September 12, 2011

Perempuan disihir di FB ?

Assalammualaikum,


Hot topic pagi ni. "Ira disihir guna gambar di Facebook". Dia mendakwa telah disihir oleh bekas kekasih  teman lelaki nya sekarang. Akibat daripada faktor cemburu. Waduh-waduh.  Pergilah baca selanjutnya disini. Hehe


bcoz i care, facebook, perempuan disihir dari facebook, 15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI, apo nak dikato, info, lelaki



Aduyai mengapa masih ramai yang menurut dan menjadi hamba syaitan. Banyak lagi lelaki-lelaki gagah di luar sana, orang lain punya jugak kau nak kacau nak sihir bagai. Tahulah masih sayang dan cinta masih berpaut, tapi mungkin suratan jodoh bukan dengan lelaki tuh. Nak buat macam mana kan??


So bagi gadis-gadis atau mak-mak gadis di luar sana berhati-hatilah. Jangan nak expose sangat gambar tuh. Jangan nak buat gambar tergedik-gedik sana sini sangat, jelir-jelir lidah bagai, letak je gambar yang buruk pernah ada. Kuang kuang. Mungkin suatu hari ada lelaki yang geram tengok gambar awek-awek cun sampai ada niat nak sihir di Facebook. Mana lah tahu kan. Waspada je.


ps :: nak breakfastlah!



September 7, 2011

Rupa Adalah Faktor Menjadi Blogger Popular ?

Assalammualaikum,


"Muka kau tak cantik macam Yuna!"

"Aku menyampah lah tengok muka kau"

"Bajet bagus lah muka macam tu? Gedik!!"

"Eh abang Ben lagi macho lah dari abang kau..." 

"Pesal blog kau tak hensem?!" Erk???


Itulah antara dialog-dialog yang sering dibicara dalam hati. Korang ada pernah tak terlintas macam tuh dalam hati? Haa kantoiii... Adakah fenomena Hensem atau Cantik rupawan menjadi faktor sesebuah blog itu popular? Seterusnya menjadi salah sebuah blog yang berpengaruh di seantero Malaysia? Mari kita kupaskan.


Ewah dah macam journalist pulak kan? Memang teringin pon.. ><


Kebiasaannya yang mempunyai kata hati seperti dialog di atas terjadi kepada blogger popular. Bagi blogger popular yang juga bukan artis tanah air, sering kali di keji secara halus. Betul tak wahai blogger popular? Jangan tanya saya. Sah-sah tak popular lah Jahh oii. Sering kali juga anonymous datang mengacau blogger popular secara mengeluarkan kata-kata tidak manis dan fitnah. Kan? Kesian kan?


Ini kerana salah satu faktor cemburu. Ya ternyata lebih ramai anonymous menyerang blogger popular berbanding blogger kebanyakan. Tak perlulah disini menyatakan bloger-blogger popular yang sering bermasalah dengan anonymous kan? 



Tapi bagi aku pelik dengan kaum manusia ni. Pantas cemburukan kejayaan dan kehebatan orang lain? Blogger popular juga suatu masa dulu payah untuk sampai ke tahap yang stabil bagi mereka. Telah ramai blogger yang aku perhatikan selama berblogging ni. Tabik spring pada Yuyu Zulaikha. Walaupun blogger popular, tapi beliau sangat humble. (setelah diperhatian sekian lama :P)


Memang senang nak jadi blogger popular tapi bukan senang nak jadi blogger terhebat. Macam denaihati.com kan. Memang tak boleh lawan kan? Rupa denai hati tu pun macam manalah agaknya kan? Faktor rupa bukan prinsip Denai Hati. Masih dan tetap hebat walaupun rupa bukan sandaran utama. Yang pasti mesti confirm beliau ni kacak. Heheh

"Eh dia ni comel/kacak lah. Aku nak follow lah."

Wajah yang cantik hesem rupawan merupakan bonus seseorang blogger. Bagi artis wajah adalah penjenamaan sesebuah blog. Haruslah kan. Saat ini ramai yang mempertaruhkan wajah. Tempek gambau besau-besau kat header. Oh tak salah. Apa kata kita berfikiran terbuka wahai rakan-rakan blogger? Sudah tentu industri blogging di Malaysia meriah bukan?

(Testimonial)
"Anita (bukan nama sebenar) ni kawan aku sendiri, memang beliau sangat cantik. Header dia penuh dengan muka dia je. Tapi dia baik dan mesra. Memang comel. Baru je blogwalking awal tahun ni, tapi follower kalah aku. Beribu je sekelip mata. Anugerah Blogger popular kasi dia. Heh. Last-last dia dah berhenti berblogging dah. Sebab faktor masa dan hilang rasa pada blog mungkin. Motif? Bukan semua orang sejiwa dengan Blog."


Akhir kata bukan sahaja faktor wajah memainkan peranan, kemesraan, rajin berblogwalking, bukan kaki copy paste, pandai bermain SEO, dan banyak lagi faktor yang memungkinkan kita menjadi blogger popular atau terhebat. Susah-susah dulu pendapatan bukan?


ps :: hidung saya kemek..



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!