yang entahlah jugak. Dan juga gambar tabung meaw yang kaching-kaching. Kesimpulannya gambar nilah paling hencem dalam sejarah. Aishhh. Mana nak gantung ni ye. Gambar avatar blog ni pon dah berubah jugerr. 






Ps : Kalau nak gambar close up, mai datang rumah tengok. Hik hik.


November 13, 2011

Cara Pilih Nama Blog Yang Bagus

Assalammualaikum,

Pemilihan nama blog yang bagus memainkan peranan penting pada sesebuah blog atau blogger itu. Kerana penerimaan akal yang susah untuk mengingat setiap blogger yang berbillion-billion lemon kat dunia nih. Tipu je otak saya je lambat nak pickup. Punca? Kuat berangan. Heh.

Nama Samaran
Rasanya saya cadangkan korang guna nama samaran seperti Paris Lipton yang poyoyoh ni. Macam juga seorang novelist, kebanyakan mereka menggunakan nama samaran. Marketing je lebih. Tapi guna nama samaran ni bukan beerti kita ni faker tapi entah, hahah. Kalau dah guna nama samaran tuh, pilihlah yang mudah diingat. Janganlah pelik-pelik dan susah dieja pulak tuh. Contoh.

Pawrishe Lipstone Coldx atau Ai lurve youu likey a lurve shong bebeyh.


tips, nama blog yang bagus, Cara Pilih Nama Blog, blogger, cara guna blog, cara buat blog


Nama Sebenar
Boleh letak nama sebenar, tapi janganlah sampai ke nama datuk pula. Lagi-lagi nama korang betul-betul panjang macam dalam ic tuh. Kalau boleh gabungan nama pendek anda dan bapa anda. Dua perkataan yang mudah dan senang. Contoh.

Erin Malek atau Aaron Ajis, Jangan pula seperti ini.

Sharifah Shahirah Aini binti Dato' Syed Al-Abbas Mokhtar


Nama Kebanyakan
Kat Malaysia je ramai didaftarkan nama Aishah (contoh). Cuba bayangkan seberapa ramai blogger nama Aishah? Memang susah bila yang datang ke blog ini bawa nama Aishah. Maka bila berkunjung ke blog dia admin pon terpinga, "Eh Aishah yang mana ni? Dia tukar template ke ni? Eh dia ke Aishah yang minat Kpop tuh? Eh. Eh." Boleh guna nama Aishah tapi seperti contoh ni.


Jangan Aishah/Mira saje. Tapi,
Selitkan something yang boleh diingat. Aishah Kpop atau Mira Pinky ke. Heheh


Nama domain, blog, blogger
Kalau boleh ketiga-tiga nama ni bagi seragam sekali. Contoh.

Url - Nobita.com
Nama Blog - Blog Nobita
Nama blogger - Nobita

Jadi, nama Nobita akan terus melekat pada setiap serebrum otak pengunjung. Kalau tak ingat mungkin dengan berkunjung untuk kali kedua dan ketiga akan mudah ingat. Lebih-lebih lagi nama yang mudah diingat. Kalau tak ingat jugak, katuk pala dia ! Saya dah lama blogging baru sedar ni. Hohoh.





 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!