January 23, 2012

Elakkan Entry Bermasalah

Assalammualaikum,

Elakkan dari menaip entry blog yang bermasalah ataupun tidak perlu di taip sangat di blog. Contohya :


Contoh 1 - Entry cinta-cinta
"Harini biey datang jumpa kita setelah sehari tak jumpa. Ucuk windu bie sangat-sangat tau. Tadi kan kita pergi Pavilion makan sup buaya sama-sama dengan biey kita, suweet kan kitaorang? Tahuuu sup buaya feveret biey kan kan. Pastu kita karoke nyanyi lagu 'Selagi ada rindu' sama-sama....suweetttt sangat kita kan? Dan bla, bla, bla,.......Sok jumpa lagi,jangan nakal-nakal, ucuck sayang biey tau muah muah muah"


tips, cara tulis entry blog, cara buat blog, blogger, apa itu blog, entry blog, newbie blog
Sumber Google


Boleh lah kot nak buat entry cinta-cinta tapi jangan la melampau sangat. Takut orang meluat. Hengat awak sorang je ada boifren, atau awak sorang je ke sweet? Huhuh. Yelah blog awak, tapi tak patot kot. Kalau nak buat sangat ok je, tapi tak payahlah ping kat FB ke apa.



Contoh 2 - Entry Status Facebook
" Harini kita nak pergi makan Tutti Frutti dengan Melah dan Sameon. Kbai"


Cinonet je buat entry atas ni macam status kat Facebook pulak. Walaupun tak sebaris, tapi ada jugak yang buat entry 3baris pon kira macam status FB la jugak. Tahu awak takde FB, tapi tapi....apa-apa jelah.




Contoh 3 - Entry Terlebih Comel
"ShemaLam haKu giew jaRLan-jalaRn kat Taipenk, PewRock! Gileww bEst koWt kata kaWWw. ShomEl gileww haiOne-haiOne kaT ZooO TaiPenk tuwh. Adew GarJah, haRimaU, uNtew, UngkEw, jiEyraFarh, TewnuK........"


suka Tasha Sila *takde kena mengena

Memang comel dan yunick sekali. Tapi kan entry yang sepatutnya dapat dibaca dalam beberapa minit boleh dibawa berjam-jam. Tak kesian ke kat readers yang mungkin tergeliat bibir nak baca. Tapi jangan tak tau mungkin takde siapa pun teringin nak baca. Simple tu kan sweet. Entry normal sudahhh. Jarngunt Marewhhh.



Contoh 4 - Entry Copy Paste
Yang ini lagi satu masalah jenayah. Kalau korang ada copy mana-mana sumber, silalah bagi credit kepada sumber tersebut. Tak baik tau curi penulisan orang. Peringatan untuk diri sendiri jugak yang kadang-kadang terlupa.



Sampai disini saja. Kalau mana-mana salah silap harap dimaafi ya. 






January 22, 2012

Top 10 Blog Best Komen

Assalammualaikum,


Disini nak mentioned senarai blog yang rajin komen dalam blog ni buat setakat ni. Rekod diambil tepat pada  pukul 11 pagi ni. Huhu. Bukti, tengok kat widget bawah belah kanan tu. Terima kasih selalu singgah sini. Singgah-singgah selalu...



Kakak koperal ni selalu mai belog ceq dan selalu singgah blog dia jugak. Rasanya kita baru kenal jugak kan? Kan? Kan? Blog kakak ni sempoi la jugak, kadang-kadang rasa remaja, kadang-kadang macam orang tua jugak. Larikkkkkk.




Blogger Iffah ni rasanya macam jiwang. Sentiasa muncul dengan ayat-ayat yang puitis dalam penulisannya. Dia jugak aktif menulis cerpen dan novel-novel. Tapi belum berkesempatan nak baca lagi. Moh ke sana baca karya dia moh.





Blogger Aie pon selalu berpuitis dan bermadah seni. Kadang-kadang kan Aie, sebenarnya tak paham. Huhu. Aie ni pon macam best lah bila suka bagi nasihat dalam blog dia dan jugak kat kotak komen. Eh kita sebaya eh?


Pemilik blog Keranamu Lily. Seriyes jeles dengan header dia. Tak sangka bunga Lily cantik eh? Tahu Mimie ni sebaya. Blog dia best sangat sebab dia macam tulis direct dari hati tanpa tapis. Panjang-panjang pon baca jugak. Huhu.



Pemilik blog sayur lemak. Memang lemak blog kak Azzah ni dipenuhi doodle comel-cemel. Doodle tutup aurat lak tuh. Tiba-tiba nak ikut jejak kak Azzah. Kakak ni pon ada himpunan doodle dakwah. Baguslah usaha kak ni sebab secara tak langsung kita dapat sumbangkan sesuatu kat masyarakat kan. *Kagum.




Rasanya blogger ni dari Sabah. Kalau dia tipu, korang pon tertipu Huhu. Dia pon rajin update blog. Sebenarnya baru kenal dia lagi ni dan penulisan dia. Rasa macam penulisan dia penuh kedukaan je lately ni kan. Blog dia suka guna hashtag. Tu yang paling perasan tuu.



Blog adik ni, (adik kot) pon penuh doodle yang comel cangat. Kalau nak tempah segala jenis berkaitan dengan doodle kat dia pon boleh. Tapi komisyen kasi hulur sini sikit. Hehe gurau. Paani Peacee yaww.




Sebenarnya susah nak menjangka dia ni laki-laki ke perempuan. Ke ada dua orang admin? Lama dah menyepi. Pergi mana tak tau. Takpelah ada lah hal tu. Yup blog dia takdelah seriyus mana. Tak pernah serius kot! Huhu. Santai je macam tema blog.



Seiyus dia masih budak-budak dan bukan mak budak. Bila baca blog dia rasa macam, eh macam sama baya. Jangan tertipu, nampak je header blog dia ayu, tapi cik bolat macam ganas je. Hehe. Belajar rajin-rajin dik!




Blogger Azza Azman tak boleh copy header, terpaksa curi gambar dia di London. Sorry ye kalau marah. Dulu selalu keliru antara Azza dengan kak Azah yang kat atas tuh. Blog dia warna ungu. Sangat jeles. Nak jugak warna ungu tapi bila apply kat blog sendiri macam tak asyik. Dia pon ada blog tutorial juga.



Eh macam review blog je. Takpelah dah alang-alang kan. Bukan selalu. Korang yang lain pon rajin-rajin lah singgah. Tak komen pon takpe, janji singgah ye tak? Meh lah singgah blog kat atas ni juga......



Ps :: Terima kasih daun keladi buat semua pengunjung :)


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!