Assalammualaikum,
Top 10 hadiah terbaik untuk wanita iaitu isteri ataupun teman wanita anda. Tulisan ini ada yang diolah sedikit oleh saya mengikut pengalaman peribadi. Hohoh. Wanita ini sensitif dan lembut hatinya. Even benda kecil pun dia sangat menghargai, inikan pula hadiah besar-besar seperti ferrari sebijik. 10 hadiah terbaik untuk wanita ialah :
1. Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada mereka yang memerlukanmu disisi mereka. Kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikataka. Jangan mencelah, menyengal dan jika diberi pandangan barulah kamu mula mengarang ayat yang sesuai untuknya.
2. Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut memberi pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini memberi petunjuk tanda kasih dan sayang yang ada dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Aww. Letakkan nota ini ditempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah " Saya suka ketawa bersama awak!".
5. Hadiah Puji-Pujian : Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngan dengan awak la" atau "Sedapnya masakan awak". Simple dan spontan dan tak usahlah nak bermulut manis sangat. Ucapkanlah dengan ikhlas.
6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak dan bla bla bla...
7. Hadiah Bersendirian : Ada ketika wanita hanya mahu bersendiri. Peka akan saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri. Namun lelaki kurang rasa peka kan.
8. Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi.
10. Hadiah Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka sentiasa di hati, minda dan doa kita.
Jimat je kerja orang lelaki ni. Percayalah wanita hargai semua ini. Kalau ada wanita yang mintak bukan-bukan macam cincin berlian ke, ferrari ke, banglow kat Puncak Alam ke, peti ais 3 pintu ke, serius tak payah buat bini sangat larhhh. Hahah. TETAPI kalau hari-hari special ke ape salahnya bagi something special dari 10 hadiah ni tau. Barulah romantika aromano.